Haider curi nafas sejenak.

"Kahwin dengan aku Halena."

"Let me take care of you. Bagi aku peluang jaga kau."

Semua disitu sudah terdiam. Naufal hanya menyimpan senyum. Sofia pula sudah terkedu. Mata mereka masih bertaut sebelum bibir Sofia membentuk satu senyuman sinis.

"Kenapa? Kau kesian pada aku? Simpati dengan nasib aku?" duga Sofia lurus.

"Halena , aku.."

"Tunang kau? Anastasia , macam mana?"

Haider diam. Anak matanya masih galak menikam anak mata Sofia. Bohonglah kalau Sofia tidak senang bila Haider mengajaknya untuk berkahwin. Namun , dia juga tidak boleh bersikap mementingkan diri sendiri. Perasaan Anastasia perlu dijaga.



***


TAMPARAN kuat itu membuatkan Haider tertoleh ke kanan. Sofia yang memandang turut merasa simpati. Melihatnya saja perit , apa lagi Haider yang menerimanya? Air mata sedari tadi tidak lekang dari matanya. Tubuhnya juga mengigil kecil. Takut , dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.

"Kurang ajar! Sanggup kau buat anak aku macam tu? Dia tu sepupu kau Rayyan! Apa kurangnya anak aku sampai kau pilih perempuan ni?" mata Puan Aubrey melirik pada Sofia yang berada tidak jauh dari situ. Jari telunjuknya dihalakan tepat pada Sofia.

"Tu betina tu , yang dah kena tebuk dengan jantan lain tu. Itu ke yang kau nak jadikan isteri kau Rayyan?! Hey , anak aku seribu kali lagi bagus lah!" hamburnya lagi. Amarahnya memuncak naik. Bengang.

"Apa? Kau nak jadi pak sanggup budak tu? Ha? Macam tu? Hey jangan jadi bodoh lah Rayyan!" kuat wanita separuh abad itu menempik.

Haider kembali memandang Puan Aubrey. Bekas tamparan pada pipi kirinya masih terasa , namun bila mendengar Sofia dicemuh Haider naik berang. Berdesing telinga mendengar hinaan Puan Aubrey.

"It's up to me aunty! This is my life , my choice. Lion sendiri yang melamar Halena untuk jadi isteri lion! Lion yang pilih dia. This is not about nak jadi pak sanggup ke apa!"

"And stop keep calling her 'betina' , you should watch out your words. I warned you aunty! Apa yang jadi bukan kehendak Halena. So please," Haider bersuara tegas. Dia bukan lah seorang yang penyabar. Namun sikap hormatnya pada Puan Aubrey masih ada.

Puan Aubrey mengetap giginya kegeraman. Sakit benar hati bila Haider meminta untuk memutuskan pertunangan secara tiba tiba. Malah Haider mengaku yang dia akan berkahwin dengan adik tirinya sendiri dalam masa terdekat. Gila! Sewenang wenangnya Haider memperlakukan anak gadisnya sebegitu rupa.

Sofia hanya menunduk. Langsung tidak membuka mulut. Air mata yang mengalir dikesat kasar.

"Kau lamar dia? Hey! Kau lupa ke kau tu tunangan orang?!" belum sempat Haider membalas. Anastasia bangun menghampiri Haider.

"Lion..." suara Anastasia pula kini kedengaran. Sofia angkat wajah memandang Anastasia yang kini menapak mendekati Haider dan Puan Aubrey.

"I tahu you kesiankan Sofia.."

"I tahu sayang..."

"An.." Haider mula berura ura untuk memotong bicara Anastasia. Lengan Haider dipegang Anastasia. Tunak matanya memandang Haider. Meminta penjelasan.

"No , I tahu. Kalau you kesiankan Fia. Kita boleh jaga dia sama sama lion. I pun dah anggap Sofia macam adik I. I langsung tak kisah kalau dia tinggal sekali dengan kita nanti. Tapi tolong? Tolong jangan buat I macam ni?" tanpa amaran tubuh tegap Haider dipeluk erat. Tangisannya pecah. Seboleh bolehnya dia cuba menidakkan apa yang diberitahu Haider tadi.

