🔸02🔹

167 29 16
                                    

Recommended song; Beautiful lady      < Jonghyun> Oh My Venus ost

⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕

"

Kau orang kot ye pon nak jadi penyangak an... jadi penyangak kat luar sekolah lah!!!" Kata Seulji sambil mencekak pinggang.

"Pfft hahahahaha dasar pengawas bunguk!" tawa Sunghee dan Minzy.

"Oi bengong! Blur tu simpan sikit kat anak cucu nanti. Kita kan duduk dorm, tang mana nak buat jenayah kat luar sekolah pulak! tu la.. aku suruh makan nasi kau makan gambar Chan sunbaenim... kan dah tak betul jadinya..." kata Jungjae.

Seperti yang sedia maklum, Jungjae terkenal dengan hikayatnya yang savage dan brutal. Sebab itulah semua gerun je dengan dia. Mana taknya, dia juga merupakan naib presiden ketua pelajar di sekolah itu. Soseh soseh juga ada mengatakan bahawa dia mempunyai kebolehan mencari benda baharu, termasuklah kegiatan jenayah baharu pelajar di sekolah itu.Hebat bukan?

Tidak hairanlah kalau Jungjae atau lebih tepat Jung Jaemi memiliki kebolehan itu. Jelas sekali dia merupakan anak kepada seorang detektif terkenal, Jung Jaehyun. Pfft, nama saja sudah nak dekat sama, perangai apatah lagi! Bapa borek,anak rintik!

"Kau ni Jungjae..kecik hati aku tahu?" rengek Seulji.

"Eleh cakap sikit sentap."

"Merajuk setahun!" 

Ya... inilah satu lagi anak manja, Kang Seulji. Tahap blur paling maksima layak dianugerahkan kepada ketika hari Qualiti nanti. Namun, dia bukanlah calang-calang orangnya. Ayah dan ibunya pemandu pelancong paling berpengaruh di seluruh negara. Mereka juga merupakan rakan kongsi rasmi kepada ayah Eunji yang merupakan pemilik hotel bertaraf 5 bintang. Nama mereka merupakan senarai yang paling dicari serantau asia dan dipercayai memiliki kekayaan yang tiada tandingan. Hakikatnya, mereka terpaksa menuruti kehendak anak mereka dalam menceburi bidang muzik. 

"Wei, sementara dorang gaduh ni, lebih baik kita cabut dulu." bisik Minzy kepada Sunghee. Perlahan-lahan mereka mencangkung ingin meninggalkan rooftop tersebut.

"Hyah Lee Sunghee dan Park Minji! Tak perlu kitaorang cari,petang ni kau mesti tolong Aerim bersihkan Dance Room!!!" teriak Jungjae kepada mereka yang sudah hilang di ekor matanya.

"Diaorang ni tak serik agaknya!!! Benci!"

"Kau punya fasal la ni diaorang dah lari."

"Elehh.. kau pun tak rilex, dorang lari mana pun tetap oleh cari. Ni sekolah bukan padang pasir!" kata Seulji sambil menghentak kakinya meninggalkan rooftop. Jungjae hanya membuntuti Seulji yang bergerak ke gelanggang perhimpunan.

Petang, dance room

Aerim, pemilik bilik tari sedang giat menyapu sampah. Bukan sebab dia bibik okay.. Dia merupakan pengerusi kelab tarian dan bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan pengendalian hal ehwal tarian di sekolah. Wajarlah kalau dia  membersihkan bilik tarian setiap hari untuk kegunaan pelajar lain. Tanpa sedar, seorang telah memasuki ruang tarian itu.

"Annyeong haseyo... Aerim ah.." tegur seseorang.

"Eh Subin sunbaenim..annyeong.." balasnya sambil mengukir senyum.

Wait, Sejun aku pun ada? Wow!!! 

Setiap hari aku jatuh cinta dengan Sejun sunbaenim. Dimples dia yang menawan apabila dia senyum membuatkan semua rama-rama dalam organ badan terbang berpusing-pusing. Sayang sekali, senyumannya terlalu mahal untuk ditatap oleh semua pelajar di sekolah ini, termasuklah aku. Dia terlalu dingin.

"Eh hyung...aku tertinggal botol air dalam dorm la.. aku pergi ambil kejap." kata Subin. Dia kemudiannya melangkah keluar dari bilik tarian itu.

Anak mataku gatal ingin mencuri pandang Sejun yang sedang memanaskan badan sebelum memulakan tarian. Botol air mineral aku capai lalu dengan berani mendekatinya. Belum sempat aku memanggilnya, satu suara kecoh kedengaran di luar bilik tarian ini.

"Hai Aerim, kitaorang kena denda kemas bilik tarian dengan kau." kata Minzy. Kelihatan Sunghee menyorokkan badannya di belakang Minzy.

"Ouh.. hah.. okay."

Akhirnya aku hampa. Sejun sunbae melangkah keluar dari bilik ini. Mungkin ke tandas, atau merasa malu dengan kehadiran mereka berdua. Aku menyembunyikan sedihku. Susahlah kalau diaorang tahu aku juga turut menaruh hati dengan senior kesayangan sekolah ini.

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now