Melihat air muka Sofia yang sudah berubah buat Tuan Farhan akhirnya kembali mengeluarkan arahan.

"Rayyan , hantar adik kau." keras suara Tuan Farhan mengarah. Buat sekian kalinya , Haider lepas keluhan berat.

"Fine." balas Haider pendek tanpa riak. Mereka kembali berbual sebelum Tuan Farhan dan Puan Haina mula bangkit untuk bergerak ke balai perlepasan.

"Lion , aku tak ada dua minggu ni jaga Sofia elok elok , make sure you take a good care of your sister ya? Also yeye. Ingat apa yang aku pesan sebelum ni."double meaning.

"Sementara aku tak ada kau rajin rajin lah balik rumah sana." sempat Tuan Farhan memesan. Haider hanya jatuhkan kepalanya dua kali , mengerti maksud bicara lelaki itu. Sedikit pun dia tidak memandang Sofia yang sedari tadi memandangnya.

"Betul tu Hai , jaga kan Sofia ya sementara ibu tak ada? Ibu percayakan Haider tau , kalau Sofia ni nakal Hai marahkan je ye?" kini giliran Puan Haina pula mencelah. Bahu Haider ditepuk lembut. Haider senyum segaris. Manis.

"Insya-Allah ibu.."

"Betul tu lion. Lama tak balik jumpa yeye sekarang." yeye pula kini membuka mulut.

Haider tergelak kecil.

"Busy yeye. Lagi lagi ada orang tu nak bersara awal. Lagi lah busy." ujar Haider sengaja mahu memerli Tuan Farhan. Tuan Farhan hanya menjeling Haider sekilas.

"Alasan lah kau. Sebenarnya kau memang tak nak balik sana , kan?" double meaning , cukup buat mereka berdua mengerti. Haider menjeling tajam Tuan Farhan.

"Ānjìng de.( Diam)" gumamnya perlahan.

"You ni. Dah lah tu kacau Hai. Dah ibu gerak dulu ya? Fia , Hai , papa." mereka mula bersalaman. Puan Haina memeluk Sofia kejap sambil mengusap belakang badan Sofia.

"Maafkan ibu ya sayang? Doakan Ibu selamat pergi selamat balik." ujar Puan Haina sambil mencium dahi Sofia. Sofia hanya membalas pelukan Puan Haina mesra. Setelah selesai sesi bersalaman antara mereka , Puan Haina dan Tuan Farhan mula meminta diri.

Sofia melambai sehingga kelibat Puan Haina dan Tuan Farhan hilang dari pandangan matanya.

"Yeye pun minta diri dulu ya? Lion hantar Sofia elok elok. Nanti balik lah rumah , tidur sana." Yeye menitipkan pesan sebelum bersalaman dengan Haider.

"Sofia , yeye balik dulu ya? Jaga diri." Sofia membalas senyuman yeye mesra. Kini kelibat lelaki separuh abad dan bodyguard yang dibayar Tuan Farhan itu hilang dari pandangan mata.

Sofia mengeluh. Wajah dingin Haider dipandang sekilas. Seram pula dia bila teringatkan dia harus sebumbung dengan Haider nanti.

Haider mula melangkah keluar tanpa menghiraukan Sofia. Sofia pula hanya mengikuti langkah Haider dari belakang.



***




"BALIK pukul berapa?" suara husky Haider mula kedengaran setelah agak lama keadaan kereta itu sunyi dari sebarang suara.

"Enam. Aku balik sendiri , tak payah ambil aku."

Haider tersenyum herot. Cermin mata hitam yang tersangut pada pangkal hidung dibetulkan sedikit. Haider mengerling sekilas Sofia di sisi sebelum kotak rokok di dashboardnya dicapai.

Serta merta dahi Sofia berkerut.

"Kau merokok?" Sofia menyoal. Entah kenapa sedikit sebanyak dia agak kecewa. Wajah Haider dipandang tunak. Haider yang dulu dikenalnya bukan seorang perokok. Tapi..

The King of Dévil ✔️Where stories live. Discover now