Haider serba salah. Matanya memandang Sofia yang turut memandangnya seolah-olah meminta pengertian. Sofia pula hanya memandang sekilas. Tak betah melihat adegan mesra itu.

Tapi..

Kenapa?

Kenapa dia perlu merasakan perasaan seperti itu? Walhal dia yang menyandang gelaran perampas. Bukan , Anastasia.

Badan Anastasia ditolak Haider lembut.

"An , please kita tak boleh macam ni.." tolak Haider lembut. Makin kuat tangisan Anastasia bila Haider memujuknya.

Rata-rata disitu hanya melihat. Tuan Rui hanya mengeluh sebelum menghampiri tubuh anak gadisnya sebelum tubuh genit itu ditarik sedikit kasar bagi merungkaikan pelukan Anastasia pada Haider. Namun masih hampa , Anastasia masih mengemaskan pelukannya pada Haider. Tuan Rui serba salah. Kasihan pula melihat air muka anak saudaranya yang kelihatan tidak selesa itu.

"An , sudah lah. Papa dah bagitahu jangan paksa lion kalau dia tak mahu." tegurnya tegas.

"No Pa. An nak lion! An nak Haider!" pelukan dileraikan sebelum tepi rahang Haider dicengkam lembut. Matanya dalam merenung mata Haider.

"Jangan buat I macam ni sayang. You tahu kan macam mana I sayangkan you , Hai? Tolong lah Hai , I merayu pada you. Jangan putuskan pertunangan ni. I dah buat macam macam Hai. I sanggup peluk Islam untuk you. Apa lagi yang kurang Hai?" soalnya sayu. Sebak.

Haider menolak tubuh Anastasia lembut.

"An , dari dulu aku dah bagitahu yang aku memang tak cintakan kau." Haider mula menutur lembut. Kasihan melihat Anastasia namun sampai bila dia harus menipu dan menafikan semua perasaannya buat Sofia?

Anastasia menggeleng. Cuba menafikan apa yang sedang berlaku. Kini wajah Sofia pula dipandang.

"Fia , you takkan kahwin dengan Haider kan? You takkan buat I macam tu kan Fia?" Anastasia masih cuba menafikan kenyataan.

"You tahu macam mana I sayangkan Haider , kan Fia?" Sofia kelu. Tidak betah memandang Anastasia. Jahatnya dia merampas kebahagian orang lain.

Melihat riak bersalah Sofia , Haider lebih cepat memintas.

"Anastasia." panggil Haider mendatar.

"Aku minta maaf An. Aku minta maaf untuk semua yang aku dah buat pada kau. Kau baik An , aku tak boleh nafikan tapi aku.." Haider terdiam seketika sebelum kembali menyusun ayat.

"Aku tak boleh terima kau. Aku tak boleh buka pintu hati aku untuk terima kau. Even aku dah cuba , aku tetap tak boleh tipu diri aku An."

"Dan sampai bila aku kena tipu diri aku?"

Anastasia menggelang kesal. Dia benar benar sakit dengan perbuatan Haider. Air matanya semakin deras.

"I tak boleh terima semua ni Hai. I tak boleh!"

"Tell me! Apa kurangnya I berbanding dengan Sofia? Tell me!" dada Haider ditumbuk melepaskan amarahnya. Haider tidak menahan , dia hanya membiarkan.

"Hey , An calm down!" Tuan Rui mula menegur. Akhirnya tubuh anak gadisnya itu ditarik menjauh dari Haider. Puan Aubrey pula memeluk batang tubuh anak gadisnya itu. Memujuk dan menenangkan Anastasia.

"Kau tak ada kurang apa-apa An. Kau baik , kau sempurna."

"Aku sayangkan kau.... Tapi cukup sebagai kakak dengan adik. Tak lebih An."

"I told you before yang aku tak cintakan kau."

"Tapi aku cintakan orang lain."'

Haider memandang Sofia sekilas.

"Orang tu Halena , An. Aku cintakan dia."

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now