*23.🍀*

29 10 0
                                    

Yuzure menyelongkar semua isi almari pakaian dia.Gigih mencari barang yang diingini.Tapi entah kenapa barang itu tiada pula di tempat biasa dia letak!

"Mana ni?Aku dahlah tak ada tabung lain dah,boleh pula tabung ni hilang hishsh".Yuzure menggaru kepala yang dah sedia serabut.

Kalau 30 minit yang lepas rambut panjangnya elok berponytail,kini getah rambutnya hilang entah ke mana.

Jam di dinding dia jeling.Aduh pahal time dia kabut ni jugak jam ni nak cepat??

"Yuzureee kau dah siap ke belum tu?Yuuto-sama dah panggil di tingkat bawah-EEHH??!? MA-MACAM MANA BOLEH BERSEPAH SAMPAI MACAM NI YUZURE???!ADA PEROMPAK MASUK KE??".

Membulat mata maidnya itu melihat setiap inci bilik cik mudanya.Dengan baju dan seluar yang berselerak atas lantai,katil yang terbogel tak bercadar,cadarnya pun entah ke mana,argh amat tak patut dijamah mata!

"Holla Shizu!Takdalah mana ada perompak masuk pun,Yuzu cari barang je".Ujar gadis itu sambil laju mencampakkan kembali semua baju yang dia keluarkan ke dalam almari.Pantas dia berlalu bagaikan angin ribut.

"Tolong kemaskan apa yang patut tau!".

Sekelip mata saja Yuzure lesap dari ruang bilik itu!Shizu yang tinggal di situ dah terkulat-kulat sendiri memandang keadaan bilik Yuzure.

Bersepah!!!

Yuzure mencapai kasut di dalam rak lalu dengan kabutnya kasut itu disarung.Dia bergegas keluar melepasi pagar.

"Yuzure!!".Jeritan panggilan namanya menghentikan langkah.Yuzure berpaling ke arah Yuuto yang sedia berdiri di sebelah kereta miliknya.

"Yuzu dah lambatlah Onii-san.Ada apa?".Soal Yuzure malas.Tercungap-cungap nafasnya.

"Sebab dah lambatlah aku nak kau naik kereta sekali.Cepat sini". Yuuto menghidupkan enjin kereta.

Lantas Yuzure turuti saja kehendak lelaki itu.Kalau bukan sebab dia dah lambat,dah lama dia sambung berlari marathon ke sekolah.

Masalah betul pagi-pagi lagi dia tak jumpa tabung dia kat mana! Janji dengan Ikoru dia akan bayar semula semua duit yang dia pakai malam matsuri tu tapi masalah baru muncul pula!

~|~|~

PANG!

Wajah Ikoru tertoleh akibat tamparan itu.Terkedu dan terpana.

Heh.

Hirai yang selama ini bersikap lemah-lembut dengannya tampar dia? Tak sangka huh.

Ikoru tersengih sinis.

"Untuk apa ni Hirai?".

"For lying to me".Jawab Hirai dengan suara yang sebak.

Dia kekal menunduk,sedikit pun tidak mengambil pandang wajah lelaki di hadapannya itu.Lelaki yang selama ini dia taruhkan sepenuh hatinya.

'Hirai lembap!!!'.Hati gadis itu menjerit lantang.

Tanpa berkata apa lagi dia lantas berlari meninggalkan kawasan rumah Ikoru.Takao yang dari tadi mencuri dengar perbualan mereka di sebalik pagar terkejut melihat gadis itu berlalu dengan suara tangis yang ditahan.

"HIRAI!".

Panggilan itu sengaja dibiar sepi.Bunyi derapan kaki semakin laju dibawa.

Tanpa berfikir panjang Takao mengejar Hirai.Dia tak mahu Hirai jadi macam ni.

Hirai yang selama ni dia kenal...
dia tak nak kehilangannya.

Jadi dia harap usaha dia selama ni ada nilainya.

~|~|~

"Kelas seni semua ke bilik kelab! Kalau lambat kena denda lukis muka cikgu!". Hansuke selaku ketua kelas membuat pengumuman depan papan hitam.

Usai itu,dia kembali ke tempatnya di baris hujung bersebelahan Sazuhi di depan Yuzure.

"Eehh???Aku ingat sensei tak datang hari ni..".Keluh Yuzure.

Kepala sudah dilentokkan dia atas permukaan mejanya.

"Kau ingat guru kelas kita tu pernah ambil cuti ke?Satu lagi tanda merah dalam kehadiran kau kena buang sekolah tau.Jangan nak ponteng lagi harini".Yuzure memandang Sazuhi yang siap sedia mengambil buku subjek.

Semangat subjek favourite dah datanglah tu.

Dengan ranking yang tinggi dalam tahun tiga,Sazuhi paling terkenal dalam kalangan cikgu-cikgu.Tambah pula dengan kesopanannya dan status dari keluarga ternama.

Memang tak pernah dengarlah laporan dia buat kesalahan yang teruk.

"Huwaaahh bosannyaaa".Yuzure menguap seluas alam.

Kelas seni baru saja 10 minit mula dan dia dah hilang fokus untuk melukis!!

Berus lukisan dicampak ke tepi,dia bersandar malas.

Yuzure amati suasana bilik kelab seni itu.Memasing sibuk mengasah kemahiran tangan.

Dia bersilang tangan pada dada,lagak seperti dia pula cikgu di bilik kelab itu.Kertas lukisannya kosong terbiar.

Ikoru yang duduk di hadapannya diperhati juga,kertas lukisannya ditatap lelaki itu penuh konsentrasi.

Perlahan dia mendekati Ikoru.Lukisan lelaki itu diintainya senyap-senyap.Yuzure tergelak kecil.

"Apa yang lawak,lembap?Tak payah menyibuk tengok orang punyalah ".Ikoru menjeling kepala Yuzure yang bertenggek pada bahunya. Segera dia menutup kertas lukisan itu dengan kain.

Yuzure mengembang pipi.Baru saja nak usha!

"Nak tengok pun tak boleh ke?".

"Tak boleh selagi kau punya belum siap".Ikoru buat muka tak kisah.

"Kenapa kena siapkan aku punya pula?".

"Kau nak sangat ke tengok?".

"Kalau berharga sangat sampai kau pun tak bagi aku tengok....
nak".Angguk gadis itu.

"Then siapkan kau punya dulu".

"Lepastu kau janji kau nak tunjuk lukisan kau yang cantik sangat tu?Janji?".

"Yaaa".

___________________________________

"That promise was recklessly and seriously made".

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Next:"Lord" [H]Where stories live. Discover now