Sendiri Berteman Dia : Redribbon30

98 3 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 1 SeramMYRedribbon30, Sendiri Berteman Dia.

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 1 SeramMY, Redribbon30, Sendiri Berteman Dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki yang lemah digagahkan melangkah ke arah balkoni. 

Sudah sebulan keadaan aku begini. Tenaga dan berat badan semakin susut. Ini semua angkara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang semakin mengaum ganas dengan kejayaannya menyusahkan seluruh dunia. Sebagai seorang pelajar, walaupun aku diberikan bantuan makanan, aku masih kekurangan nutrien. 

Aku tidak pasti sama ada pihak universiti yang tersilap atau aku yang lalai, kerana sudah beberapa hari aku tidak makan. Talian komunikasi juga entah mengapa tidak berfungsi. Aku juga seakan punya simptom pandemik berbahaya itu. Berkali-kali aku cuba berhubungi mereka namun gagal. 

 Tinggal seorang di bilik ini terasa membosankan. Rakan sebilik sudah pulang, untunglah. Rakan di bilik sebelah setahu aku tidak pulang ke rumah lagi, tetapi senyap sahaja dua tiga hari ini. 

Lama aku termenung, sedar-sedar matahari sudah menghilang. Bulu roma aku menegak namun, aku beriak selamba. Waktu malam di kediaman aku berbeza. Menjelang senja, 'dia' akan datang. 

'Dia' baru hadir, dalam seminggu yang lalu? Tanpa membuang masa, aku terus menunaikan solat maghrib di bilik. Pintu dikunci dan tingkap ditutup dengan langsir. Nampaknya, hujan sudah turun. 

 Kreng ... kreng ... krenggg ... Pucat. 

Wajah aku hilang darah. Yasin ditangan terlepas dan aku terus berselubung dalam selimut. Seluruh tubuh aku menggigil ketakutan dan automatik peluh membasahi roman kulit. Bunyi objek diselongkar kedengaran. 

'Dia' datang. 

Semakin hari, 'dia' semakin mengganas. Setiap kali 'dia' datang, pangsapuri akan bersepah seperti diselongkar rakus. Akan ada juga cecair likat bercampur kemerah-merahan. 

 Aku takut. 

Sungguh, hanya nama Tuhan sahaja yang kuseru mohon pertolongan. Aku tidak mahu menjadi 'santapan'. Memandangkan semua makanan sudah habis, aku takut 'dia' mencari aku pula. 

 Pap! 

Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku. Tiba-tiba sahaja lampu terpadam. Aku cuba membatukan diri apabila hidung aku tertangkap bau hanyir yang meloyakan. 

 Bam! 

 Aku tahu, itu bunyi pintu bilik aku yang dikopak olehnya. Tangkai jantung aku bagai hendak tercabut dengan setiap detak sistol dan diastol yang menggila. 

 Kreng ... krengg ... Jeda. 

 'Dia' sudah pergi? 

Perasaan ingin tahu aku membuak. Dengan secebis keberanian, selimut aku singkap.  

Gelap. 

Kosong. 

Membunuh! 

Perasaan ini membunuh aku! Aku tidak sepatutnya keluar dari bilik. 

Katakan sahaja aku bodoh. Ya, aku bodoh!

Bertemankan lampu daripada telefon pintar, suis utama aku cari dan cuba dibuka. 

 Shuu ... Tubuh aku kaku. 

Sapaan angin tadi menyedarkan aku yang aku sememangnya gila! Aku menoleh ke belakang dengan pantas. 

Tiada apa-apa? 

Aku berjalan kearah balkoni yang terbuka. 

Terbuka? 'Dia' sudah pergi? 

 Tiba-tiba aku terasa rambut aku disentuh dari atas. 

Aku tersentak. Jemari itu terasa besar dan tajam. Aku menahan tangis. Telefon pintar aku terlepas. 

Kreng ... krengg! 

Rambut aku direntap dan tubuh aku tercampak kebelakang. Badan aku terus dihempap sesuatu yang besar dan berbulu hitam. Mata aku terbeliak. 

 Makhluk dihadapan aku sangat besar. Matanya merah menyala. Mulutnya dibarisi taring tajam dan air liur yang meleleh. 

 Mata aku tertangkap sesuatu yang seakan kolar dilehernya. 

Spesimen 144, Makmal Zhoung, Wuhan, China. 

Mata aku terbeliak! Kuku tajamnya dibenamkan ke dalam kulit aku. Teriakan aku melawan dentuman guruh diluar. 

Malam itu, aku tahu apa yang dunia cuba sembunyikan ... namun semuanya, tidak lagi berguna. 

Antologi DudukRumah Bersama WattpadWhere stories live. Discover now