"Daebak. Girlfriend baru kau Jimin?"

Luna memandang Jiheon dengan riak bingung, "Em iyalah, tak dengar ke perbualan tadi?"

Jimin langsung mengukir sengihan janggal seraya menerkup mulut Luna. Kening budak perempuan tu dah berkerut bila dilayan macam tu.

"Dwaesseo. Kitaorang ada benda nak bincang. Pergi dulu."

Lelaki tu mengheret Luna masuk ke dalam biliknya yang kosong sepi meninggalkan jejak Jiheon si mulut jahat. Jimin menguak rambut ke belakang seraya melepaskan keluhan berat. Luna cuma bersikap selamba dengan melabuhkan punggungnya seperti barusan tadi tak ada apa apa yang berlaku. Raut polosnya dilempar bersama dengan tangan yang bersandar tenang pada bahu sofa. Bola mata pula memerhati Jimin yang berjalan ulang alik menahan geram.

"Yah. Apa semua tadi?"

"Bwo?"

Jimin berdecit, "Bwo? Kau datangkan masalah tahu tak?"

"Ish. Mana ada! Aku kan dah mintak tolong untuk kau jadi boyfriend aku. Tapi kau yang tak nak. Lagipun aku cuma nak kasi appa aku bahagia je bila dia dah tahu aku ada peneman. Ish dia ni tak faham ah." bentak Luna.

"Berapa kali nak ulang? Aku tak berminat dengan semua ni. Aku tak kenal kau. Baru tadi aku tahu nama kau Luna. Tapi dengar, aku tak akan pernah nak tahu benda lain. Arraseo?"

"Ey bosan betul. Move on je lah."

"Kau yang patut move on. Aku dah tak nak reject kau lagi."

Luna menggulingkan bola matanya, "Teruk lah dia ni. Kenapa lah aku boleh jatuh cinta dekat lelaki macam ni? Muka je baik, bwelk." dia menjelir lidah.

"Keluar dan jangan muncul lagi."

Riak wajah Luna terus berubah. Dia bangun dari duduknya seraya mendekati Jimin beberapa langkah. Tangannya cuba meraih tangan lelaki itu dengan lembut.

"Hmm mianhae. Tapi tak boleh ke kau bagi aku peluang?"

"Tak. Keluar."

"Jebal?"

"Aku kata keluar!"

Luna menarik nafasnya sedalam yang mungkin kemudian mengangguk kepala tanda dia faham. Gadis itu buat keputusan untuk pergi meninggalkan Jimin dan keluar dari tempat tersebut.

"Ish! Arraseo!"

*************

Hari ini Sowon dan Min Jung mengajak Yunjae keluar ke mall untuk shopping. Biasa lah bila dah jadi isteri orang ni dah payah sikit nak luangkan masa dengan member. Tapi kali ni Yunjae dah tak nak lepaskan peluang lagi memandangkan Taehyung pun bagi izin. Lagi pun dia belum start bekerja jadi tak ada benda sangat yang nak dibuat dekat rumah tu.

"Amacam feeling lepas kahwin? Tak sabar nak pegang budak." usik Sowon.

"Ish tak rilek lah." seloroh Min Jung seraya menyiku pinggang Sowon yang dah terjungkit jungkit kening dia.

"Em hehe saya okay je. Tapi buat masa sekarang macam tak lagi kot."

"Taehyung macam mana? Okay?"

"Okay je. Macam tu lah dia. Tapikan, em saya nak tanya korang sesuatu lah. Curious je, nak tahu pendapat masing masing." ujar Yunjae, tangannya naik menongkat dagu. Sowon dan Min Jung mengangguk setuju.

"Macam ni.. saya nak kerja dekat tempat Taehyung lepas ni. Tapikan.. dia kata dia nak rahsiakan hubungan kitaorang. Korang rasa benda tu normal, or.. pelik?"

