🔸30🔹

91 15 11
                                    

Recommended song; Oasis <A pink, Huh Gak, Victon>

⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪

K

ami masih berada di bilik menunggu. Tetapi Sejun dan Aerim sedang duduk di bangku penjuru bilik menunggu, bersama dengan peserta lain, masing-masing berdebar untuk sesi pengumuman pemenang nanti.

"Sunghee.."

Aku memandang suara yang memanggilku. Dia ialah Gina.

Takut-takut aku memandangnya. Sudahlah sini ramai orang. Takut pula aku dihinanya kerana bakatku yang tidak seberapa ini.

"Aku nak mintak maaf untuk apa yang aku buat selama ni. Aku cuma cemburu, cemburu dengan kebolehan kau."

"Macam mana awak tahu saya ada kebolehan?"

"Appa omma kau, mereka ialah pelopor utama dalam industri muzik, lagipun kau ialah vocalis utama untuk kumpulan koir kita masa sekolah rendah dulu. Kau lupa? "

"Jinj-jinjja?"

"Nae. So now, maafkan aku okay?"

Aku mengangguk laju. Aku maafkan dia, aku tahu dia ikhlas. Lantas kami berpelukan.

Semua peserta juga bertepuk tangan apabila kami sudah berdamai. Begitu juga dengan Seungwoo. Bagaimana aku boleh tahu? Heh, ini Sunghee la. Semua fasal Seungwoo aku tahu, sebab aku selalu perhatian dia. Sssh, ni rahsia tau.

Berkata mengenai Seungwoo, terasa lain pula dia harini. Rasa seperti dia sudah tidak menjadi yang dahulu. Seungwoo yang kasar dan bengis. Namun, aku masih lagi keliru.

.
.
.

"Aerim. Aku ada benda nak bagitahu. Esok, dalam dance room."

"Oh. Mengenai apa sunbae?"

"Mengenai apapun, esok je la kita bincang."

"Oh, okay."

Mereka kembali senyap seketika. Baru saja Aerim ingin tinggalkan Sejun dan bergerak ke arah kawannya. Sejun menahannya lagi.

"Aku nak tanya, just tanya tau."

"Tanyalah."

"Perempuan suka apa selain bunga, chocolates?"

"Perempuan? Perempuan..suka perhatian dan layanan yang baik. Berkaitan benda tu, mungkin perfume ataupun keychain. Itu lebih romantik." kata Aerim sambil tersenyum.

"Oh, kalau kau suka apa? As a gift?"

"Saya?"

"Ye, kau la."

"Saya...suka makanan. Lagi bagus kalau makanan tu teokbokki! Aiguu, cakap je pun dah rasa lapar hahaha." kata Aerim. Riak muka comel ditayang. Dia memang comel semulajadi, no wonder la.

"Okay, thank you tau!"

Aerim tersenyum memandang Sejun. Tapi dia sedikit pelik apabila Sejun bertanya hal begitu kepadanya.

"Kenapa sunbae tanya?"

"Oh, aku nak buat confession dekat perempuan yang aku suka." kata Sejun.

A-pa? Perempuan yang dia suka? Sejun sunbae dah ada perempuan yang dia suka?

Hati aku, rasa seperti dihiris..

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now