16

3.2K 223 51
                                    

SEDARI tadi tangan Medina tidak dilepaskan Sofia. Takut? Sudah tentu! Ditambah pula dengan pandangan badi pengunjung yang lain. Malah ada yang melemparkan pandangan sinis pada Sofia. Kenapa? Mungkin dengan penampilannya yang bertudung buat mereka terasa lucu?

Ya. Wajar saja. Tapi Sofia langsung tidak ambil pusing dengan pandangan mereka. Saat ini , tujuan utamanya ialah berjumpa Rafael dan cepat-cepat keluar dari pusat hiburan ini.

Sofia benar benar tidak selesa. Dengan dentuman muzik yang begitu kuat. Orang ramai yang menari tanpa rasa segan dan malu. Botol arak juga kelihatan banyak disediakan. Bila mata Sofia jatuh pada pasangan yang sedang bercumbu , cepat saja mata dilarikan ke arah lain. Sungguh! Sofia tidak selesa dengan semua ini.

"Kita jumpa Raf dulu lah , kau okay kan Fia?" tanya Medina sedikit kuat. Sofia hanya mengangguk tanpa bersuara. Melihat saja kelibat Rafael. Medina melepaskan tautan tangannya mereka.

"Raf!" Medina memanggil. Serentak , Rafael yang segak berkemeja bernada gelap yang tadinya dikerumuni rakan-rakannya menoleh. Sesaat , senyuman bergayut pada ulas bibirnya sebelum langkah diatur menghampiri mereka.

"Happy birthday! Sorry lambat , kitaorang cari hadiah tadi. Kau dah potong kek ke?" Medina menyoal mesra. Senyuman manis dikoyak. Sofia pula hanya membatu di belakang Medina. Tidak berminat untuk mencelah.

"Thank you Dee. I dah potong kek dah tadi. But nevermind as long you dengan angel datang." pandangan kemudian dilemparkan pada Sofia.

"Angel.." Rafael menegur lembut. Meskipun hanya diterangi dengan lampu yang malap. Kecantikan Sofia membuatkan Rafael tersenyum senang. Ya. Mungkin penampilan Sofia kelihatan tidak bersesuaian dengan tempat , tapi Rafael peduli apa? Pada mata Rafael , Sofia cukup sempurna.

"Thank you for coming.." senyuman manis dilemparkan buat Sofia. Sofia hanya mengangguk sambil tersenyum nipis.

"Happy birthday Raf." ucapnya pendek. Hadiah dihulur pada Rafael. Melihat itu , Rafael tersenyum lebar.

"Thank you so much angel!" balas Rafael ceria sambil senyuman manis masih menghiasi bibirnya.

"Dee , I pinjam kawan you kejap boleh , kan?" pinta Rafael sambil tersenyum kecil. Dee merupakan nama panggilan mesra Rafael buat Medina.

"Sure , I pun nak pergi toilet kejap." belum sempat Sofia menahan Medina sudah hilang dari pandangan matanya. Sofia mengeluh. Dasar! Sengaja!

"Come , saya kenalkan awak dengan abang saya. Dia ada dekat sana dengan kawan kawan dia." Rafael sudah mengorak langkah ke satu sudut. Mahu tak mahu terpaksalah Sofia ikut. Bukan ada orang lain yang dikenalnya , kan?

"Reez!" seorang lelaki beraura maskulin yang sedang merangkul dua orang gadis di sebelahnya itu segera menoleh.

"Yes , Raf?" rangkulan dilepaskan. Kini lelaki itu sudah berdiri menghadap Rafael dan Sofia. Sempat matanya jatuh pada Sofia Sesaat.

"Ni aku nak kenalkan Sofia , Halena Sofia yang aku selalu cerita pada kau." Sofia memandang Rafael. Rafael selalu ceritakan tentang dirinya? Sedikit sebanyak hatinya mula tersentuh.

"Oh ini lah Sofia?" lelaki itu kelihatan melihat Sofia dari atas ke bawah. Senyuman manis terukir di ulas bibirnya.

"Cantik , patutlah kau panggil dia angel." seloroh lelaki itu ramah. Senyuman mengusik kini terbit dari bibirnya.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now