🔸25🔹

90 15 13
                                    

Recommended song; Days without you <Davichi>

⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪⚪

Seungwoo kelihatan terkejut apabila disergah Subin. Subin menolaknya menjauhi Minzy.

"Kenapa dengan hyung ni?"

"Sunbae.." melihat situasi tegang itu tadi, Minzy bertindak untuk meredakan keadaan.

"Aku suka Minzy." ucap Seungwoo.

Subin terkejut mendengar luahan tiba-tiba itu.

"Kau faham tak aku suka dia?!" tiba-tiba Seungwoo bertindak di luar kawalan. Kolar baju Subin digenggamnya seraya membisikkan sesuatu ke arah Subin.

"Kalau kau pun nak dapatkan dia, tolong bersaing secara sihat dengan aku."

Subin sekali lagi tercengang. Matanya menghantar pemergian lelaki itu. Kemudian matanya tertumpu pada Minzy yang berdiri tegak di belakangnya.

"K-kwenchana?" katanya tersekat-sekat. Dia sebenarnya malu dengan perangai Seungwoo. Ini pertama kali dia melihat sisi Seungwoo yang sebegitu. Selama ini, Seungwoo seorang yang pendiam dan tidak ambil peduli dengan sekeliling.

"Nae..I am okay.. Don't worry nae, saya dah biasa."

"Dah biasa? Jadi selama ni Seungwoo pernah buat macam tu kat awak?"

Minzy terdiam. Salahkan dirinya kerana tersalah cakap.

"Hm.." dia kemudian menunduk memandang kaki sendiri.

"Minzy..awak suka Seungwoo jugak?" tanya Subin tiba-tiba.

Minzy mengangkat kepala memandang Subin. Mata mereka saling bersatu, seolah-olah mereka sedang berkomunikasi melalui anak mata. Hanya mereka yang faham.

"Saya..sukakan sunbae."

Dan Subin terkedu dengan pengakuan Minzy. Seakan-akan  jantungnya tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Perlahan-lahan, dia mendekati Minzy.

"Jadi saya dah menang tanpa bertanding lah ni?" bibirnya menguntum senyum manis. Semanis kurma Yusuf Taiyoob.

Minzy turut tersenyum kearahnya sebelum kakinya mengjungkit menyatukan bibir mereka.

.
.
.

Seungwoo berjalan melepasi koridor di blok latihan itu. Tangannya memukul kuat tembok balkoni itu. Tanpa sedar air matanya jatuh menahan marah. Ya, dia menangis kerana terlalu marah.

Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi yang tidak enak.

"Sunghee dah ada kawan..uyoo sombong dengan kita sekarang.."

"Jangan..jangan koyakkan buku tu!"

"Ala..kitaorang nak gurau-gurau je.."

"Janganlah!!"

"Berani kau tinggikan suara kau kat kitaorang eh?!"

"Arkk..jangan..sakit.."

Seungwoo menjengah ke dalam bilik latihan tadi. Matanya terbeliak melihat Taeil sedang menarik rambut Sunghee manakala Taeyong pula sakan mengoyakkan buku nota Sunghee.

"Woi!!"

Taeil yang terkejut dengan sergahan tersebut melepaskan rambut Sunghee.

"Alamakk..ada hero la pulak.."

"Korang tak serik ke hah? Dapat apa buli orang macam ni?"

"Dapat apa? Dapat puaskan diri! Hahahahaha!!" mereka tergelak kuat.

"Fine! Kalau korang nak puaskan diri korang, sila cari orang lain. Sebab dia aku punya!"

Taeyong sinis memandang Seungwoo. Taeil mendekati Sunghee yang sedang menangis. Diusapnya rambut Sunghee seraya berbisik halus di telinga perempuan itu.

"Kita belum selesai lagi sayang." bisik Taeil sebelum beredar bersama Taeyong.

Seungwoo hanya menjeling Sunghee yang sedang menangis mengutip serpihan buku nota yang dikoyakkan oleh mereka. Entah kenapa hatinya berasa sakit melihat air mata perempuan itu.

.
.
.

Heyyo!
SEUNGW00TEARS
sofieyeol
NurAlya_Tasya
Deepersweety
melonminhee
flowerylila

𝙂𝙞𝙧𝙡𝙨 𝙃𝙚𝙖𝙧𝙩 ノ 𝘷𝘪𝘤𝘵𝘰𝘯 𝘢𝘧Where stories live. Discover now