Setelah beberapa minit berjalan, muncul sebuah Range Rover hitam yang mengikutinya dari belakang. Perasaan takut mula menyelubungi Laura, hatinya juga tak henti-henti berdoa agar cepat sampai ke rumah.

Pin! Pin!

Langkah Laura terhenti, Range Rover hitam itu berhenti di sebelahnya. Cermin kereta diturunkan, terpampang wajah lelaki kacak yang sangat dia kenali.

"Encik Rafeeq?" ujar Laura, terkejut dengan kehadiran majikannya di situ.

"Laura, masuk" arah Rafeeq dengan wajah tegang, semakin takut Laura apabila memandang wajah bengis Rafeeq.

"Ta-tapi Encik-"

"Masuk" arah Rafeeq lagi, Laura mengeluh perlahan. Nak tak nak dia masuk jugak dalam kereta tu, Rafeeq sembunyi senyum. Dia baru sahaja pulang dari pejabat tadi, terkejut juga dia memandang Laura yang berjalan kaki.

Sepanjang perjalanan, keadaan dalam kereta hanya bertemankan alunan radio. Laura hanya membuang pandangan ke luar tingkap manakala Rafeeq pula fokus memandu. Namun tiba-tiba sahaja kesunyian itu dipecahkan dengan bunyi perut Laura yang berkeroncong minta diisi. Gadis itu sembunyi malu, sungguh dia lapar saat itu tapi dia perlu berjimat memandangkan hari gaji lama lagi.

"M-maaf Encik Rafeeq, saya tak sempat makan tadi"

"Never mind" Rafeeq tersenyum tipis, m mang dia mahu membawa Laura ke kedai makan. Takdir seperti memihak kepada dia, Laura lapar. Ada lah alasan nak bawak anak orang keluar, hihi!

"Turun" arah Rafeeq sebaik saja mereka berhenti di hadapan sebuah restaurant, Laura berkerut dahi.

"Kenapa encik berhenti kat sini?"

"Nak repair moto"

"Hah?" dahi Laura berkerut seribu, sekarang ni siapa yang tak siuman.

"Dah nama restaurant nak makan lah Laura, apa lagi" jawab Rafeeq, dia menggeleng.

"Ta-tapi ni restaurant mahal, saya mana ada duit" kata Laura, berdiri bulu tengkuknya memandang kedai makan yang kelihatan mahal itu.

"Dah tak apa, turun je" arah Rafeeq lagi, Laura hanya menurut. Rafeeq mengambil tempat yang agak tertutup dan hanya ada dua kerusi yang khas untuk mereka berdua. Feeling-feeling romantik! Selepas membuat pesanan, Laura diam menekur lantai.

"Kenapa senyap?" soal Rafeeq, namun Laura masih diam tidak berkutik.

"Laura?" panggil Rafeeq dengan nada lembut, pelik pula dia dengan Laura yang tiba-tiba senyap.

"Makanan yang encik order tadi tu semuanya mahal-mahal"

"So?"

"Encik bawak saya ke kedai mahal ni, saya mana ada duit nak bayar" Laura meluahkan rasa gusar, Rafeeq sembunyi senyum. Geli hati dengan Laura ni, sungguh gadis itu menawan hatinya.

"Laura, kalau saya yang bawa awak ke sini dah sah-sah lah saya yang bayar. Allahu, janganlah kabut sangat" ujar Rafeeq, dia tergelak.

"B-betul ke ni Encik Rafeeq?" soal Laura meminta kepastian, terkebil-kebil matanya. Rafeeq mengangguk dengan senyuman, kelakarnya buah hati dia sorang ni.

"Terima kasih Encik Rafeeq, semoga Allah murahkan rezeki encik"

"Aamiin, Aamiin, Ya Rabb" jawab Rafeeq, Laura tersenyum senang. Ada juga yang sudi belanja dia makan saat dia betul-betul memerlukan bantuan.

"Kenapa balik jalan kaki?"

"Saya tunggu teksi tapi tak ada, hari pun dah lewat jadi saya jalan kaki je lah"

"Awak tak ada transport?" soal Rafeeq, Laura menggeleng perlahan.

