"Ya .. aku dah maafkan." pelukan dirungkaikan Haider sebelum dagu terbelah Sofia ditolak lembut , mendonggak memandangnya. Sebaik matanya menatap sepasang mata milik Sofia yang agak sembap itu buat Haider mula dilanda rasa bersalah. Dia bukan tuli , tidak mendengar tangisan gadis itu semalam. Namun kerana ego , dia hanya membiarkan Sofia menangis tanpa sebarang pujukan.

Haider senyum tipis sebelum bibirnya lembut dilabuhkan pada kedua belah mata Sofia.

"Aku tak nak mata ni nangis sebab aku lagi."

Berbunga Sofia mendengarnya. Bibir terus menguntumkan senyuman manis. Leher Haider dirangkul lembut sebelum ceruk leher itu dihidu dalam.Wangi.

"Halena." Haider memanggil. Rambut Sofia dielus lembut dengan sebelah tangan.

"Aku bukan nak bangkitkan isu semalam. Tapi aku curious apa yang Harraz buat dalam bilik tu dengan kau. Are you really cheating on me?" Haider menyoal tanpa nada. Sesaat , Sofia panggung wajah dari ceruk leher Haider. Garang matanya menikam sepasang mata coklat milik Haider.

"Sampai hati awak cakap macam tu."

Haider lepas keluhan berat.

"Baby.. sebab tu aku tanya. I need to know whole story."

"Tell me. Siapa yang tak salah faham bila nampak isteri dia satu bilik dengan lelaki lain? Kau sendiri , kalau nampak aku satu bilik dengan perempuan lain. Apa kau fikir?" duga Haider. Sofia terdiam. Benar juga kata Haider. Akhirnya , Sofia mula menceritakan segala yang berlaku malam tadi pada Haider.

Seusai menceritakan segalanya pada Haider. Dada Sofia terasa lapang. Lega! Wajah tampan Haider dipandang lama. Begitu juga Haider , mereka saling bertatapan.

"So tak curang lah ni hm?" Haider mengusik. Sofia senyum sambil menggelang. Tubuh Haider kembali didakap erat sebelum dagu terbelahnya direhatkan pada bahu kekar Haider.

"Mestilah tak! Even awak tinggal saya lima tahun pun saya tetap tunggu awak tau!" tanpa sedar Sofia mula membangkitkan cerita lama. Haider diam.  Bibir mengukir satu senyuman nipis.

"Tahu." rambut Sofia kembali diusap lembut sebelum bibirnya mengucup pinggir dahi Sofia sekilas.

"Aku minta maaf sebab tinggalkan kau dulu." gumam Haider perlahan. Suasana di antara mereka berubah canggung bila isu dulu kembali diungkit. Sofia senyum.

"Tak apa lah , benda dah jadi dah pun. Saya tak nak ingat benda lepas." Sofia senyum. Benar. Dia tidak mahu terus terperangkap dalam masa lalu mereka.







***






SENYUMAN yang terhias di bibir Harraz mati bila melihat Haider dan Sofia yang baru saja menuruni anak tangga sambil tangan mereka bertaut erat.

"Morning everyone." sapa Haider seraya menarik kerusi buat Sofia. Sofia turut menyapa sebelum punggung dilabuhkan pada kerusi yang ditarik Haider.

"Lambat bangun , Rayyan?" Puan Sri Rose mula menegur Haider ramah. Perlakuan Haider terhenti. Keningnya sedikit berkerut.

Bukan kah Puan Sri Rose kurang mesra dengannya sebelum ini? Aneh. Haider tarik senyum sinis.

"Biasalah aunty , penat kan malam tadi." selamba Haider membalas. Mata Saffa membulat.

"Penat buat apa je malam tadi?" Saffa mencelah. Ternaik kening Haider mendengar soalan Saffa. Kenapa dirasakan Saffa mempunyai sikap menyibuk yang tinggi , ya? Pandangan Saffa kini jatuh pada wajah polos Sofia. Sofia kelihatan naif , terkebil kebil matanya memandang Haider di sisi. Jelas gadis itu tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Haider hulur senyum manis buat Sofia.

Innocent , cute.

Kali ini wajah Saffa dicari.

"Exercise."

Harraz yang mendengarnya tersedak. Tan Sri Shafiee kelihatannya sedikit tersentak sebelum bibirnya menghulur satu senyuman penuh makna buat Haider.

