CIVIL WAR: BAB 5

40 9 8
                                    

Raungan kedengaran dengan jelas biarpun hujan kilat kuat membasahi bumi. Darah mengalir deras akibat cakaran pada muka.

"Bawa bertahan!" pinta Minatozaki sambil merawat Ice Serra.

Urat saraf terdedah pada wajah Ice Serra. Violet Alexander turut membantu Minatozaki merawat. Ferradossa Anvell memegang tangan Ice Serra, takut hilang kawalan pula.

"Argh!" raung Ice Serra.

"Bertahan!" arah Ferradossa Anvell sedikit tegas.

Tiga orang yang memegang Ice Serra, terus ditolak kasar. Ice Serra bangun dari baring. Kakinya menjejak lantai. Luka parah pada muka disentuh. Kesakitan masih tersisa.

"Mana Kai?" soal Ice Serra sambil menundukkan muka.

"Dia... dah mati," jawab Minatozaki agak berat.

"Apa?" Berkerut dahi Ice Serra mendengarnya.

"Badan dia kena torehan dalam. Urat jantung aorta terputus. Mandatori dia mati dekat tempat tu," terang Violet Alexander.

Keluhan dilepaskan.

"Semua ni salah aku," kata Ice Serra mula bersalah.

"Tak, bukan salah kau pun. Salah kami juga sebab tak jaga suami betul-betul," kata Ferradossa Anvell berpaling muka.

Minatozaki menundukkan pandangan. "Betul tu."

"Tapi... dia rakyat aku juga," kata Ice Serra.

Mereka terdiam seketika. Baru sedar, Ice Serra ialah permaisuri mereka.

"Namun... apakan daya. Aku cuma pemerintah di fantasi, bukan realiti," kata Ice Serra sedikit kasar.

Ferradossa Anvell berdiru di depan lalu memegang bahu Ice Serra.

"Tak kira la siapapun kau. Kau tetap permaisuri kami... dan kakak Ayano juga," kata Ferradossa Anvell dengan mata bertakung.

Ice Serra melihat raut wajah Ferradossa Anvell. Jelas terlihat mutiara jernih di kelopak mata.

"Anvell..."

***

Mayat Kai kelihatan terhanyut di atas sampan kayu. Empat beradik hanya memerhati mayat ayah mereka berlayar tanpa hala tuju. Hanazono Suzuki sudah menangis dari tadi. Rachel Berlitz hanya berpaling muka, tidak mahu melihat bapanya pergi. Claude Thunder pula menjauhkan diri dari mereka semata-mata mahu melepaskan kemarahan. Yūki Taiga berdiam, diam begitu lama sekali.

"Semua dah berakhir ke?" monolog Yūki Taiga, perlahan.

Claude Thunder memandang tajam ke arah Yūki Taiga. "Hoi, Yūki!"

Yūki Taiga mengalihkan pandangan ke arah adik tirinya. Wajahnya yang kosong terus ditumbuk kuat. Dua adik perempuan melihat Claude Thunder bertindak kasar. Yūki Taiga terpelanting lalu rebah ke atas pasir.

"Claude!" tempik Rachel Berlitz.

"Yūki!" tempik Hanazono Suzuki pula.

Claude Thunder duduk di atas perut Yūki Taiga. Kolar baju dipegang kasar. Tumbukan diberikan.

"Berhentilah! Tak ada guna nak bergaduh!" arah Hanazono Suzuki.

Mereka tidak mendengar suara Hanazono Suzuki, malah masih bergaduh. Rachel Berlitz mencelahi pergaduhan itu lantas menarik tubuh Claude Thunder jauh dari Yūki Taiga.

"Kau ni dah kenapa, Claude? Apasal tumbuk Yūki? Lepas marah?" kata Rachel Berlitz, dingin.

Claude Thunder berpaling muka, geram masih tersisa.

All-InWhere stories live. Discover now