CIVIL WAR: BAB 1

36 10 13
                                    

Dungun, Terengganu

Setelah beberapa minggu kematian banyak orang, Aisyah Maisarah lebih rela asingkan diri dari semua orang.

Sakit. Ya, memang sakit teramat.
Sakit kerana kematian teman, Ferra Natalia.
Sakit kerana kematian ibu, Ruzaifah @ Rozepa.
Sakit kerana kematian adik, Ayano Hiruka.
Sakit kerana kematian suami, Faiz Azzudin.
Sakit kerana kematian anak, Erisha Carma.
Sakit.

"Serra," panggil Ferradossa Anvell melihat Aisyah Maisarah duduk termenung menghadap laut.

Aisyah Maisarah enggan berpaling muka. Pandangan kekal dibuang ke lautan. Ferradossa Anvell berjalan menghampiri ratu lautan itu. Papan kayu jeti berkuak menanti, rapuh.

"Jomlah makan. Mina dah masak makan malam," kata Ferradossa Anvell.

"Pergilah makan dulu," kata Aisyah Maisarah, dingin.

"Serra, janganlah macam ni. Ayano pun kawan kami. Kami faham."

Aisyah Maisarah bangkit berdiri.

"Sesakit hilang sahabat tak sesakit hilang keluarga," kata Aisyah Maisarah masih enggan berpaling.

Agak sukar untuk Aisyah Maisarah melupakan segalanya.

"Luka boleh diubati, tapi parut takkan hilang," kata Aisyah Maisarah lagi.

Badan dipusing menghadap Ferradossa Anvell. Bahu wanita itu dipegang. Ferradossa Anvell merenung tepat ke anak mata Aisyah Maisarah. Kelihatan mata robotik bercahaya di mata kiri Aisyah Maisarah.

"Kita akan serang balik lepas apa yang dia buat," kata Aisyah Maisarah dengan renungan tajam.

"Ba... Baik," balas Ferradossa Anvell.

Bahunya ditepuk. Aisyah Maisarah berjalan ke rumahnya. Ferradossa Anvell sekadar mengekori ratu lautan itu.

"Bila kita... nak serang tu?" soal Ferradossa Anvell.

Aisyah Maisara berhenti melangkah. Ferradossa Anvell turut berhenti berjalan. Mata tertumpu pada Aisyah Maisarah. Kelihatan wanita itu memandangnya.

"Kau dah sedia ke?"

***
Luar bandaraya Kuala Lumpur

Kitab kecil ditutup. Alif Najmi menyimpan kitab Yasin ke rak semula. Dia memandang kelas lamanya. Apa yang ada hanyalah Iskandar, Farah Yasmine dan Zafina Shahirah yang duduk termenung ke langit malam. Isma Fatieha dan Aliya Syakira pula sedang terlelap.

"Aku tak sangka," kata Farah Yasmine termenung keluar tingkap kelasnya.

Masing-masing memandang wanita beruniform tentera itu.

"Dari 30 orang... yang tinggal cuma empat orang sahaja," kata Farah Yasmine menghabiskan ayatnya.

Zafina Shahirah memandang lantai. "Kejamnya dunia ni."

Iskandar menjenguk keluar tingkap. Matanya menangkap satu susuk yang amat dikenalinya.

"Izzati?" Iskandar sebaik berjaya kesan rupa Syarifah Izzati.

"Apa dia buat dekat sini?" kata Farah Yasmine, hairan.

"Kalau dia nak serang, kita bukannya ada apapun," kata Zafina Shahirah.

"Tunggu. Rasanya, dia takkan serang," kata Iskandar, yakin.

"Eh!?" Mereka terkejut dengan pendapat Iskandar.

Syarifah Izzati mengangkat tangan sambil berjalan menghampiri kelas kayu itu, seperti bersapa. Iskandar membalas lambaian. Wanita yang asyik menyandang sniper itu berdiri di tepi tingkap luar kelas, menghadap Iskandar.

All-InWhere stories live. Discover now