"Dan sekarang apa? Kau nak tabur janji lagi? Nak aku terus berharap pada kau? Berharap pada lelaki yang bergelar tunangan orang? Kau sengaja nak seksa aku ke Haider? Aku tak faham. Apa yang sebenarnya kau nak dari aku Haider?" wajah Haider dipandang dalam. Menanti jawapan dari lelaki itu.

"Halena , aku.."

"Dah lah Haider. Aku penat. Aku penat sangat dengan semua ni."

"Aku cuma minta lepas ni..." Haider memandang Sofia lama. Persis pandangan Haider padanya dulu. Penuh perasaan. Tapi.. apa mungkin Sofia yang salah menilai?

Mungkin.

"Tolong lah jangan pedulikan aku. Aku boleh hidup tanpa kau. Aku tak perlukan kau dalam hidup aku , Haider. Kau tak perlu risau , aku tahu jaga diri aku."

Zass! Hati Haider terhiris tanpa Sofia sedar.

"Dan aku..."

"Tak perlukan kau untuk jaga aku.."

Pedih. Itulah yang dirasakan Haider tika ini. Kata-kata Sofia menghiris Haider. Haider terdiam. Sungguh terkilan. Namun.. dia tidak mampu untuk mematahkan bicara Sofia. Apa yang dikatakan gadis itu memang tepat mengena batang hidungnya.

"Aku bukan orang yang sepatutnya kau kena peduli dan jaga Haider.." mata Haider kembali memandang Sofia. Sofia senyum nipis.

"Anastasia , she's the one who deserve it. Give your all attention to her Haider. Bukan aku."

Langkah terus diatur meninggalkan Haider. Tubir matanya terasa panas. Sakit. Sakit yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kenapa kisah cinta mereka serumit ini?







***



SEJAK peristiwa itu , hubungan Haider dan Sofia semakin renggang. Nama saja serumah , namun mereka langsung tidak bersua muka mahupun bertegur sapa.

Haider akan pulang lewat malam. Manakala Sofia pula akan keluar rumah seawal tujuh pagi. Keadaan itu berterusan sehingga hampir tiga bulan.

Yeye pula hanya membiarkan. Bukannya dia tidak dapat mengesan pertengkaran antara Haider dan Sofia pada malam itu. Namun dia lebih memilih untuk membiarkan , tidak perlu rasanya untuk mencampuri urusan cucu-cucunya itu. Mereka sudah meningkat dewasa , tiada apa yang perlu dikhuatiri.

Interkom yang berbunyi mematikan lamunan Haider. Muka diraup sekali sebelum menekan interkomnya untuk menyambungkan panggilan dengan pembantu peribadinya di luar pejabat.

"Yes , Bella?"

"Tuan Hai. CEO Idris's Holdings is here." beritahunya.

"Okay let him in." talian terputus. Ketukan pada pintu disahut Haider sebelum arahan masuk diberikan. Sebaik pintu dikuak. Wajah lelaki yang seusianya menyapa kornea mata. Serentak terhias satu senyuman lebar pada bibir Haider.

"Rayyan Haider Yeong. Cheif executive officer Lion's Holdings. Wow , I'm impress!"

Lelaki itu ralit memandang keadaan sekeliling pejabat Haider. Semenjak Tuan Farhan disahkan meninggal dunia , serta merta syarikat Tuan Farhan jatuh pada tangan Haider. Malah nama syarikat itu juga diambil Tuan Farhan dari nama gelaran yang diberikan lelaki itu dulu.

Lion.

Shushu.. wish you were here.

"Heh , and look who's here. Rafreez Hairi , Cheif executive officer Idris's Holdings?" gelak mereka pecah sebelum mereka mula berjabat tangan.

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now