t i g a p u l u h e m p a t

451 63 30
                                    

The Satan's Promises
Chapter Thirty Four - What's Happening?

_____

Berminggu sudah berlalu sejak kejadian Noah kehilangan tingkat dewanya. Dan, semakin hari, Noah semakin lemah.

Kini, dia langsung tidak mampu bangkit dari katil. Semuanya memerlukan bantuan seseorang dan sudah semestinya gerangan itu ialah Sera yang setia bersamanya sejak hari pertama.

Sera yang baru sahaja selesai mengemas bilik Noah itu perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di sebelah Noah yang sedang elok tidur di atas katilnya.

Sera tersenyum nipis lalu tangannya mula dirayap di wajah jejaka itu. Setiap sudut wajah jejaka itu diterokai tangannya.

"Kenapa awak yang kena tanggung semua ni? Saya sedih tengok awak begini." Sera mengujarkan luahan hatinya perlahan dan tanpa sedar, tangannya yang berada di wajah Noah disentuh dan digenggam oleh seseorang.

Mata Noah dibuka perlahan-lahan sebelum senyuman nipis diukir di bibirnya yang pucat.

"Jangan sedih... Aku...takkan mati. Jangan risau, boo..."

Sera hanya diam, mengemam bibirnya memandang Noah sambil tangannya menggenggam kuat tangan Noah.

"Jangan menangis... Aku tak suka kau menangis...sebab aku..." Noah membawa tangannya yang tidak digenggam oleh Sera ke wajah Sera lalu air mata Sera pantas dikesatnya bersama senyuman kecil.

Disebabkan perbuatan Noah itu, tangisan Sera semakin menjadi lalu waniat itu terus menjatuhkan kepala di atas bahu Noah dan terus terusan menangis.

"Saya takut... Saya takut, Noah..."

Noah hanya mampu mengusap belakang kepala Sera. Matanya sudah berkaca mampu dia cuba untuk tidak menitiskan air mata. Dia yidak mahu nampak lemah di hadapan Sera walaupun hakikatnya, dia memang sudah sedia lemah.

"Don't cry, boo..." Pujuk Noah perlahan namun Sera masih sama, menangis sepenuh hatinya kerana jiwanya yang dibaluti rasa takut. Takut dengan masa depan yang mungkin tidak berpihak kepada mereka.

Tak lama kemudian, Sera dan Noah sama-sama tertidur dalam kedudukan tersebut.

-

"Erm." Sera mencelikkan matanya dan mendapati dirinya masih berada di atas tubuh Noah dengan tangan Noah diletakkan belakang tubuhnya.

Sera perlahan-lahan bangun dari tubuh lelaki itu lalu tangan Noah diletakkan di sebelah tubuhnya dengan berhati-hati.

Sempat Sera mengeliat kecil sebelum matanya dilirikkan ke arah jam yang digantung di dalam bilik itu.

"Nak dekat makan malam dah ni." Sera dengan pantas bangun dari duduknya lalu dia dengan malas sambil mengosok matanya perlahan, membawa langkah kakinya mendekati pintu sebelum dirinya menapak keluar dari bilik Noah.

Keluar sahaja dari bilik Noah, Sera dikejutkan dengan kehadiran seseorang yang memang dibencinya tika ini.

"Still with your stupid decision? Selepas apa yang berlaku kau masih nak tetap dengan pendirian kau dan cinta bodoh kau ni?" Soal Ryan dengan senyuman sinis dilemparkan buat Sera.

"Kau buatlah macam mana pun, Zeus, aku akan setia bersama Hades." Balas Sera, tetap berdegil dengan pendiriannya untuk setia dengan Noah.

"Masa dia dah tak lama dah, Medusa. Kalau kau nak dia hidup, kembali ke tujuan asal kau turun ke bumi. Kalau tak, hadaplah kematian cinta hati kau tu depan mata kau."

Sera terdiam dengan pandangan yang dilemparkan dari Ryan dan Ryan kembali bersuara.

"Jangan jadi seseorang yang pentingkan diri, Medusa. Kau teruskan misi kau, semua akan bahagia. Tiada kematian dan tiada peperangan."

|√| The Satan's Promises - KTHWhere stories live. Discover now