*7.🍀*

26 12 2
                                    

"Oi Yuzure,kau dah siap nota hari tu?Gue mau tiru ehehe".Sazuhi meminta tak malu.Muka kambing ditayang.

Otomiko Sazuhi,rakan sekelas Yuzure yang lawa tiptop markah penuh.Ramai gelar dia 'Ratu' sebab dia berkawan dengan 'Raja' sekolah ni,Katoshima Hansuke.Dan Hansuke juga member Yuzure.Cuma dia tidak 'stick out' sangatlah.

Yuzure tidak banyak songeh hanya passkan saja bukunya kepada Sazuhi.Maklumlah kawannya tu tak hadir haritu jadi nota ketinggalan.

Jarinya yang dibalut plaster direnung Yuzure.Tak tukar lagi ahaha terlupa pula.

"Kenapa tu?".Kelihatan Hansuke sudah tercongok di sebelahnya. Bersama merenung jari Yuzure.

"Eh??Tak ada apalah.Kena pisau sikit semalam,aku intai anak burung menetas keluar telur masa potong ikan,tu yang terpotong jari tu ahahahah". Yuzure ketawa hambar selepas menipu Hansuke yang sudah terangkat kening mendengar alasannya.

Muka dia macam tanya 'kau usha anak burung tu dah pahal' gitu.

Yuzure pun buat muka 'manalah aku tahu sarang burung tu mempesona sangat'.

Silalah bayangkan muka mereka bagaimana ya anak-anak.

"Yuzure,ada orang panggil kau".
Sazuhi memanggil.Masih ralit menyalin nota.

Sedangkan ekor matanya curi-curi mengintai Hansuke yang baru saja berada di meja Yuzure itu.

"Siapa?".

"Kat luar kelas tu".Pintu kelas mereka yang terbuka seluas alam itu ditunjuk jari runcing Sazuhi.

Bangkit saja dari tempatnya, Yuzure menjenguk siapakah yang berada di situ.Pelajar lelaki rupanya.

"Kau nak apa?".Tanya Yuzure malas.

Ikoru yang merupakan sang pemanggil hanya tidak mengendahkan pertanyaan gadis itu.Mendengus perlahan lalu berpaling sebelum mengarah Yuzure agar mengikutnya.

"Pahal kena ikut kau pulak?Kenapa kau tak panggil aku dalam kelas je tadi?Hei aku tanya ni!".Serentak dengan langkah kakinya yang tak berapa nak laju tu bertimbun soalan ditanya.

Namun satu pun Ikoru tidak layan.Lelaki itu kekal menyepi.

'Bising'.


Bilik komputer yang dituju akhirnya muncul juga.Nasib baik bangunan A dan B tak jauh jaraknya.Kalau tak mahu berbulu telinga dengar minah kat belakang tu memekak sorang-sorang.

"Kenapa bawa aku datang sini?Nak main game ke boleh je asalkan aku boleh main tipu".Yuzure memandai buat cadangan

"Duduk.Aku nak cakap dengan kau".Kerusi guru sesuka hati dipilih Ikoru sebagai tempat duduk.

Yuzure hanya mendengar
arahan.Tak mahu dia berdiri lama-lama nanti penat siapa yang susah?Dia jugak.

"Ada apa ni?".Yuzure tak reti sabar.

Komputer yang berada di hadapan Ikoru diaktifkan lelaki itu.Senarai nama pemohon jawatan lab secretary diperhati satu-persatu.Tak ramai pun.87 orang macam tu.

Profile nama Yuzure dipilihnya. Tertera biodata tentang gadis itu.

"Kau ada interview untuk ambik jawatan secretary kat sini kan?".
Ikoru bersandar dengan mata yang membuat pemerhatian pada Yuzure.

Nampak berdisiplin.Itu sudah lebih daripada cukup untuk pegang jawatan ni.

"Haah ada.Apahal tanya?".Pertanyaan Yuzure mengundang kerlingan Ikoru.

"Aku dapat ke?".Bersinar mata Yuzure apabila melihat reaksi Ikoru yang agak positif.

"Congrats,starting today you're my assistance dalam lab ni".

Next:"Lord" [H]Место, где живут истории. Откройте их для себя