Sofia berdiri dengan tangan sebelah memegang serpihan pasu kaca itu. Serpihan kaca itu diletak berdekatan pergelangan tangannya. Matanya mencerlung tajam memandang gerangan yang kini masuk ke dalam biliknya. Elfira dan yang lain sudah banjir dengan air mata sambil memandang Sofia lirih.

"Fia , letak kaca tu Fia. Jangan macam ni.." pujuk Elfira. Tangkai hatinya perit melihat Sofia yang kelihatan seperti hilang pedoman.

"Sofia , ingat Allah." Naufal pula menegur. Tumpah kasihan dengan keadaan Sofia. Jelas kelihatan Sofia agak terpukul dengan apa yang berlaku.

"Fia , jangan buat aku macam ni. Letak Fia.." pujuk Adriana pula. Haider masih memerhati , matanya memandang Sofia lama.

"Biarkan aku mati. Aku penat. Aku dah kotor. Aku dah tak ada apa apa. Semua orang yang aku sayang tinggalkan aku..." Sofia mula menunduk. Wajahnya kembali dibanjiri air mata. Tangan yang memegang serpihan kaca itu sudah mula bergerak mahu menghiris nadi dipergelangan tangannya.

Namun serta merta serpihan kaca itu terlepas dari tangan Sofia. Angkat saja wajah , Haider sudah berdiri di hadapannya. Wajah itu tegang.

"Stop it , Halena." tegang suara Haider menegur. Sofia hanya mengendahkan Haider sebelum tangannya berura-ura untuk mengutip semula serpihan kaca itu. Namun belum sempat tangannya mengutip serpihan kaca itu bahunya ditarik agak kasar oleh Haider.

"Berhenti Sofia. Berhenti sakitkan diri kau!" kali ini nada suara Haider sedikit meninggi.

"Lepas Haider. Jangan pegang aku. Aku kotor Haider!" dengan nada yang tertahan-tahan Sofia bersuara , tangan Haider yang kuat mencengkam bahunya cuba ditolak.

"Kau cakap apa ni , Halena?" suara Haider sudah berubah nada. Nadanya kini agak keras berbanding tadi.

"Aku dah kotor Haider! Aku dah kotor!" tubuh Haider cuba ditolak. Namun makin kuat Haider memegang bahu Sofia , enggan melepaskan pegangannya pada Sofia.

"Kalau aku pun dah jijik dengan diri aku ni. Apa lagi kau? Mesti kau jijik nak pegang aku , kan?" Sofia menyoal sinis. Wajah Sofia sedari tadi banjir dengan air mata. Kini air matanya lebih galak mengalir. Tangan Haider masih berusaha ditolak.

Haider terdiam. Matanya memandang dalam mata Sofia. Melihat Haider yang diam tak bersuara makin menyakinkan Sofia bahwa lelaki itu benar-benar jijik dengan dirinya.

Mustahil Haider akan menerima gadis kotor sepertinya. Mustahil. Tambahan bila lelaki itu sendiri yang datang menyelamatkannya tempoh hari dan menyaksikan sendiri detik-detik ketika dia dinodai Rafael.

Sudah tentu Haider jijik dengannya...

"Aku tak pernah sekali pun jijik nak sentuh kau , Halena."

"Kau tak pernah jijik jauh sekali kotor pada mata aku. Aku merayu , Halena. Sekali ni je aku minta , tolong lah berhenti sakitkan diri kau. It hurts me .. so much , Halena."

"Tolong." lirih Haider merayu.

Sofia terdiam. Matanya tidak lepas memandang Haider.

"Aku dah tak ada apa apa Haider. Semua orang yang aku sayang tinggalkan aku. Sekarang aku sendiri jijik dengan diri aku , Haider. Aku dah kotor. Aku rasa kosong Haider. Kau tak faham.."

Haider memerhati lirih. Semua mata di bilik itu kini hanya memandang Sofia dengan pandangan belas. Kasihan.

"Semua orang tak faham dan tak akan pernah faham perasaan aku."

"Aku dah tak ada apa apa.." gumamnya lemah. Haider merasakan bahu Sofia dalam pegangannya mengendur jatuh.

Jeda.

The King of Dévil ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang