s e b e l a s

839 113 34
                                    

The Satan's Promises
Chapter Eleven - Without Hesitation

_____

Sera menjulurkan tangannya keluar dari selimutnya bagi menggapai telefon pintarnya yang sedang berdering itu.

"Hm, hello?" Tegur Sera kepada gerangan yang berada di hujung talian itu.

"Bangun." Mata Sera terbuka sedikit apabila suara itu menerpa masuk ke dalam rongga pendengarannya.

"Saya tak nak pergi kerja." Jawab Sera perlahan lalu telinganya dapat menangkap decitan daripada lelaki itu.

"Kau bangun sekarang, Sera Logan Han." Arahnya tegas membuatkan Sera merungut.

"Saya kata tak nak, tak naklah!"

Sera terus sahaja mematikan panggilan daripada Noah itu lalu dilemparkan telefon pintarnya di sebelahnya di atas katil.

Sera meletakkan lengannya ke atas matanya lalu mula berniat untuk sambung tidur. Namun, terus terbatal niatnya saat dia merasa suasana biliknya mula terasa panas. Suhu bagaikan naik secara mendadak malah penghawa dingin yang disediakan seperti tiada guna.

"Aish! Yah!"

Sera terus menendang selimutnya yang menyelubungi tubuhnya sehingga hampir keseluruhan selimut itu jatuh ke lantai.

Dia menajamkan pandangannya ke arah satu susuk tubuh yang berda di hadapan kaki katilnya itu.

"Awak kenapa?!" Soal Sera penuh kegeraman. Noah hanya tersenyum sinis memandang Sera yang sedang duduk di atas katil itu.

"Kau yang paksa aku guna cara ni, Sera. Kenapa? Bukankah kau patut suka bila bakal suami kau ada di bumi untuk lindungi kau?"

Perkataan bakal suami ditekan sedikit oleh Noah membuatkan Sera menjelingnya tajam.

"Awak tak tahu apa-apa. So, shut up." Balas Sera, menyampah lalu kata-kata mengundang tawa daripada lelaki itu.

"Oh, Sera. Kenapa? Kau tak cintakan dia ke, Sera? Lelaki yang baik, comel, kacak malah hot. Full package." Noah berkata membuatkan Sera terus memandangnya jijik.

"Tch. Kenapa nampak macam gay ni?" Soal Sera, masih dengan pandangan jijiknya terhadap lelaki di hadapan katilnya itu.

"Kalau aku kata ya?" Persoalan Noah mengundang tawa kecil Sera. Geli hatinya mendengar balasan lelaki itu. Apa ingat dia ingin percaya?

"Jangan buat lawaklah, Noah Xander Kim. Awak ingat saya nak percaya? Tch, sudahlah. Keluar. Saya nak bersi- Ark!"

Noah terus menggapai kedua tangan milik Sera lalu dia menolak tubuh Sera jatuh ke atas permukaan katil, mengurung tubuh gadis itu.

"Apa awak nak buat ni hah? Tadi kata gay." Soal Sera kepada Noah lalu hujung bibir Noah terangkat sedikit penuh kesinisan.

"Apa ingat gay takda nafsu dekat perempuan?"

Gulp.

Sera menelan liurnya pekat apabila pandangan mata Noah bagaikan menusuk tajam masuk ke dalam matanya, membuatkan bulu romanya mula menegak.

|√| The Satan's Promises - KTHWhere stories live. Discover now