*9.🍀*

23 9 0
                                    

"Ada apa Shiro panggil kau tadi, Yuzure?".Sazuhi yang masih lagi menelaah nota-nota cakar ayam itu bertanya sebaik saja gadis itu pulang semula ke kelas.

"Eh mana kau tahu Shiro yang panggil?".Yuzure menyoal hairan. How..?

"Alah senang je.Kau nampak kan pintu tu terbuka sebesar alam?Masa kau lalu dengan dia tadi aku nampaklah,itu pun nak tanya".Jelas Sazuhi dengan tangan yang bersungguh menunjuk pintu.

Yuzure hanya meng'o'kan jawapan itu seraya punggung memarkir atas kerusi.

"Kau buat apa dengan Shiro tadi?Berduaan pula tu.Huh?".Gadis itu tersenyum nakal.

"Tak ada apa sangatlah,aku dapat jadi computer lab secretary je.Dia bagitahu aku tadi.Apa kitorang buat?Meh aku senaraikan, kitorang jalan,bercakap,duduk, bernafas,kelip mata,berdiri, bukak mata,telan air liur—".

"Okay makcik aku tak nak tahu.Kau simpan sajalah jawapan tu untuk karangan masa exam nanti".Sazuhi memotong tidak mahu dengar.

Yuzure tersenyum mengejek. Tahu pun perempuan tu nak berhenti sibuk hal orang.

Usai habis segala sesi pembelajaran,Yuzure dan Hansuke berjalan bersama ke pagar sekolah.Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka sejak sekolah rendah lagi.

Sazuhi selalunya diambil oleh abangnya yang tinggal di kawasan sekolah ni saja.

"Harini bosan macam biasa ne... Hansuke".Yuzure melepaskan nafas panjang di hujung katanya.Sambil mata memandang Hansuke.

Termenung?

Besar kemungkinan lelaki itu tidak dengar apa yang dia cakapkan sebentar tadi.

"Hei kau kenapa ni Han?".Tanya Yuzure sekali mematikan lamunan dia.

"Huh?Tak ada apalah.Kau kata apa tadi?Sorry aku mengelamun tadi".Kata Hansuke lalu tersenyum sopan ke arahnya.

"Kau dengan Sazuhi...tak ada apa-apa ke? I mean..serious relationship..".Ujar gadis itu.

"Puff kau merepek apa?We're still school,Yuzure.Nonsense". Lelaki itu menghambur tawa. Langsung tak serius dengan soalan Yuzure itu.

"Nonsense konon.Kau ni Han—".

"Bas aku dah sampailah!Bye,Yuzure".Cepat-cepat bas yang baru berhenti di depan pagar sekolah dinaikinya.Yuzure melambai selepas bas itu berlalu pergi.

Tiba-tiba penglihatannnya menangkap kelibat seseorang yang membawa basikal di seberang jalan.

Itu...Ikoru!

"Shiro!".Dengan sekali panggilan,Ikoru berhenti dan menoleh ke arah Yuzure.Dia terangkat kening hairan melihat Yuzure berada di luar.

"Bukan kau jaga lab ke harini??".
Soal Ikoru separa menjerit disebabkan jarak mereka yang agak jauh.

Ikoru perlu cepat ke restoran untuk kerja shift malam.

"Ouh haahlah!Serius aku lupa ahahah aku gerak dulu ya?Bye!".Kata Yuzure kemudiannya melambai pada Ikoru.

Gadis itu berlari semula ke dalam kawasan sekolah.Menuju ke bilik komputer.


___________________________________

"The door is wide opened".

Next:"Lord" [H]Where stories live. Discover now