ADVENTURE BEGINS: BAB 10

33 9 27
                                    

Helikopter berterbangan merentasi Lautan Atlantik, menuju ke New York City. Bandaraya yang tersergam indah dari jauh, jelas kelihatan.

"Tak lama lagi, kita akan sampai ke destinasi. Para penumpang diminta bersiap untuk pendaratan kecemasan," kata Ilyana Zhamuri membuat pengumuman.

"Pendaratan kecemasan? Maksudnya?" Isma Fatieha tidak memahami.

Ruby muncul di skrin telefon yang dikeluarkan Farah Yasmine. Dia memandang Isma Fatieha.

"Maksudnya, Amerika Syarikat akan lancarkan serangan terhadap penceroboh negara dengan peluru berpandu yang tertanam di bawah lautan," terang Ruby dengan senyuman tanpa kerisauan.

"Apa dia?" Isma Fatieha terbeliak mata.

Masing-masing sudah sedia beg parachute. Senjata api turut disediakan.

"Cepatlah pakai!" arah Alif Najmi memberi parachute kepada Isma Fatieha.

Isma Fatieha dengan kadar segera memakai parachute itu.

"Ruby, bagi koordinat lokasi untuk pendaratan," pinta Zafina Shahirah.

Ruby mengangguk faham lalu mencari lokasi pendaratan.

"Lokasi pendaratan di Montauk Point dengan koordinat 41.071° U, 71.857° B. Saya ulang, 41.071° U, 71.857° B. Bersedia semua! Kita akan menjunam setinggi dua kilometer," kata Ruby dengan jelas.

Tiba-tiba, sebutir peluru berpandu muncul dari Lautan Atlantik.

"Okey! Gerak cepat!" arah Farah Yasmine lalu terjun dari helikopter itu.

Mereka yang lain turut terjun sebelum helikopter meletup dek tembakan. Mereka yang takut akan ketinggian, hanya menjerit.

Isma off
CikQueen off
Hantu Sudu off
Nad Kenny off
Teha on

Isma Fatieha menjerit dengan keadaan menangis. Dia melihat dirinya sedang menjunam ke lautan. Bukan apa, dia tidak tahu hendak berenang sebenarnya. Tangannya dipegang, menarik perhatian wanita itu. Dia melihat Alif Najmi membimbing tangannya.

Alif off
Farid on
Musang off
Hoshiko off
Najmi off

"Jangan takut. Kan dah pakai parachute tu?" kata Alif Najmi dengan rupa paras dingin.

"Tapi... saya tak reti berenang," kata Isma Fatieha ketakutan.

Alif Najmi mengeluh lalu bergerak belakang badan wanita itu.

"Awak nak buat apa?" tanya Isma Fatieha melihat ke bawah.

Tangan dipegangnya lalu dikembangkan. Kaki dibuka sekangkangnya oleh Alif Najmi.

"Dengan cara kembangkan badan, kita boleh perlahankan pergerakan," terang Alif Najmi.

Tiba-tiba, sorakan gembira kedengaran. Aliya Syakira menjunam dengan lajunya.

Aliya off
Admex off
Alane on
Aizad off
Syakira off

"Yahoo!!! Seronoknya!" kata Aliya Syakira keterujaan.

"I believe I can fly~♥"

Alif Najmi hanya mendingin melihat adik angkatnya sebegitu rupa.

"1500 meter," kata Ruby.

Segera, mereka mengecutkan badan lalu menghalakan badan ke lokasi pendaratan. Alif Najmi mengawal bentuk tubuh Isma Fatieha. Mereka menjunam dengan lajunya. Isma Fatieha menjerit lagi.

All-InWhere stories live. Discover now