CIVIL WAR: BAB 9

18 5 0
                                    

Malam semakin larut di kotaraya Kuala Lumpur. Mereka-mereka yang berehat, dibuai mimpi di atas lantai bangunan kayu. Hanya Ilyana Zhamuri dan Aisyah Maisarah sahaja yang berjaga.

"Kau pernah ada adik, kan?" soal Aisyah Maisarah memecahkan kesunyian.

"Ya, tapi jarang nak berkomunikasi sebab konflik adik-beradik," jawab Ilyana Zhamuri.

Aisyah Maisarah ketawa kecil. "Ada konflik pun, berjumpa juga."

"Air yang dicincang, memang takkan putus, sama macam Jimmy dan Kimmy."

Wanita separuh robot itu memandang wanita berambut blonde platinum itu. "Kau suka dia?"

Ilyana Zhamuri berpaling muka, sedikit merah. "M... Mana ada. Aku keliru dengan kembar pada mulanya. Macam tu juga dengan Sam."

"O kawaii koto..."

"Aku lagi suka Jimmy sebab dia tahu berlawan. Aku suka Kimmy pula sebab dia tahu atur strategi. Aku jadi buntu masa tu," kata Ilyana Zhamuri.

"Ara ara..."

"Dan sekarang, diorang dah ada yang lain. Aku pula masih bersendirian macam serigala dalam salji."

"Nanti adalah orang yang akan jaga kau lepas ni."

"Cakap pasal benda ni, kau nak ke mana lepas semua ni?"

"Balik ke laut dengan rakyat aku. Kau pula?"

"Heh. Balik ke kampung halaman."

"Dekat Rusia?"

"Tak, kampung aku dekat sini, Malaysia."

Senyuman kecil terukir di bibir Aisyah Maisarah. "Ikut suka kau. Pilihan kau. Bukan hak aku untuk halang."

Dari jauh, kelihatan dua susuk melepasi hutan. Anak mata Ilyana Zhamuri menangkap susuk tersebut.

"Ada orang datang," kata Ilyana Zhamuri.

Senjata AK-47 sedia di tangan. Aisyah Maisarah memandang susuk yang dilihat Ilyana Zhamuri. Memang benar terdapat dua susuk sedang menghampiri bangunan kayu itu. Mata bionik mengesan dua susuk tersebut. Identiti dikenal pasti.

"Aya dan Cindy yang datang," kata Aisyah Maisarah.

"Oh, dua orang tu. Tak sangka pula diorang hidup," kata Ilyana Zhamuri menurunkan senjata.

Cindy Hawk berjalan di sisi Aya sambil memegang M4A1. Aya pula melambai tangan ke arah mereka. Aisyah Maisarah membalas lambaian. Akhirnya, mereka bersua muka.

"Tuanku, kami dah datang," ujar Aya melapor diri.

"Pergilah berehat dulu," pinta Aisyah Maisarah.

"Please take some rest. We are overnight here," balas Ilyana Zhamuri.

"Well... That's great idea. It's taking long time to search this location. See you tomorrow," kata Cindy Hawk meregangkan badannya.

Dua wanita yang baru tiba itu berjalan masuk ke dalam bangunan, mengambil tempat untuk berehat.

"Sekarang, semua dah berkumpul," kata Ilyana Zhamuri.

"Pagi esok, mesti akan sibuk," kata Aisyah Maisarah menyilang tangannya.

***

Seperti dijangka, pagi itu memang sibuk. Masing-masing mendengar penceritaan dari Aya tentang Hamashita Natsume.

"Tak sangka, dia bawa tsunami sampai tenggelam Singapura," kata Aisyah Maisarah mengusap dagunya.

"Kita tak boleh mengalah walaupun kita tahu kuasa mereka jauh lebih kuat daripada kita," kata Claude Thunder memberi semangat.

All-InWhere stories live. Discover now