"You exercise apa dalam bilik?" soalnya dengan nada yang kurang senang. Wajah Haider berubah keruh. Beberapa garis halus timbul pada dahinya.

"Kau ni sibuk sangat kenapa? Hal dalam bilik buat apa cerita dekat kau." bidas Haider selamba. Kini barulah Sofia mengerti apa yang sedang berlaku. Paha Haider ditepuk lembut. Kali ini wajah Saffa dicari. Wajah Saffa berubah merah. Malu bila Haider selamba membidasnya.

Harraz pula mencebik menyampah. Pelik. Bukan kah sepatutnya mereka berdua bertengkar kerana peristiwa malam tadi? Ini tidak , elok saja hubungan Haider dan Sofia pagi ini. Malah, hubungan mereka kelihatan jauh lebih mesra berbanding malam tadi. Apa yang sudah berlaku?

Tan Sri Shafiee tergelak kecil.

"Kamu ni Saffa , sibuk sangat!" komen Tan Sri Shafiee sambil kepala tergeleng kecil melihat telatah anak gadisnya itu.

Puan Sri Rose pula memandang anak gadisnya dengan pandangan kasihan sebelum matanya jatuh memandang Sofia tajam.

Sofia dijeling tajam. Sofia menikus. Dia cukup mengerti maksud dari pandangan Puan Sri Rose tadi.

Tanpa sedar Haider sedari tadi tidak lepas memerhati pandangan tajam Puan Sri Rose pada Sofia. Bila mata wanita itu jatuh padanya , Haider tayang wajah dingin. Sudahnya mereka mula menyambung suapan yang tergendala tadi.





***



ANASTASIA terduduk di pinggir kaki katilnya. Rambut kusut masainya diraup kasar. Kalau ikutkan gerak hatinya mahu saja dia membatalkan perkahwinan Haider dan Sofia tempoh hari. Namun Tuan Rui terlebih dulu menghidu niat buruknya itu. Sudahnya , dia dikurung sehingga majlis perkahwinan Haider dan Sofia berakhir.

Cincin di jari manisnya ditilik lama. Rayyan Haider. Nama yang sudah terpahat pada hatinya sejak mereka berusia kanak kanak.

"Sampai hati you lion.." tangisan Anastasia semakin lebat. Perit untuk menerima takdir lelaki yang dipuja dari dulu kini menjadi hak milik gadis lain. Sadisnya, gadis yang merampas tunangnya itu sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Selama ini dia melayan gadis itu cukup baik. Namun gadis itu sanggup menghianatinya!

Sungguh Anastasia terkilan dengan perbuatan Sofia. Jadi selama ini dia telah mengadu nasibnya pada orang yang salah!

Anastasia kembali memeluk lututnya. Tangisannya semakin lebat sebelum matanya jatuh pada kotak besar yang berada di pinggir katilnya.

Perlahan , kotak itu dicapai. Buka saja kotak itu , penuh wajah Haider memenuhi retina matanya. Gambar Haider sewaktu kanak-kanak sehinggalah lelaki itu meningkat dewasa. Malah semua tiket wayang mereka dulu pun masih disimpan Anastasia.

Kadang , Anastasia sendiri bingung. Apa yang kurang pada dirinya sehingga Haider langsung tidak memandangnya? Masih kurang kah dia pada mata Haider?

Belum cukup jelas lagi kah pada mata Haider? Dia sanggup memeluk Islam dan meninggalkan agama Kristian untuk lelaki itu. Namun semuanya kini sia-sia. Lelaki itu kini membuangnya dan lebih memilih gadis lain.

"Kenapa you buat I macam ni Hai? I sakit Hai! Hati I sakit!" Anastasia merintih pilu. Semuanya sudah diberi pada Haider. Malah maruahnya sendiri sudah diberi pada Haider. Dia bukan gadis lagi. Semuanya sanggup dilakukan buat lelaki itu. Lelaki yang dari dulu dipuja , lelaki yang sering mencuri masanya , lelaki yang sering membuatkan dia terleka dengan ciptaan Tuhan.

Rayyan Haider.

Angan angan yang dipasang sejak dulu kini hancur lebur bila lelaki itu sudah sah menjadi suami pada Sofia.

Akhirnya Anastasia memutuskan untuk mengambil pil tidur. Dia lelah , lelah dengan semuanya. Lelah dengan hidupnya. Anastasia lelah menunggu pintu hati Haider terbuka buatnya.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now