"Awak ada masalah kewangan ke Laura?" soal Rafeeq lagi, Laura masih menggeleng.

"Laura saya ni majikan awak, saya berhak tahu masalah pekerja saya. Kalau awak ada apa-apa masalah, saya perlu tahu. Mana tahu saya boleh bantu awak?" pujuk Rafeeq, Laura menekur lantai.

"Sa-saya" tergagap-gagap Laura berbicara, Rafeeq menanti penuh pengharapan. Dia juga mahu tahu tentang kehidupan gadis di depannya ini. Laura mengambil nafas dan hembus perlahan, malu juga dia hendak menceritakan perkara sebenar kepada Rafeeq.

"Saya anak yatim piatu encik, saya hidup sendiri. Dulu hidup saya senang, tak lah serumit ni. Saya tak pernah kenal erti susahnya kehidupan tapi semuanya berubah selepas pemergian kedua ibu bapa saya tahun lepas"

"Sorry Laura, saya tak tahu pasal life awak" ujar Rafeeq, Laura hanya tersenyum tipis.

"So sekarang awak duduk dengan siapa?"

"Cousin saya"

"Kalau macam tu, mulai esok saya yang akan ambil dan hantar awak ke tempat kerja"

"Ha?! Ke-kenapa?" terkejut Laura dibuatnya, tak kan majikan dia sendiri nak jadi driver tak berbayar kot!

"Tak ada apa, biar saya yang ambil awak setiap hari"

"Ta-tapi saya tak nak susahkan encik"

"Saya tak rasa susah pun"

"Tapi encik-"

"Saya boss ke awak boss?" pintas Rafeeq, Laura terdiam.

"Encik boss"

Makanan yang dipesan tadi sampai, mereka menjamu selera. Seketika fikiran Laura teringatkan duit minyak kereta Rafeeq yang bakal habis bila ulang alik ke rumahnya yang jauh dari pejabat.

"Tapi encik, duit minyak kereta encik macam mana? Encik tolak gaji saya ke? Kalau macam tu tak apa lah encik, saya boleh naik teksi" ujar Laura. Akhirnya meletus ketawa Rafeeq, sungguh dia tak tahan nak ketawa dari tadi dengan perangai Laura yang polos.

"Kenapa encik gelak? Saya makan comot ke?" soal Laura, gelabah dia mengambil tisu untuk mengelap mulut yang mungkin comot.

"Ta-tak, hahahahahaha!!!" Rafeeq masih dengan tawanya, Laura semakin pelik. Tak pernah dia nampak majikannya ini ketawa, kali ni baru nampak. Selama ni muka ketat je macam muka ber-skru.

"Ehem!" Rafeeq berdehem bagi menghentikan gelaknya sendiri, apa CEO perangai macam tu.

"Encik ok?" soal Laura, Rafeeq menatap matanya.

"Laura look, saya ikhlas belanja awak makan. Saya ikhlas nak ambil dan hantar awak dari kerja lepas ni dan yang paling penting saya nak awak tahu, saya ikhlas nak berkawan dengan awak"

"Kawan?" soal Laura, Rafeeq mengangguk.

"Tapi kita tak setaraf, encik boss saya. Saya ni kuli je, apa orang akan kata nanti. Cukuplah hubungan kita antara majikan dengan pekerja, kita tak boleh berkawan" Laura merendah diri, sungguh tak pernah dia fikir untuk berkawan dengan orang berada.

"Laura, macam mana awak boleh terfikir untuk terima pandangan orang erk? Awak tahu tak, hidup kita ni sekali je. Once kita mati, kita tak kan dapat peluang untuk buat apa yang nak dalam hidup ni. Selagi perkara yang kita nak buat tu tidak melanggar hukum Allah, saya rasa tak ada masalah. Pangkat, darjat semua tu tak penting Laura. Apa yang penting ialah keikhlasan, Allah tahu niat kita" ujar Rafeeq, Laura hanya tersenyum tipis.

"Lepas makan ni, saya hantar awak balik"

-

-

-

Oppp !!! Before you go to the next chapter ,

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~•~•~•~•~•~
C O M M E N T

May God bless your day ! Thankyou

- nurhanaaaaa -

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now