Sesuatu.

Sesuatu sangat!

"Apa apa jelah. My answer still no. Aku tak nak ikut. Dah lah aku dengan dia tak okay lately ni. Memang tak lah aku nak datang." bantah Sofia lagi. Malas mahu mengambil pusing tentang Rafael. Bikin pusing kepala!

"Kau ni keras kepala tahu tak? Kau tahu? Raf tu beria jumpa aku tadi? Minta tolong aku pujuk kau supaya datang birthday party dia? Tapi tengoklah kau. Langsung tak kesian kan dia yang beria merayu pada aku tadi!" Medina tiba-tiba melenting. Sofia terkedu.

"Dia siap cakap kat aku yang dia nak buat suprise untuk kau masa birthday dia nanti. Dia buat macam macam Sofia , untuk menangkan hati kau. Dia bagi coklat , bunga. But look at you , kau tak pernah bagi dia peluang!"

Kata kata Medina menyedarkan Sofia. Benar. Kenapa dia tidak memberi Rafael peluang? Walhal lelaki itu kelihatan bersungguh-sungguh cuba menjadi temannya. Tapi dia? Masih mengunci hati dan menyimpan rasa pada tunangan orang sehingga matanya tertutup untuk melihat kesungguhan Rafael yang tidak pernah lelah untuk memenangi hatinya.

Kejam kah dia?

Sofia bungkam. Hati dilanda serba salah yang menebal pada Rafael.

"Dina , aku.."

"Terserah kau lah Fia. This is your life. Aku tak nak paksa kau. Tapi tolong lah , fikirkan Raf. Apa salahnya kau datang birthday party dia tu? Percayalah , kau datang birthday party dia tu pun dah boleh buat dia happy Fia."

"Apa salahnya kau buat kawan kau gembira masa birthday dia? Tolonglah cuba buka hati kau untuk dia. Jangan sia-siakan orang yang tak pernah mengeluh nak menangkan hati kau. Buka mata kau Sofia. Tolong lah belajar appreciate orang." berdas-das Sofia disental Medina.

Sofia menikus. Bibirnya terkunci dari berbicara. Hilang kosa kata mendengar bicara Medina. Medina benar.. dia seharusnya menghargai Rafael. Ya..

"Aku tahu kau tak boleh lupakan Haider. Tapi Sofia ... sedar lah , dia tu tunang orang. Dia dah pun jadi masa lalu kau." Medina mula menyentuh topik berkaitan Haider. Sofia sendiri yang menceritakan tentang Haider pada Medina dulu.

"I'm done with you. Nanti apa apa kau inform je lah aku. Aku ada kelas." punggung diangkat dari kerusi. Baru saja beberapa langkah Medina menapak untuk beredar dari tempat duduk yang disediakan oleh pihak kolej , suara Sofia memanggilnya mematikan langkahnya.

"Medina."

"Nanti kau teman aku ..  kan?" serentak itu senyuman lebar terlakar pada ulas bibir Medina. Gotcha!


***





KETUKAN pada pintu utama itu membuatkan Zayn mengeluh. Sempat jam di dinding apartmentnya dikerling. Sudah larut malam , jarum jam juga sudah menunjukkan pukul dua pagi.

Buka saja pintu wajah Faris yang sedang mamaut lengan Rafael yang separuh sedar menyapa iris matanya. Sesaat ,  tangan Zayn naik menutup hidungnya.

"What the hell are you guys doing?!" marah Zayn garang. Tajam matanya memandang dua orang teman baiknya itu. Bau minuman keras itu menusuk setiap sudut rongga hidungnya. Kuat bau arak!

Faris melepaskan keluhan berat sebelum memapah tubuh Rafael masuk ke dalam apartment yang disewanya bersama Zayn.

"Aku pun tak tahu lah Zayn. Raf ni... lately banyak sangat minum. Aku pun tak tahu kenapa." ujarnya dengan nada penuh serba salah. Rafael yang separuh sedar itu dikerling.

Zayn mengeluh. Cukup arif dengan sikap Rafael. Lelaki itu hanya akan mengambil minuman keras jika mempunyai masalah yang berat. Jadi , apa masalah yang sedang ditanggung Rafael tika ini?

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now