🔸11🔹

120 22 3
                                    

Recommended song; Winter bear <V>

⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕

Lol, kami bertujuh menjadi rapat secara tidak langsung selepas kejadian haritu. Aku tersenyum sendiri. Lagu rancak mula bergema apabila punat butang speaker ditekan.

Langkah tari yang diajar oleh Minkyu haritu berlegar-legar di kepala. Kami perlu hafal tarian itu untuk dipersembahkan semasa ujian lisan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Auch!!" entah dimana silap langkahku, kakiku terpeleot dan aku terjatuh. Sakit ya tuhan. Sudahlah aku seorang sahaja.

"Kwencahana?" satu suara menegurku.

Dia menutup lagu rancak tadi. Kemudian dia duduk mencangkung di sisiku.

Tahu tak kenapa aku terdiam? Sebab orang tu Heo Chan sunbae!!! Arghhh apa aku nak buat ni?

Aku mengintai figura itu pada biasan cermin bilik ini. Omma...aku tak sanggup nak angkat muka yang macam momok ni!! Aku lupa pakai skincare tadi.. Huwaaa

"Hei. Kaki kau terseliuh la..sini aku bantu."

"Sun-sunbae..saya ok je." bohongku. Padahal aku sangat sakit sekarang.

"Kalau kau tak nak rawat, kaki kau mungkin akan bengkak dan melarat. Kenapa tak nak pandang aku? Aku buruk sangat ke?" tanyanya.

"Ah aniyo!! Sunbae handsome!" secara reflek aku memandangnya. Atau lebih tepat aku memandang matanya. Arghh tak tahulah jika ini satu kebetulan, dia pandang mata aku jugak!

Opps, tadi aku cakap apa eh? Dia handsome ke? Aduhai malunya...

Aku lantas menunduk. Dari sisi mataku, kelihatan dia sedang tersenyum kecil. Mungkin geli hati dengan reaksi aku atau rupa aku yang serupa ibu ponti ni.

"Mianhae sunbae."

"No need to sorry." katanya seraya menggosok anak rambutku pelan.

Oh my...aku mimpi ke sekarang ni? Chan sunbae gosok kepala aku!! Arghh!

"Jom aku bawak pergi bilik rawatan." katanya membantu aku bangun.

"Nae.." aku juga turut cuba untuk berdiri.

Malang betul tak boleh diri elok-elok ni. Aku nak jalan dengan Chan sunbae woi!!

"Boleh ni.." aku cuba berjalan sambil tangannya memimpin aku.

Hangatnya tangan sunbae..

"Aduh.." pergelangan kakiku terasa sangat sakit. Jangan cakap aku tak boleh menari nanti.

Tiba-tiba, Chan duduk mencangkung di hadapanku. Aku..

"Cepat naik belakang aku." arahnya.

"Tapi sun- " belum sempat aku menghabiskan kata, dia memotong percakapanku.

"Cepat naik atau aku tinggal."

"A..nae. " aku terpaksa akur.

Malu-malu, aku merapati belakang tubuhnya. Lehernya aku peluk lantas aku menaiki badannya.

Arhhhhh macam tak percaya saja Chan sunbae dukung aku ke bilik rawatan. Sudahlah bilik rawatan terletak jauh dari bilik tarian.

Aku hanya memerhatikan sisi mukanya senyap-senyap sampailah kami di tiba di bilik rawatan.

.
.
.

D

ewan yang serba mewah itu menggamit pandanganku. Di sisiku, ada Appa yang menjadi pengapit. Oh iya, aku akan berkahwin hari ini.

Di carpet yang berwarna merah ditaburi bunga ros merah jambu, aku berlalu ke arah pengantin lelaki yang lengkap bersut putih. Dia tersenyum ke arahku.

"Heo Chan, sudikah kamu menikahi Kang Seulji sebagai isteri sehidup semati kamu?"

"Saya sudi." matanya memandang tepat ke arah mataku. Jejaka bernama Heo Chan ini akan menjadi milikku selepas sahaja aku mengucapkan lafaz.

"Kang Seulji, sudikah kamu menerima Heo Chan sebagai suami sehidup semati kamu?"

Kini, giliran aku pula menatap anak matanya. Lambat-lambat aku melafazkan kalimat itu.

"Saya sudi."

"Huwaaaaaa fuiyoooo sudi apa tho?!!" jerit Jungjae.

Aku terpinga-pinga. Eh? Bukankah tadi..

"Kau mimpi apa Seulji, saya sudi bagai. Sudi apa?" tanya Eunji sambil ketawa terbahak-bahak.

"Nah, amik wet tissue ni. Lap air basi kau." hulur Inha.

Mereka berenam galak mengetawakan Seulji yang sedang pelik.

"Ah..baru aku sedar, aku hanya mimpi.. Aku mimpi aku berkahwin dengan Chan sunbae." kataku malu sambil menggosok tengkuk.

"Ya.. Mentang dah kena dukung dengan Chan sunbae. Tu yang sampai ke mimpi tu. Hahaha!!" gelak Aerim.

"Eh korang tahu?" Seulji terkejut.

"Tahulah, kami nampak masa nak masuk kelas tadi. Ala sweet!" kata Sunghee.

Mereka semua tiba-tiba senyap memandang Sunghee.

"W-wae?"

"Hahahahahahaha haah tho!!  Jealous aku!" kata Eunji pula. Mereka semua ketawa terbahak-bahak.

"Aishh korang..sudahlah tu." ujar Seulji sambil menahan malu. Habis sudah mukanya memerah saja.

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now