Sowon mencelah pantas, "Normal. Okay jawatan Taehyung kan tinggi. Kau bayang kalau kau buat silap and Taehyung decide tak marah kau sama dengan dia marah orang lain. Orang akan pertikaikan status korang and pekerja lain confirm ah menyampah dengan kau. Betul tak?"

Yunjae mengangguk perlahan, "Em betul jugak ek?"

"Ah pelik. Kau tak rasa ke Taehyung nak sorok hubungan korang sebab dia nak orang tahu dia lelaki handsome yang solo? Lehmek, apa salahnya kalau orang tahu? Bukannya tak pernah ada status orang berkahwin dalam satu company. Semua ini tidak pathot!" bangkang Min Jung seraya menepuk permukaan meja.

"Em betul jugak tu. Sebab, tak pelik pun kalau satu tempat kerja dengan suami. Biasanya orang jatuh cinta dan jumpa jodoh waktu usia usia macam ni." Yunjae membela Min Jung pula apabila terdengar pihak yang lagi satu.

"Ala apa korang ni? Okay fikir eh aku bukan nak backup Taehyung tapi tak rasa janggal ke kalau kau kena tegur dengan suami sendiri dekat tempat kerja? Kalau korang tengah perang dingin pon orang boleh baca." kata Sowon menegakkan pendapatnya.

"Em betul jugak. Eh maleh aque nak fikir." Yunjae dah give up nak perah otak dia.

"Ah pada aku tetap sebab tu tak cukup kuat. Aku kisah apa." Min Jung tak boleh terima kenyataan.

"Eh Yunjae, tu bukan adik kau ke?" jari telunjuk Sowon tepat menunding ke arah tv yang terletak kemas di sebelah meja makan kami bertiga.

"Nampaknya terbukti jelas hubungan pelakon terkenal Seohwa Xi bersama dengan idol dari kumpulan BST iaitu Jeon Jungkook. Gambar gambar yang diambil seketika mereka tamat sesi temuduga bersama...."

"Aigu. Dorang berdua ni bercinta ke idak? Masa majlis tu aku tengok bergaduh kemain."

Yunjae tertawa halus, "Yunhee mesti meroyan kat rumah. Jungkook tu je yang suka dia tapi budak perempuan tu ego tinggi nak mampus."

Mereka bertiga tertawa. Entah apa lah nasib dorang berdua tu agaknya.

"Dah lah jom balik?"

"Eung, kaja."

Sebaik sahaja Sowon dan Min Jung berjalan maju terlebih dahulu, Yunjae berhenti sejenak untuk memasukkan kembali dompet ke dalam tas tangan. Namun apabila dia mendongak bola mata tertancap tepat menilik susuk tubuh figura yang dikenalinya. Sedang berduaan dan berjalan rapat dengan gadis muda yang lain.

Membara bara jiwa Yunjae, mood panas dah naik mencecah kepala. Sowon dan Min Jung turut berpatah balik dan mendapatkan gadis itu dengan riak wajah yang bingung. Selang beberapa saat baru mereka tersedar.

"Y..Yah Kim Taehyung!"

"Geuji! Aku fikir mata aku salah tadi."

"Yaish."

Yunjae terus mengatur langkah ke arah mereka kemudian berhenti tepat di hadapan mereka berdua. Mata Taehyung terkebil kebil, gadis muda di sebelahnya pula melihat Yunjae atas bawah sebab tiba tiba menghalang jalan tak semena mena.

"Annyeonghaseyo Kim Taehyung-ssi." ujar Yunjae seraya menunduk separa tubuh. Dia bangkit dengan senyuman nipis namun jelas jelingan tajam untuk gadis yang di sebelah.

"Eoh. Perkenalkan, Byun Seoyun. Pekerja aku." ujar Taehyung.

"Em siapa ni?" sambung pula si Seoyun.

"Kawan aku.. Do Yun Jae."

______________________

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now