"Dia ada masalah ke Faris?" Faris mengangkat bahu sebagai tanda membalas soalan Zayn. Keadaan kembali sunyi. Hening. Masing-masing galau sebelum Faris kembali bersuara.

"Zayn." Zayn menoleh.

"Hm?"

"Aku rasa Raf macam ni sebab dia frust dengan budak Sofia tu lah." ujar Faris tiba-tiba.

Berkerut seketika dahi Zayn.

"You mean Halena Sofia? Classmate aku? Yang Raf gila-gilakan tu?" Faris memandang Rafael sekilas sebelum kepala diangguk sekali.

"Apa kaitan Sofia pula ni? Asal Raf tak cerita dekat aku?"

Dua saat Faris mengeluh.

"Aku tak tahu nak start macam mana Zayn." Faris kelihatan gelisah. Gayanya seperti sedang berhadapan dengan si ayah.

Zayn diam. Raut wajah yang sedang dilanda gelisah itu dipandang lama.

Apa yang disembunyikan Rafael darinya?

"Faris Ikmal. Aku ni kawan korang. Tak gunalah kita kawan kalau aku tak boleh tolong. Apa masalahnya , cuba kau bagitahu." desak Zayn tegas. Nalurinya kuat mengatakan ada perkara yang disembunyikan Rafael dan Faris. Tapi apa?

Faris teragak-agak sama ada mahu menceritakan perkara sebenar pada Zayn atau tidak. Dia sudah berjanji dengan Rafael untuk tidak menceritakan hal ini pada Zayn. Namun dalam masa yang sama dia juga tak senang dengan apa yang dirancang Rafael.

Faris memandang Zayn dengan pandangan serba salah yang menebal. Separuh hati memujuk untuk berterus terang menceritakan segala-galanya pada Zayn malam ini. Separuh hati lagi memaksa untuk menyimpan rahsia yang dipikul di bahu.

Faris mengeluh.

"Zayn , kau tahu tak pasal plan Raf hujung minggu ni?" Zayn berkerut.

"Plan? What plan? Aku tak tahu apa apa pun." beritahu bingung. Apa? Apa lagi yang dirahsiakan Rafael dari pengetahuannya?

Faris menunduk sebelum mula menceritakan hal sebenarnya pada Zayn.





***


TANGAN yang tadinya ingin menguak daun pintu utama rumah agam itu terhenti seketika bila menangkap perbualan yang dituturkan menggunakan bahasa mandarin.

Sofia yakin kini di dalam rumah agam itu kini dipenuhi dengan saudara mara Haider yang lain. Dia sudah dimaklumkan oleh yeye tentang kehadiran anak-anaknya yang akan melawatnya petang ini.

Beberapa hari lepas yeye dilarikan ke Hospital kerana suhu badannya yang meningkat naik secara mengejut. Sudahnya , hari ini anak-anaknya yang lain memutuskan untuk melawatnya.

Yeye dikurniakan empat orang anak. Anak pertama arwah daddy Haider , kedua arwah Tuan Farhan , yang ketiga pula Tuan Rui , bapa kepada Anastasia dan yang keempat ialah Puan Qi Fang , satu satunya anak perempuan yeye sebelum isterinya disahkan mati selepas melahirkan puteri bongsunya itu.

Penuh juga garaj rumah agam itu dengan kereta-kereta mewah milik anak-anak yeye yang lain sehinggakan Sofia terpaksa memarking keretanya di hujung perkarangan rumah agam itu.

Gerak tubuh Sofia termati bila mendengar suara garau Haider kuat memetir.

"I don't even see what's the problem here!" tempikan Haider cukup keras sehingga bahu Sofia yang berada di luar rumah pun berhinjut.

Selepas itu terdengar pula suara beberapa perempuan bertutur menggunakan bahasa mandarin. Sofia berkerut. Apa yang sedang dibincangkan mereka? Kenapa Haider begitu marah? Kini terdengar pula suara Haider bertutur menggunakan bahasa mandarin. Kedengaran seperti sedang bertengkar. Berkerut dahi Sofia.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now