"Jung.. Jung Ki! Y..Yah. Buat apa dekat sini? Cari noona ke?"

"Em siapa ni cik Seohwa?" tanya di pekerja.

Yunhee langsung berjalan ke arah Jungkook yang dikenalinya walaupun dengan wajah yang bertutup seraya merangkul leher acah mesra.

"Ini.. adik sedara saya. Dia chinese. Geuji?"

Jungkook terpinga pinga, "E..Eoh. Wo Ai Ni."

Sebelum Jungkook merepek lebih lama Yunhee pantas menarik lelaki itu sehingga masuk ke dalam studionya. Entah apa yang dia nak pun gadis tu tak tahu, tapi dia dah makin rimas bila Jungkook tak henti ganggu hidup dia sejak dari pertemuan mereka kembali.

Akhirnya mask dilepaskan, nafas yang berombak Jungkook hela perlahan. Cuba untuk menenangkan dirinya sejenak.

"Ni apa?"

Lelaki itu menayang skrin telefon tepat di hadapan wajah Yunhee. Artikel berkaitan Yunhee sekarang dalam hubungan cinta dengan seorang pelakon terkenal China iaitu Ryan Ding dan bukannya Jungkook. Hancur lebur hati dia bila baca benda tu.

"Ya. Saya dah lama nak bagitahu awak, saya tolak awak banyak kali sebab saya menang dah ada hubungan dengan Ryan. Saya harap awak faham Jungkook."

Lelaki itu tertawa kecil, pedih. "Selama ni kau permainkan perasaan aku?"

"Jungkook. Saya dah cuba cakap tapi awak.."

Walaupun sebenarnya artikel tu bertujuan untuk elakkan serangan dari peminat Jungkook yang mampu mencelakan kerjaya dia sendiri, Yunhee rela mengaku yang dia ada hubungan lain untuk hentikan semua ini. Banyak yang tak berpuas hati dengan Jungkook sendiri kerana 'ketidaksetiaan' yang ditonjolkan. Kata netizen lagi idol memang tak direstu untuk bercinta dengan sesiapa pun. Tambahan ini salah satu agenda syarikatnya untuk menutup kontorversi tu sepanjang Yunhee melebarkan sayap di Korea.

"Berapa lama lagi kau nak buat aku tunggu kau Yunhee? Berapa lama.."

"Jawapan saya tetap sama. Saya tak pernah jatuh cinta dengan awak Jungkook. Boleh tak awak berhenti?!"

Jungkook tertawa sinis, air matanya tidak sengaja mengalir. Dia seka kasar. "Gurae. Dari dulu.. dari dulu aku sorang je yang beria. Aku sorang je yang kata aku suka. Aku sorang je yang pendam semua ni."

"Kau memang takkan pernah nampak aku."

Yunhee menjatuhkan pandangannya, kepala dipicit perlahan. Mengetap bibirnya dalam diam. Muncul satu perasaan, serba salah.

Jungkook menyambung ayatnya yang terakhir dengan nada yang sangat perit kemudian buat keputusan untuk meninggalkan tempat tersebut tanpa patah balik.

"Kheol. Aku berhenti."

**************

Di sebuah restoran, mereka berdua duduk berhadapan. Janji untuk makan siang bersama dek kerana dah lama sangat tak jumpa. Dalam hati yang lain rindu tapi hati yang lagi satu cuma nak tahu khabar berita. Yunjae tak henti memandang ke arah Jimin yang dari tadi mendiamkan diri. Tak bersuara, tak apa fokus dengan makanan dia. Mungkin lapar sangat, tapi dari air muka jelas dapat baca yang lelaki tu ada sesuatu terbuku dalam dada.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now