bab 22

659 64 22
                                    

Adawiyah POV

Salah ke aku untuk dapat kebahagian? Hmmm.

Ingatan aku pada masa lalu sedikit sebanyak semakin pulih. Tapi Raf mesti kecewa sebab aku tak mampu ingat sepenuhnya tentang dia.

Hospital... Hospital dan hospital lama betul aku dekat sini. Patutnya aku dah boleh keluar tapi selepas aku pembedahan tapi benda tu lah yang aku tak nak. Haih

"Assalammualaikum Adawiyah macam mana hari ok? Ada rasa sakit lagi ker?" tanya Doktor Syafa dan ada juga suster yang tengah sibuk mengecek tekanan darah aku dengan air bag aku. Takut-takut kurang.

"Waalaikummusalam doktor. Saya ok je. Rasa sakit tu macam biasa lah kalau datang." Aku hanya tersenyum. Aku dapat dengar keluhan doktor. Dia menyuruh nurse keluar seketika.

"Adawiyah saya tahu, awak pun mesti tahu apa yang harus awak buat sekarang. Kondisi awak sekarang tak stabil bila-bila masa je awak boleh meninggal sebab tu saya harap sangat awak jalankan pemedahan secepat mungkin. Darah beku dalam otak awak bukan benda kecil. Ni boleh bawa maut. Everyone love you Adawiyah. Awak tak kesian ke dekat family awak, abang awak yang jaga awak dan kawan-kawan awak." Pujuk Doktor Syafa.

Aku hanya menundukkan kepala dan memandang gelangku. Aku pun tak tahu kenapa aku tak nak buat pemedahan tu. Aku rasa kalau aku buat pun peluang aku untuk hidup 50-50 je lagipun aku dapat rasa kan umur aku tak panjang.

"Adawiyah... Adawiyah... Adawiyah... Hey, kamu ni!!! Saya cakap dengan awak. Awak boleh pula temenung." Doktor Syafa menarik muka masam.

Sepanjang aku di rawat olehnya dia selalu ada bila aku perlukan boleh kata kan aku rapatlah juga. Aku hanya tergelak kecil tapi terus berubah suram bila tengok balik teringat dekat Irdiana sama waktu aku termenung bila dia bercakap.

"Adawiyah awak ok? Saya ada salah cakap ke?" Aku hanya menggeleng.

"Tak adalah doktor saya cuma teringat kawan saya je."

"Mesti kawan baik awak kan? Gelang tu mesti dia bagikan? Dari tadi saya tengok awak asyik pandang gelang tu."

"Dia bukan kawan baik saya tapi ibarat nyawa kedua saya. Memang gelang ni dia yang bagi. Doktor nak tahu tak, hari ni hari jadi dia." Ujarku tanpa nada.

"Kenape awak tak pergi?" Doktor Syafa melihat kelender di tepi katil aku.

20/8/2001 adalah tarikh kelahiran Putri Irdiana Nazihah.

"Takkan nak pergi kalau keadaan saya macam ni." Doktor syafa berkerut kerut dahi untuk menghadam apa yang aku cuba sampaikan.

"Maknanya dia tak tahu kondisi awak sekarang... And wait... Dia ke orang yang awak cuba selamatkan daripada gengster tahun lepas sampai awak dapat darah beku ni." Aku hanya mengagguk malas.

"Mungkin doktor tak patut campur tangan dalam urusan Adawiyah tapi doktor tahu awak buat semua ni mesti untuk jaga perasaan dia. Doktor tak nak awak stress. Better awak rehat ok." Aku hanya mengangguk lalu memandang doktor yang pergi meninggalkan aku sendirian.

Bila berfikir balik, kenape aku tak guna tekwando dan silat yang aku pelajari waktu orang buli aku? Satu je jawapan aku... Malas nak tambah dendam dan benci orang dekat aku.
Teringat dekat mak long pula. Pergilah senyap-senyap naik grab tak nak ganggu Isqandar dengan Irdiana.

Sesampai aku di depan rumah mak long. Nampak pula anaknya Sibuk menyapu halaman almaklumlah rumah kampung. Best apa! Tiber.

"Assalammualaikum"

"Waalaikummusalam... Wiyah kenape datang sini? Kau tu tak sihat lagi. Ni mesti Is tak tahu kan. Matilah kalau dia tahu kau dekat sini."
Cemas betul sepupu aku sorang ni. Bukan aku datang bawa tentera nak musnahkan rumah dia.

Sahabat Or Cinta ||| COMPLETE (in Editing)Where stories live. Discover now