🔸01🔹

175 32 4
                                    

Recommended Song; Love talk <Wayv>

⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕

Di rooftop, dua orang perempuan sedang melepak. Perhimpunan yang sedang berlangsung tidak dihiraukan. Sudah menjadi rutin mereka ponteng assembly,cikgu juga tidak boleh kata apa lagi dah.

"Kenapalah mereka pinggirkan aku? Apa salah aku? Sudahlah aku dipaksa oleh appa untuk masuk ke sekolah mengarut ni, lepas tu dipalau pulak tu..." kata Sunghee sambil menyiarap menyiapkan bait-bait lirik yang akan dihantar kepada Cikgu Zico nanti.

"Better kau diam Sunghee.. Aku rasa sudah sejuta kali kau asyik ulang soalan sama sejak kita jadi kawan ni." Kata Minzy pula. Kakinya yang panjang dimanfaatkan untuk menendang pinggang Sunghee,

"Hyahh.. aku mandul nanti,aku culik anak kau."

"Pfft... dasar kuat mengarut!"

E,eh dia ni. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia.

Satu sekolah sudah tahu sudah tahu perangai mereka. Yang seorang dipalau dan dibuli, seorang lagi pula pemalas tetapi pandai nak mampus. Mereka jadi kawan sejak Minzy ternampak Sunghee dipukul dengan teruk di belakang sekolah. Entah bagaimana, sebuah pertolongan menjadi persahabatan. Lagi pula mereka mempunyai minat yang sama.Siapa lagi kalau bukan senior kesayangan semua atau lebih tepat lagi Victon!

Pfft, entah apa-apa saja badgirl and nerdgirl boleh jatuh hati dengan flowerboys tu. Visual mereka bukan kaleng-kaleng guys.

Minzy atau Park Minji merupakan anak orang kaya. Namun kasihan, ibu bapanya hanya memandang kebolehan abangnya saja. Minzy pula dibuang ke sekolah muzik dan perlu duduk di asrama. Bukan sekolah muzik ini tidak bagus. Namun dia ada cita-citanya sendiri.Malang sekali, ibu bapanya menghiraukan minatnya itu. Sudahla mukanya sentiasa ketat sehingga ramai yang takut hendak mendekat. Disebabkan hatinya selalu berduka.

Cerita si Sunghee ni pulak hampir sama, tetapi ada sedikit perbezaan. Sikit je tak banyak pon...ngehhh!

Dia juga anak orang kaya, ibu bapanya juga tidak menghiraukan minatnya, malah dia dihantar ke sekolah muzik ini. Alasannya, ibu bapanya merupakan seniman muzik terulung di Korea. Penggiat seni muzik tradisional dan juga penggubah lagu terkenal. Mereka ingin anak perempuan tunggalnya menjadi pelapis, tapi sayang, mereka tidak tahu anaknya selalu menjadi mangsa buli di sekolah elit itu.

"Apa kata kau mainkan lagu Weight In Gold yang Geleng punya lagu tu. Aku teringin nak menyalak pulak kat rooftop pepagi camni." kata Sunghee sambil membetulkan bajunya selepas dia kembali duduk bersila.

"Geleng kepala otak mung!!! G.a.l.l.a.n.t Gallant bengong!" kepala Sunghee dihempuk menggunakan gitar yang sentiasa menjadi penemannya. Bapak ganas minah ni tak boleh dibawa bincang. Eloklah itu, seorang lembik seorang kasar. Kalau undang-undang boleh dimanipulasikan, sudah layaklah mereka memegang status suami isteri itu.

Jari Minzy yang runcing mula memetik tali gitar itu. Satu rooftop bergema dengan irama bersama gabungan suara merdu Sunghee. Sehinggalah suara pekikan kedengaran. Ya, merekalah Jungjae dan Seulji. Pengawas hot sekolah itu.

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now