CIVIL WAR: BAB 5

Beginne am Anfang
                                    

Perut diusap. "Rasanya, aku gugur lagi."

Alif Najmi memandang wajah wanita di sebelahnya. Kucupan manis dihadiahkan ke pipi Syarifah Izzati.

"Jangan tinggalkan aku," pesannya memandang taman kosong.

Syarifah Izzati terdiam.

"Kau tinggalkan aku ibarat aku tinggalkan sesuatu yang aku sayang selama ni," tambah Alif Najmi, dingin.

Kepala Alif Najmi diusap. Syarifah Izzati kehairanan sedikit dengan karenah Alif Najmi.

"Kau okey tak ni? Lain macam kau ni. Kau makin pelik pula sekarang ni. Kau kata, kau tak suka aku. Apasal tetiba sayang aku ni?" kata Syarifah Izzati, hairan.

Alif Najmi memeluk leher Syarifah Izzati dari tepi. Mereka bertentang mata.

"Kau banyak bising la. Nak aku sumbat batang ais krim dekat muka mulut kau ke bagi kau diam?" kata Alif Najmi, serius.

Err... batang ais krim? Apa maksudnya? desis hati Syarifah Izzati, resah.

***
Singapura

Renungan tertumpu ke lautan dari ruang makan di apartmen tingkat 68. Dua cawan kopi panas terhidang di meja tanpa sedar.

"Your coffee," kata Aya sambil menyandang pedangnya.

Cindy Hawk memandang wanita elegan itu. Kopi diambil.

"Thanks," ucapnya.

Aya melabuhkan punggung dengan badan menghadap Cindy Hawk.

"So... What's next?" kata Aya lalu menghirup kopi buatannya.

Dari tempat mereka bersantai, kelihatan ombak besar muncul. Aya dan Cindy Hawk melihat tsunami menghempas Bandaraya Singapura.

"What the hell is that?" kata Cindy Hawk terkejut.

Ombak tsunami menghempas bangunan yang didiami mereka berdua. Gegaran kuat dirasai seperti bangunan semakin condong. Bangunan bakal runtuh ke bumi.

"We gonna die," kata Aya turut berpeluh.

Mata Aya tertumpu pada susuk yang sedang meluncur di atas ombak. Jelas kelihatan susuk yang dikenali. Jelas matanya terbuntang luas.

'Tak... Tak mungkin!' kuat hatinya berkata.

Tubuh Hamashita Natsume kelihatan sedang berdiri di atas ombak besar setinggi 50 meter. Bangunan runtuh menghempas bumi Singapura yang dibadai ombak besar. Cindy Hawk dan Aya beradu pernafasan dalam air. Masing-masing timbul di permukaan.

"We need to tell them," kata Cindy Hawk, serius.

Aya sekadar mengangguk.

***
Kuala Lumpur

Masing-masing kepenatan setelah beradu tenaga dengan pisau dan sudu.

"Haih... Bila semua ni nak berakhir?" kata Isma Fatieha kepenatan.

"Entahlah... Aku dah tak tau nak buat apa sekarang ni?" kata Aliya Syakira turut kepenatan.

Satu tepukan diberikan dari sebelah mereka. Cikgu Wan berjalan mendekati mereka berdua.

"Cukup untuk pelajaran kita pada hari ni. Kamu berdua dah buat yang terbaik. Jumpa esok nanti," kata Cikgu Wan dengan senyuman.

Aliya Syakira dan Isma Fatieha hanya tertawa hambar dan kepenatan. Masing-masing bangun dari duduk.

"Yosh! Saya dah masak barbeque semasa jalan ke arah kamu berdua tadi," kata Cikgu Wan menunjukkan set barbeku.

"Bila masa set barbeque ada dekat situ?" kata Aliya Syakira dan Isma Fatieha terkejut sakan.

All-InWo Geschichten leben. Entdecke jetzt