"Tapi jangan risau Sofia..."

"Kalau Rayyan tak 'sudi' nak terima kau. Kau boleh pergi pada aku. Aku sanggup terima kau.." rambut Sofia diselitkan ke belakang telinga.

Sofia tersedar. Tangan Harraz ditolak kasar. Tangan laju mencapai selendang hitamnya semula. Baru saja tombol pintu ingin dibuka tangannya terlebih dulu direntap Harraz.

"Lepaslah Harraz! Aku nak jumpa Haider. Lepaslah!" bentak Sofia geram. Takut. Marah. Sedih.

"Kenapa? Takut kalau Rayyan nampak kau dengan aku? Macam tu?" soal Harraz sinis. Wajah pucat dan tubuh mengigil Sofia membuatkan dia tersenyum. Jelas gadis itu takutkannya.

"Tolong lah Harraz jangan buat aku macam ni. Apa yang kau nak? Tolong lah aku tak nak Haider nampak. Tolong lah lepaskan aku.." Sofia merayu. Wajahnya penuh dengan air mata. Tubuhnya mengigil takut.

Kenapa?

Kenapa dia sering diperlakukan seperti ini?

Harraz dan Sofia serentak menoleh bila daun pintu dikuak kasar dari luar. Wajah tegang Haider terjengul dibalik pintu. Wajahnya dingin. Tiada secalit senyuman.

Harraz tersenyum sinis. Lengan Sofia dilepaskan. Tidak sabar pula melihat rumah tangga mereka berantakan. Itu yang dia mahu. Melihat Haider sakit dan kecewa seperti yang dirasanya dulu , sewaktu lelaki itu merampas kekasih hatinya.

Tangan Sofia dicapai Haider. Tanpa sebarang soalan Sofia ditarik lembut mengikut langkahnya. Sofia akur meskipun gerun dengan padangan mata Haider padanya sedari tadi tidak lepas memandangnya.

Sebaik kembali ke bilik mereka , pintu ditutup dan dikunci Haider sebelum tautan tangan mereka dileraikan. Haider sedikit pun tidak bersuara. Kehadiran Sofia langsung tidak diendahkan. Bantal dicapai sebelum kembali berdiri di hadapan Sofia.

Serentak , Sofia mendonggak. Mata mereka bertaut. Lama.

"Aku tahu kau tak hingin pun kahwin dengan aku , Halena. Aku tahu , aku yang beria-beria ajak kau kahwin. Tapi kalau rasa tak selesa dan tak 'hingin' nak tidur sekatil or sebilik dengan aku , bagitahu."

Sofia tergamam. Tangan Haider cuba diraih.

"Haider , aku.." tangannya ditarik menjauh.

"No , I don't need you explanation." tegang.

"Haider dengar lah dulu..." kolam mata Sofia kembali hangat.

"Apa lagi Halena?!" tanpa sedar Haider meninggikan suaranya. Sofia terkesima. Makin laju air matanya mengalir. Tangannya naik menutup wajahnya sambil menangis teresak-esak.

Terkilan dengan sikap Haider yang meninggikan suara terhadapnya. Dia takut , memang sejak dulu lagi dia tidak senang bila melihat Haider marah. Namun apa yang berlaku bukan salah Haider , dia sendiri yang mencari masalah.

Haider jadi serba salah. Wajah diraup berkali-kali. Bantal dibuang ke katil sebelum tangannya menarik lembut tangan Sofia yang menekup wajahnya.

"Halena.." Sofia masih teresak.

"Hey , aku minta maaf. Aku tak sengaja tinggikan suara pada kau. Aku minta maaf." tangan Haider mula mengesat sisa air mata pada wajah Sofia. Meskipun marahnya masih lagi tersisa. Tidak pula dia sanggup melihat isterinya itu menangis seperti ini.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now