*3.🍀*

59 16 1
                                    

Pada pagi yang cerah itu,di rumah agam keluarga Tsukizawa.

BAM!!

"YUZUREEEE KUGAI SENPAI MINTAK AKU COUPLE DENGAN DIA WEEHH HUWAAAAHHH".

"Apahal— WOI Yumeka kau boleh tak buka pintu tanpa patahkan tombol bilik aku—".

Kata-katanya terpotong dek pelukan Yumeka yang penuh tenaga lepas minum milo tu.Pagi-pagi lagi dah terkinja-kinja atas katil dia!!

Sungguh dunia dah tak aman.

"APA NAK BUAT NIIII HUAAAH EKSYAITEDNYAAA".Bantal peluk milik Yuzure habis lunyai ditumbuk-tumbuk gadis itu.

Teruja punya pasal yang tak bersalah juga jadi mangsa.Bantal orang lain pula tu.Kalau bantal dia ke dinding ke tak apa juga.

Eh dinding tu jangan.

"Chill babe chill. Apahal ni—kejap kau kata Kugai ajak kau couple??Lepastu kau kata apa???Kau diam kan jangan kata kau terima dia".

"YES!".Yumeka menjawab dengan bangganya.

Apakah??!

.....

Basikalnya diletakkan di belakang restoran tempat dia bekerja.Sesekali ruang salin pakaian untuk pekerja itu direnungnya.

Ikoru mengeluh dengan senyuman pasrah.Entah sampai bilalah dia perlu kerja di sini.

Kerja keras hari-hari dan hari-harilah duit itu licin sebaik saja pulang ke rumah.Nee-chan dan Nii-san bukan reti nak kerja pun hurmm.

Entah bila mereka boleh bergantung pada diri sendiri.
Dan entah bila Ikoru sendiri boleh bertenang memikirkan nasib keluarga Shirotenshi itu.

"Saa...".

"Shiro!".

Pengerusi memanggilnya.Pantas dia pergi setelah menyalin pakaian waiternya.

Pengerusi merupakan anak sulung CEO syarikat Tsukizawa,
Yuuto Tsukizawa,23 tahun.

Dengar cerita sekarang CEO iaitu  Tuan Jirou sudah berkahwin baru selepas kematian mendiang isterinya.Dan isteri baru itu seorang janda beranak satu.

Next:"Lord" [H]Where stories live. Discover now