"And you said Allah masih sayangkan aku sebab tu Allah datangkan rasa nak berubah dalam diri aku , ingat tak?"

"Ya ingat , Haider." balas Sofia kegeraman. Sisa air mata dikesat kasar. Geram pula sedari tadi ditanya 'ingat ke tak' 'ingat ke tak'. Bukan kah dia sudah mengangguk?

Haider lepas tawa kecil. Cukup buat perhatian Sofia sepenuhnya tertumpu pada lelaki itu.

"Jadi apa kena mengenanya?" demi menghilangkan gugup , Sofia menyoal.

Haider memandang Sofia sambil tersenyum herot sebelum tubuh tinggi lampai Haider berdiri dan mengambil semula dulang di meja kecil tadi.

Sekejap saja tubuh Haider bersila di hadapan Sofia , serentak itu juga Sofia bersila. Kini kedudukan mereka menghadap satu sama lain. Jarak mereka juga kurang , hampir kepala lutut mereka berlaga.

"Aku bagitahu apa kena mengenanya lepas kau makan. Boleh?" Haider angkat kening sebelah memandang Sofia.

"Aku tak ada selera." tolak Sofia mudah. Haider kerut kening sebelum melepaskan keluhan panjang.

"But you have to Halena. Kau tak makan dari pagi tadi , kan? Plus nasi goreng ni aku yang masak."

"Come on Halena, kesian lah sikit dekat abang kau ni." sudu dikuis kuis pada nasi goreng yang dimasak khas buat Sofia. Efforts is must!

Sofia hanya memandang kosong.

"Kenapa aku kena kesiankan kau? Kau pun tak kesiankan aku masa kau tinggal aku dulu." serentak itu pegangan sudu Haider terlepas sebelum mata mereka bertembung. Haider mati kata sebelum bibirnya melepaskan keluhan berat. Punyalah beria dia memujuk Sofia untuk makan , boleh pula Sofia bangkitkan isu lama mereka.

"Halena , this is not the right time to talk about us. What you have to do now is eat. Makan. Bukan bergaduh dengan aku." balas Haider lembut. Walhal sakit betul hatinya dengan balasan Sofia. Memikirkan perutnya yang terasa kosong , akhirnya Sofia akur.

"Come aku suapkan.."

Belum sempat Sofia membalas. Haider sudah menyuakan sudu di hadapan bibirnya. Mahu tak mahu terpaksa lah dibuka mulutnya menerima suapan dari 'abangnya' itu.

Di kesempatan itu , Sofia merenung setiap lekuk wajah Haider. Mudah memandangkan jarak mereka cukup dekat.

Dari dahi , kening Haider , bulu mata Haider yang lebat dan lentik , anak mata coklat milik Haider , meskipun mempunyai mata yang sedikit sepet. Ianya langsung tidak mencacatkan rupa paras Haider yang sememangnya sempurna. Mata Sofia kemudian jatuh pada hidung mancung Haider dan akhir sekali ulas bibir Haider. Ulas bibir bawah lelaki itu sedikit tebal berbanding ulas bibir atasnya yang kelihatan lebih nipis.

Seksi..

Saat ini , degupan jantung Sofia tidak dapat dibendung. Kencang setiap kali berada di samping Haider. Sama seperti dulu , semuanya masih sama seperti dulu. Dan tika ini perasaan benci menggunung pada Haider tiba-tiba surut. Mungkin benar... rasa cintanya pada Haider jauh lebih besar berbanding rasa bencinya pada lelaki itu.

Tanpa sedar Sofia telah merenung bibir Haider lama. Haider berkerut bila melihat Sofia yang tidak menerima suapannya. Gadis itu seperti sedang termenung. Makin berkerut dahinya sebelum mula menyedari apa yang menjadi tumpuan gadis itu , senyuman sinis terukir pada dua ulas bibirnya.

"I'm a great kisser actually , wanna try?" tersentak Sofia dibuatnya dengan teguran Haider. Segera pandangan dilempar jauh dari bibir Haider.

The King of Dévil ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora