"Eh, saya tak nak terlibat lah. Awak pujuk lah Aril tu elok-elok, mesti dia nak"

"Tak boleh, saya kenal anak saya. Dia tak suka orang paksa-paksa dia"

"Habis tu kalau saya ugut dia, awak ingat dia suka?"

"Ya memang lah dia tak suka, but at least dia akan ikut jugak sebab ugutan awak tu"

"Ok, awak nak suruh saya ugut apa?" soal Tengku Imran. Tengku Fida tersenyum penuh makna, kopi dihirup. Plan on!

🐝🐝🐝

ADEERA hanya membuang pandangannya ke kolam ikan di tepi rumahnya, muncung panjang sedepa. Ini semua tidak lain tidak bukan hanya lah kerana Dato' Ismail tidak mengizinkan dia menemani rakan karibnya ke Kuala Lumpur. Walau umurnya sudah dewasa, ahli keluarganya masih mengawasinya bagai anak kecil.

"Sorry Qila, baba aku tak bagi teman" gumam Adeera sendirian, makanan ikan dibaling sedikit demi sedikit ke dalam kolam itu.

"Dee?" panggil seseorang, Adeera menoleh.

"Oh, baba" jawab Adeera senada tanpa riak wajah, mood merajuk masih on.

"Termenung apa sini?"

"Dee dengar ikan ni mintak makan tadi" jawab Adeera, Dato' Ismail hanya tersenyum menggeleng kepala.

"Dee marah baba?"

"Buat apa nak marah, baba bukan ada salah pun dengan Dee"

"Ye lah ye lah, sikit-sikit nak merajuk. Pergi lah, baba izinkan" ujar Dato' Ismail. Adeera yang mendengar jawapan babanya itu segera mengangkat wajah, bersinar matanya.

"Really?" soalnya meminta kepastian, Dato' Ismail mengangguk.

"Yeah! I love you baba" ujar Adeera, pantas tubuh Dato' Ismail dipeluk.

"But! Baba ada syarat" ujar Dato' Ismail, terjongket kening Adeera.

"Syarat apa?"

"Dee kena pergi dengan Pak Din"

"Ala baba! Kenapa Dee kena pergi dengan Pak Din, Dee boleh drive sendiri lah"

"Nak pergi ke tak nak?" ugut Dato' Ismail, Adeera tercengang.

"Hesy, ye lah ye lah. Whatever it is, thankyou baba sebab bagi izin. I love you, mwah! Dee naik bilik dulu ok, bye!" Dato' Ismail tersenyum sendiri, senang je nak pujuk anak dia tu.

Adeera melangkah ke biliknya, katil empuk menjadi tempat dia meniarap. Nama Aqila diketik di bahagian pemanggil, tak lama kemudian panggilan disambungkan.

"Weh Qila!"

"Hah walaikumsalam, asal?" ujar Aqila, tak reti bagi salam, Adeera pula melongo.

"Setepek sia!"

"Hahaha, lain kali bagi salam lah. Asal kau call ni? Baba kau bagi pergi tak?"

"Guess what? Dia bagi!"

"Alhamdulillah, ada jugak peneman aku! Sayang betul baba kau dekat kau kan, nak pergi KL pun payah nak bagi lepas"

"Tapi kan do"

"Tapi apa?"

"Dia suruh bawak Pak Din do, hm"

"Ha?! Baguslah tu, tak payah susah-susah kita drive ahah. Nanti kita kat belakang boleh membuta sama-sama, tahu-tahu sampai"

"Eh haah lah! Asal aku tak terfikir erk hahah. Ok cun, esok pagi kita gerak"

"Alright! See you soon, bye"

"Bye"

Panggilan ditamatkan. Adeera menghembus nafas lega, senyuman di wajahnya semakin melebar. Kuala Lumpur, coming soon!

🌸 B E R S A M B U N G 🌸

.

.

.

.

.

Hi ,

Adakah keputusan Deera menemani Qila ke Kuala Lumpur itu satu keputusan yang tepat ? Apa yang dia akan jumpa kat sana ? Find out the answer in the next chapter 💙

Oppp !!! Before you go to the next chapter ,

Im glad if you guys sudi ;

V O T E
~•~•~•~•~•~•~
C O M M E N T

May God bless your day ! Thankyou

- nurhanaaaaa -

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now