🔸08🔹

120 25 5
                                    

Recommended song; Hard to say goodbye < Bae Jinyoung>

⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕⭕

"Sayang gila, kalau Seungwoo tak jatuh, mesti kita sah menang." kata Hanse seraya kakinya melangkah masuk ke bilik persalinan baju yang dikhaskan.

"Haah, hyung kaki tu ok tak?" tanya Subin pula.

"Hmm..okay la kot." jawab Seungwoo sambil membelek kakinya yang sakit.

"Ni semua salah Vernon. Apa tah yang tak puas hati lagi dengan kita? Stress betul la." seloroh Byungchan. Kemudian air diteguk rakus bagi menghilangkan haus.

Chan dan Seungsik hanya memandang sahaja mereka tanpa berkata apa-apa. Sejun, mungkin ke tandas.

Achooom!

Mereka senyap. Seperti ada yang bersin. Tapi mengapa suaranya persis perempuan?

"Siapa bersin! Kau ke Byungchan?" tanya Seungsik.

"Eh tak la.. Mana ada aku bersin pulak kauu.."

"Jangan cakap.." Chan mula membuat andaian yang bukan-bukan di larut petang itu. Sudahlah hari hampir senja.

Achoom!

Seungwoo bangun terhincut-hincut. Dia tahu bukan mereka saja di dalam ruangan ini, terdapat orang lain juga yang berada di situ.

"Hyung..."

"Ada stalker dalam ni." kata Seungwoo sepatah. Sekejap itu, beberapa orang perempuan keluar dari tempat persembunyian mereka dan lari lintang pukang.

Mereka terkesima.

.
.
.

10 minit yang lepas

"Huwaa handsome-nya Byungchan.. Inha aku jatuh cinta buat kali ke 3 juta woi!!" kata Eunji apabila matanya fokus memandang Byungchan.

"Kau diamlah!" kata-kata Eunji hanya dibiarkan, dia hanya mahu melihat senyuman manis Hanse!

Mereka mula berasa panas. Ah menyesal pula tak pilih tempat persembunyian yang lebih terbuka sedikit. Panasnya lain macam.

"Panasnya Inha." Eunji mula mengipas-ngipas lehernya yang berpeluh keras itu.

"Sini aku sejukkan kau." kata Inha. Entah dari mana dia mendapat idea teruk itu, dia kemudian meniup leher Eunji itu supaya lebih sejuk. Tanpa sedar, segala taman perumahan yang dibina oleh sang lelabah dimusnahkan dalam satu tiupan.

Achooom!

"Woi! Asal kau bersin?!" marah Inha. Sudahlah dia sedang buat kerja intip mengintip, boleh pula Eunji memusnahkan segala kesanggupan mereka ini?

"Aku alah habuk la wei! Yang kau pergi tiup habuk ni buat apa?" kata Eunji sambil menggosok hidungnya ganas.

"Achoom!"

"Shushh." arah Inha.

Kelihatan mereka sedang bingung tercari-cari suara bersin tadi.

Aish..ni semua salah aku. Dasar Inha!

Mereka jadi gugup apabila Seungwoo bangkit dari duduk. Jangan cakap mereka akan kantoi?

"Ada stalker dalam ni." kata Seungwoo.

1 2 3

"Lari!!!!!!!" jerit mereka serentak.

Keadaan jadi bingit apabila mereka semua lari. Eunji menendang pintu locker tempat mereka bersembunyi. Mereka berpegangan  tangan berlari ke pintu bilik itu. Minzy juga menarik tangan Sunghee yang sibuk memeluk blazer Sejun untuk lari bersama-sama. Jungjae dan Seulji berpegangan tangan turut menjerit dan berlari sama.
Tatkala pintu bilik dibuka, jelaslah terpampang muka Aerim yang sedang terpinga-pinga apabila ternampak classmate-nya berlari. Sempat Jungjae menarik tangan Aerim untuk lari bersama.

"Ini semua gila!!" jerit Minzy.

"Ar..mana blazer Sejun sunbae??" tanya Sunghee kalut.

"Sorry guys. My bad!" jerit Inha.

"Achooom!!!" Eunji masih dengan bersinnya.

"Arghhhh!!!!!" gila Jungjae dan Seulji masih menjerit sambil berpegangan tangan.

"Korang buat apa ni?" tanya Aerim pula.

Kitaorang? Kita intip Victon!!

Mereka kemudian berkumpul di stor tempat Minzy dan Sunghee selalu ponteng.

Ya! Mereka perlu berbincang!

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now