Meskipun sudah acap kali Haider cuba menerangkan perkara yang sebenarnya berlaku malam itu , Anastasia beruntung ibunya , Puan Aubrey lebih memilih untuk mempercayainya berbanding Haider. Namun hakikat sebenarnya.. hanya Anastasia dan Haider yang tahu. Anastasia simpan senyum sinis.

"You fikir je lah happy anak you tu. Kesian I tengok lion tu , tak pasal pasal kena bertunang dengan anak you ni. Sudahlah anak you ni yang perangkap budak tu." Satu suara garau mencelah perbualan dua beranak itu.

Berbeza dengan Tuan Rui , dia lebih mempercayai kata kata Haider berbanding anaknya. Dia sendiri berusaha untuk membatalkan segala rancangan isterinya. Namun , isterinya itu masih berkeras mahu Haider bertanggungjawab dengan anak mereka sesudah Haider sudah mempunyai penghasilan bulanan.

Rancangan ini sudah diatur lama selepas peristiwa antara Haider dan Anastasia berlaku dulu. Memandangkan tika itu umur Haider yang masih belasan tahun , rancangan itu akhirnya ditangguhnya sehinggalah ke hari ini.

Anastasia terdiam. Terpukul dengan kata-kata ayahnya itu. Sejak peristiwa itu ayahnya terus menyalahkannya , kata lelaki tua itu semua yang berlaku adalah rancangannya. Meskipun hal itu benar , Anastasia masih menafikannya.

"Apa you ni?! Memang lion kena bertanggungjawab lah! An perangkap ke apa tu semua tak penting yang penting lion tu lelaki pertama yang tidur dengan anak kita! So suka atau tak dia kena kahwin dengan An." Lantang suara Puan Aubrey memarahi suaminya.

Lelaki tua itu hanya menggeleng kecil.

"You pun tahu dari dulu lagi An memang tergila-gilakan lion , kan? Apa nak diherankan kalau anak you ni berani perangkap lion?"

"I dah cakap tadi kan Rui? I tak peduli. You memang tak senang ke dengan kebahagian anak kita?" Tuan Rui mengeluh. Kalau lawannya isterinya , mustahil dia menang dalam perdebatan mereka.

"Suka hati you lah!" Malas mahu melayan kerenah isteri dan anaknya itu akhirnya Tuan Rui menapak keluar.

Anastasia mengunci mulut. Bengkak hati dengan sikap ayahnya itu.

"An , jangan kisahkan kan papa ya? Abaikan saja dia." Puan Aubrey memujuk. Anastasia tersenyum kekok. Walhal apa yang dikatakan oleh papanya tadi benar.



***


"ANGEL.." serta merta pandangan dilemparkan pada gerangan yang menarik kerusi di hadapannya tika ini. Berkerut dahi Sofia dibuatnya bila melihat Rafael melabuhkan punggung di hadapannya.

"What are you doing here?" tanyanya tanpa nada. Tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.

"Memang saya yang nak jumpa awak harini. Bukan Medina." lembut suara Rafael menutur.

Makin berkerut dahi Sofia. Bukankah Medina yang mengajaknya untuk berjumpa? Setelah beberapa saat baru lah Sofia mengerti. Punggung diangkat untuk beredar dari restoran mewah yang ditempah Rafael.

Punya lama dia menunggu , ingatkan Medina yang datang. Rupanya Rafael yang datang. Baru saja dia ingin berlalu , Rafael sudah menahan.

"Angel , please we need to talk." wajah Rafael itu Sofia pandang benci sebelum dia mula membalas.

"Talk about what? We have nothing to talk after what you have done to me three weeks ago , Raf." nada suaranya Jelas kedengaran agak tegang.

Rafael menghela nafas berat.

"Okay look , I'm sorry angel. Saya tahu , saya salah. Saya datang ni cuma nak minta maaf pada awak."

Diam.

Serius wajah Rafael ditatap.

"Please Sofia? Saya mengaku saya hilang kawalan masa tu. Saya betul betul minta maaf , saya tak ada niat nak buat awak macam tu. Sekali lagi saya minta maaf. Percaya lah saya tak ada niat buruk pada awak , Sofia." Rafael masih memujuk. Cuba meraih kepercayaan gadis itu.

Entah kenapa Sofia merasakan pemohonan maaf itu kedengaran tidak ikhlas dan tulus. Tambahan dia masih berang dengan sikap Rafael yang sewenang wenangnya merangkul pinggangnya tempoh hari.

"Please angel? Apa salah saya pada awak sampai awak tak nak berkawan dengan saya? Saya ni tak layak ke nak berkawan dengan awak , Sofia? Hina sangat ke saya ni pada mata awak?" tanya Rafael lagi. Kali ini nadanya lirih. Matanya terbias rasa kesal.

Sofia kelu. Bukannya tak mahu menjalinkan hubungan kawan bersama Rafael , tipulah dia tak tersentuh dengan segala usaha yang dilakukan Rafael untuk dirinya namun entah kenapa hatinya terasa berat untuk menyambut huluran Rafael sebagai teman. Tapi , kenapa?

Melihat tiada reaksi yang diberi Sofia , Rafael mula bersuara lagi.

"Look , angel. Saya tak tahu apa salah saya pada awak sampai awak tak nak berkawan dengan saya. But apa yang saya boleh cakap , saya memang ikhlas nak berkawan dengan awak Sofia." tunak anak mata Rafael memandang Sofia. Pandangannya penuh berharap. Namun Sofia sedar , tiada keikhlasan pada mata itu.

"Angel.."

Sofia mengeluh.

Kasihan pula melihat Rafael yang tidak pernah kenal erti mengalah untuk mendekatinya. Apa salahnya kalau dia menyambut huluran Rafael sebagai teman , kan?

"Okay , kita kawan."

The King of Dévil ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum