*11.🍀*

17 9 0
                                    

Satu-persatu sayur di hadapannya itu dipilih.Habis saja kerjanya tadi,Ikoru bergegas terus ke pasar raya 24jam dekat-dekat kawasan restoran tu.

Ni tengah beli barang nak penuhkan peti ais kosong kat rumah tulah.Kalau bukan dia yang beli,siapa lagi?Dua ekor PENGANGGUR kat rumah tu?

Huh kalau menganggur ada gaji dah lama dia harapkan Hikoru dengan Mikori tu.Tak serik ke apa jadi penganggur???Hari-hari minta duit dia.

"Shiro?".

Ikoru berpaling ke kanan melihat siapa yang  menyebut namanya di tengah pasar raya tu.Melambai lelaki itu dengan senyuman.

Hirai?

~|~|~

"Kau baru balik kerja ya?".Hirai bertanya.

Ikoru yang menolak basikalnya sekadar mengangguk sekali.Memandangkan rumah mereka berada di jalan yang sama,Hirai ajak Ikoru balik sama-sama.

Rumah Ikoru saja lebih jauh dari Hirai dan Takao yang berjiran sebelah-menyebelah.Memang jaranglah kalau nak terserempak dengan Ikoru.

Suasana antara mereka berdua menyepi sebentar.Awkward.

Hirai cuba memulakan perbualan.Gadis itu teragak-agak.Mulutnya seperti tak mahu buka saja.Tapi dia cuba juga nak cakap.

"Arm..Shiro—".

"Kau boleh tolong aku tak Hirai?".Tiba-tiba lelaki itu bersuara.Memandang ke arah Hirai.

"Tolong apa..?".Gadis itu menyoal kembali.

'Tolong bagi perhatian lebih dekat Takao'. Kalau boleh mahu saja Ikoru kata macam tu.Tapi mestilah Hirai takkan faham punya.

Akhirnya dia batalkan saja niat tu.

"Tak ada apalah.Ni rumah kau kan?Dah sampai".Ikoru menunjuk ke arah rumah di depan mereka.

"Hah betullah ni.Shiro thanks teman a—".Baru saja Hirai berpaling ke belakang semula,kelibat Ikoru lenyap dari pandangan.

Melihat itu Hirai cuma tersenyum hambar.Agak kecewa apabila lelaki itu pergi begitu saja.

' I was just trying to tell you something... '.

~|~|~

Pintu rumahnya dibuka perlahan.Segala barang dan makanan yang baru dibeli tadi Ikoru bawa ke dapur kecil rumahnya itu.

Senyap.Mikori belum balik lagilah ni agaknya.Biasa kalau Nee-chan nya itu ada mesti dia sedang layan movie dekat ruang tamu tu.

Baring atas lantai dengan satu cup ramen.Dah nama pun penganggur apa sajalah yang dia tahu buat.

"Koru-nii?".Kisaki yang baru sampai di dapur duduk di meja makan pendek tu.

"Kisa-chan,tak tidur lagi?Kiyou pun belum tidur ke?".Soal Ikoru prihatin.

Kalau Nii-san Hikoru tu yang  belum tidur tak adalah dia ambil kesah sangat.Udah besar panjang kok.

"Kiyou dah tidur dah.Kisa ingat nak tunggu abang tadi,rupanya dah balik dah".Ujar Kisaki lalu mencebik kecil.Ikoru tergelak.

Asalkan Kisaki ada untuk faham masalah dia,itupun dah kira bagus sangat.Bukan senang nak jumpa budak yang baik macam Kisaki.

~|~|~

Takao lama merenung siling biliknya itu tanpa berkelip mata. Tak tenang memikirkan dua orang manusia yang baru saja dia nampak sebentar saja tadi.

Hirai...berjalan dengan Ikoru?
At this kind of time? Tengah malam kot!

Relax Takao.

"They seem weirdly close...but strange".

___________________________________

"A little sister is enough to cheer me up".

Next:"Lord" [H]Where stories live. Discover now