"Dia ada beritahu I sebelum kami bertunang lagi. Dia beritahu I yang dia cintakan orang lain , dia cakap dia tak mampu buang perasaan dia untuk perempuan tu." empangan Anastasia pecah. Bahunya terhinjut hinjut menahan esak.

"I tak tahu kenapa I cerita semua ni pada you , Halena. I taktahu. I dah lama pendam dari parents I. I tipu my mom. I cakap I bahagia dengan Haider. Tapi hakikatnya tak Halena! Hai tak pernah cintakan I! Dia tak pernah balas cinta I! Dia cintakan perempuan lain Halena!"

Sofia tersentak. Hatinya mula dihurung rasa kasihan yang menebal pada Anastasia. Mengerti perasaan jika orang yang kita cintai mencintai orang lain.

Perlahan lahan tubuh Anastasia dipeluk. Bahu Anastasia diusap lembut , cuba menyalurkan secebis kekuatan buat gadis itu.

"Trust me. Cepat atau lambat Haider akan terima awak , An. Dia akan cintakan awak macam mana awak cintakan dia. Haider akan sedar ikhlasnya cinta awak untuk dia. Percaya cakap saya."

Sakit. Itu yang dirasakan Sofia. Melihat adanya perempuan lain yang turut mencintai lelaki yang dicintai sepenuh hati. Sakit. Serta merta ingatan dimana dia memeluk tubuh Haider tempoh hari menerjah dalam ingatannya. Jahatnya dia , menyimpan rasa terhadap tunangan orang. Kejamnya dia masih menagih cinta dari tunangan orang. Walhal tunangan Haider jauh lebih baik darinya dan sangat mencintai Haider sepenuh hati. Berdosanya dia terhadap Anastasia ya Allah.

"I pun harap macam tu Halena. I sayangkan Haider dari kami kecil lagi." tubuh Sofia dipeluk erat. Setelah pelukan dileraikan. Anastasia tersenyum kekok.

"Sorry Halena. Tak pasal pasal basah baju you kena air mata I. I tak tahu kenapa , tapi rasa tenang sangat lepas dah luahkan semuanya dekat you. Mungkin sebab sebelum ni I tak pernah ceritakan benda ni dekat siapa siapa kut ya? Kalau I tahu lah lega macam ni , dah lama I kongsi cerita pada kawan kawan I." Anastasia gelak kecil. Sofia tersenyum tawar.

"Lepasni awak boleh lah cerita pada kawan kawan awak. Trust me , it works. Kadang kadang kita tak mampu simpan semuanya sendiri." nasihat Sofia lembut. Sesaat , Anastasia geleng kecil.

"Tak apa lah. I tak nak. Nanti kawan kawan I fikir buruk pula pada Haider. I tak nak orang lain tahu buruk Haider. Biar lah I sorang je tahu buruk baik tunang I."

Tunang I.

Tunang I.

Tunang I.

"Kalau you kan , adik dia. I percayakan you. Lagipun tak lama lagi kita akan jadi satu keluarga juga. Betul tak?"

Sofia terpempan. Dia tersenyum manis meskipun sukar untuk mengoyak senyuman. Namun tetap digagahkan juga. Sungguh , Sofia tersentuh dengan ketulusan cinta Anastasia buat Haider. Sehingga gadis itu langsung tidak mahu Haider kelihatan jelek di mata rakan rakannya.

Sofia sendiri dapat merasakan ikhlasnya cinta Anastasia buat Haider. Tidak sedarkah Haider? Gadis itu sangat mencintainya? Gadis itu sanggup melakukan pelbagai cara untuk menzahirkan rasa cintanya buat Haider ikhlas dan suci.

Perbuatan mereka berdua terhenti bila daun pintu bilik Sofia diketuk dari luar. Laju Sofia melangkah dan memulas tombol pintu. Wajah Haider menyapa kornea matanya.

Mata mereka bertembung. Mata Sofia yang kelihatan sembap itu membuatkan Haider galau. Belum sempat dia membuka mulut. Anastasia sudah mencelah.

"Sayang , lamanya you balik. Sampai I dah siap borak dengan Halena.." adu Anastasia manja. Lengan Haider turut dirangkul mesra. Baru saja bibirnya ingin merayap pada tulang pipi Haider , lelaki itu lebih cekap menolak.

"Stop it An. Tak malu ke?" tegur Haider garang. Wajah Sofia dipandang. Matanya tunak memandang iris hitam pekat milik Sofia seolah olah memberi tahu Sofia sesuatu.

Namun.. Sofia kaku. Kosong. Langsung tidak memberi apa apa reaksi dengan pandangan penuh maksud Haider.

"You ni , Halena tak kisah lah sayang." mata Haider jatuh pada Anastasia. Berkerut sedikit dahi Haider.

"What did you called her?" keras!

"Halena , why?"

"Stop calling her with that name An. You should call her with Sofia not Halena." serentak , timbul kerutan halus pada dahi Sofia dan Anastasia.

"Kenapa pula? Dia okay je lah sayang I panggil dia Halena , kan Halena?" pandangan mula dilemparkan pada Sofia. Sofia ukir senyum kekok sambil mengangguk.

"Tak apa lah , panggil je lah Halena. Saya tak kisah.."

"Sekarang ni , aku yang kisah." mencerlung tajam mata Haider memandang Sofia. Makin hairan Anastasia dibuatnya dengan sikap Haider.

"You...." baru saja Anastasia ingin bertanya. Haider sudah memintas laju.

"Dah jom." langkah terus diatur beredar dari bilik Sofia. Mahu tak mahu Anastasia segera mencapai beg tangannya.

"Sofia , I pergi dulu ya? Nanti kita jumpa lagi tau!" sempat gadis itu melagakan pipinya dengan Sofia sebelum keluar dari bilik gadis itu. Panggilan juga sudah ditukar.

Halena, gift from God.




***





KETUKAN bertalu-talu pada daun pintu menyentak lena Sofia. Mata ditenyeh lembut mengilangkan kantuk. Siapa pula yang menganggu lenanya ni? Jam yang tergantung elok di dinding bilik tidurnya dikerling , tiga pagi.

Kaki diatur ke daun pintu , sempat tudung sarung dicapai. Tombol pintu dipulas. Terjengul wajah cemas Haider. Terkejut juga Sofia dibuatnya.

"Haider , ada apa ni?" tanya Sofia lambat lambat. Mata cuba disegarkan.

"Halena.." Haider memanggil namanya lembut. Mendengar perbezaan dalam nada itu , mata Haider dicari. Namun sepasang mata itu kelihatan gusar. Tapi.. kenapa?

"Kenapa ni , Haider?"

Tanpa sebarang amaran kedua-dua bahu Sofia dipegang Haider lembut. Sofia terkujat. Namun tidak terdaya pula dia menolak pegangan lembut Haider pada bahunya. Mata Haider masih tidak lepas menatap sepasang anak mata hitam milik Sofia. Lama.

"Everything will be fine.." bisik Haider lembut.

"You're strong enough for this. You're not alone.."

"You have me. You have me forever.."

"Haider." bahu Haider ditolak lembut. Bicara Haider buat Sofia gugup. Hilang kantuknya. Apa sebenarnya yang telah berlaku?

"Haider .. tell me. What happens?" Sofia melontarkan soalan dengan nada yang sedikit cemas.

"Ibu dan shushu.." Haider mati kata. Serba salah. Dia sendiri berat dan tak sanggup untuk memberitahu Sofia tentang berita yang baru sampai ke pengetahuannya tadi. Tapi.. cepat atau lambat Sofia perlu tahu!

"Kenapa ni Haider? Kenapa dengan ibu aku? Kenapa dengan papa?" Sofia melemparkan soalan bertubi-tubi. Segala prasangka buruk cuba dibuang jauh. Namun balasan dari Haider membuatkan Sofia hampir rebah.

"Diaorang accident masa on the way balik sini.."

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now