Datangnya Dewa : themiracle401

25 2 0
                                    

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 2 FantasiMY oleh themiracle401, Datangnya Dewa.

Berikut merupakan karya pemenang Prompt 2 FantasiMY oleh themiracle401, Datangnya Dewa

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"Huft penatnya."

Aku mengeluh dan membaringkan tubuhku ke atas katil. Ketika aku berpaling ke sebelah kanan aku ternampak sebuah buku yang tergeletak di atas katilku.

"Buku apa ni? Aku tak pernah nampak pun buku ini sebelumnya," kataku dalam hati dan membelek buku tersebut.

Apabila aku mula membaca halaman pertama buku tersebut, aku tiba-tiba sudah berada di sebuah taman yang begitu cantik. Dengan perasaan ragu dan mungkin sedikit bahagia kerana dalam menjelajah dalam cerita yang sedang aku baca, aku berjalan sekitar taman tersebut.

"Berhenti di sana!" arah seseorang kepadaku.

Aku pun berhenti dan melihat orang tersebut telah meminta pasukannya mengelilingi aku. Aku terkepung.

"Siapa tuan hamba? Bagaimana tuan hamba boleh masuk ke sini?" soal salah seorang dari mereka.

"A-ku... eh!" Belum sempat aku menjawab, buku ditanganku tiba-tiba terangkat atau terbang di hadapanku.

"Oh maafkan patik. Tuan hamba sila ikut kami untuk menemui baginda raja," ujar pengawal tersebut setelah melihat buku tersebut.

Aku hanya diam dan mengikuti mereka. Sepertinya kali ini aku kembali masuk ke dalam buku untuk membantu mereka. Sepanjang perjalanan semua pengawal dan dayang menunduk apabila aku melalui jalan tersebut.

"Tuan puteri masuk menghadap!" ujar pengawal.

"Selamat kembali, anakanda," titah sang raja.

Aku yang kebingungan hanya diam dan tiba-tiba buku tadi terbang lalu mendarat di atas lantai. Buku tersebut pun berubah menjadi seorang puteri yang sangat cantik.

"Terima kasih, ayahanda. Ayahanda kenalkan ini pahlawan yang kita dengar dari kerajaan smurf. Anakanda membawanya ke sini untuk membantu kita," ujar sang puteri.

Aku pun membungkuk tanda hormat. Ya firasatku memang betul. Aku kembali dan akan membantu mereka. Setelah ada sedikit perbincangan, aku pun dibawa menuju ke bilik untuk beristirehat.

Beberapa hari berlalu, Kerajaan Langit ini selalu di datangi oleh makhluk yang busuk dan hodoh. Aku tidak tahu muslihatnya apa tapi melihat kepada rakyat yang akan jatuh sakit apabila makhluk tersebut datang membuat huru hara.

Suatu malam aku bermimpi sang dewa datang dan memberitahu penawar untuk menyembuhkan rakyat serta memusnahkan makhluk busuk dan hodoh itu. Penawar itu ada di bilik sang raja dan aku harus meminta kebenaran sang raja untuk memasuki biliknya.

Keesokkan pagi, aku meminta kebenaran sang raja namun sang raja meragukan apa yang aku katakan. Tuan puteri juga memujuk untuk membenarkan aku masuk tapi tetap tidak berhasil. 

Tuan puteri menawarkan dirinya akan mengambilkan penawar itu.

Penawar itu sudah dijumpai namun tidak boleh diambil. Akhirnya sang raja membenarkan aku memasuki biliknya untuk mengambil penawar tersebut. Aku berjalan masuk dan dengan mudah mengambil penawar itu.

Tanpa membuang waktu, aku bergegas keluar dari istana dengan kuda terbang lalu menyebarkan penawar itu. Makhluk busuk dan hodoh yang kembali datang juga turut terkena penawar tersebut.

Aku melihat makhluk tersebut semakin lemah, aku pun bergegas mengangkat pedang milikku dan menghayunkan ke arah makhluk itu.

Dalam sekelip mata, makhluk itu hancur dan musnah. 

Kerajaan Langit kembali terang dan wangian semerbak kasturi tersebar di seluruh kerajaan. Sang raja dan tuan puteri sangat berterima kasih atas bantuanku ini. Aku juga diberikan gelaran Pahlawan Terulung di Kerajaan Langit. Semua rakyat bersorak dan menunduk hormat kepadaku. Ada juga yang berterima kasih di atas bantuanku di sini.

Antologi DudukRumah Bersama WattpadOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz