FANTASY EXPLORER: BAB 12

70 10 76
                                    

Situasi senyap tiba-tiba.

"Pahlawan Tiga Serangkai?" Horizon menjongketkan kening.

Ferradossa Anvell memandang tajam ke arah Aya. "Kau biar betul!?"

Aya memandang Ferradossa Anvell pula lalu memandang tiga sahabat itu semula.

"Kau tengok diorang ni," pinta Aya memerhatikan mereka bertiga.

Mereka yang penghuni asal Freaky World, turut melihat tiga sahabat itu.

"Kan dalam buku sejarah ada mengatakan akan ada Pahlawan Tiga Serangkai generasi terakhir," kata Aya cuba memberi penerangan.

"Jadi, apa buktinya?" kata Violet Alexander, dingin.

Belum sempat berkata apa, Ayano Hiruka mencelah. "Buktinya, diorang dari dunia luar."

"Tapi, diorang pun dari dunia luar juga," kata Minatozaki melihat mereka yang selebihnya.

"Jap. Jap. Jap! Apa maksud korang, 'Pahlawan Tiga Serangkai'?" Kivot mencelah kerana tidak faham.

"Terus-terang aku cakap. Generasi ketiga atau yang terakhir muncul lebih lama dari generasi kedua di mana dunia ni tidak lagi menjadi Freaky World, tetapi menjadi Creepy World. Setelah kematian generasi kedua, generasi ketiga muncul dari satu tempat yang dinamakan sebagai Ganu yang terletak di dunia luar. Mereka ni puak kacukan Skull-Doll, Killjoy-Suicide dan Voodoo-Alone.

Mereka akan masuk ke Creepy World untuk pulihkan dunia ni semula dengan bangkitkan semula pahlawan generasi pertama dan kedua. Sayangnya, generasi pertama tidak lagi berbaik seperti dahulu dan mereka juga akan cuba kuasai Creepy World bersama. Generasi kedua pula masih tersisa semangat setiakawan untuk tumpaskan generasi pertama bersama generasi ketiga. Peperangan yang melibatkan pertumpahan darah yang dahsyat itu meragut banyak nyawa sampaikan bayi baru lahir menjadi mangsa.

Akhir cerita, hanya seorang sahaja yang akan hidup di dunia ni. Cuma, dia akan berhijrah ke Ganu dan menetap di dunia luar. Dia ni merupakan pahlawan terakhir dan merupakan cucu kepada Tiga Pahlawan Serangkai generasi ketiga menerusi generasi kacukan. Dan di situlah, titik noktah untuk Pahlawan Tiga Serangkai dan bermulalah Pahlawan Solo generasi pertama dan terakhir," terang Aya dengan panjang lebar.

Mereka terpegun penghujahan dari Aya.

"Ayat kau sama dengan ayat bapa aku," kata Violet Alexander.

"Alaa... ni kan dah tercatat dalam sejarah dunia ni," kata Aya, selamba.

"Tak kisah la apapun, tapi... diorang dari Ganu ke? Ganu tu dari dunia luar kalau diikutkan dalam kitab tu?" soal Minatozaki tertanya-tanya.

"Memang ya, dan aku pernah pergi ke sana," kata Ayano Hiruka mengaku.

"Dekat mana tu, bonda?" tanya Yūki Taiga.

"Terengganu."

"Terengganu? Maksud kau Terengganu, Malaysia?" Ralph Kimmy berpendapat.

"Ya."

"Sekejap. Balik ke poin asal, diorang ni puak kacukan Skull-Doll, Killjoy-Suicide dan Voodoo-Alone. Betul, kan?" kata Hanazono Suzuki mahu kepastian.

"Ya, betul tu. Kenapa?"

"Hana kan puak kacukan Killjoy-Suicide? Tapi bukan dari dunia luar," kata Hanazono Suzuki lagi.

Mereka yang lain terkejut dengan kata-kata gadis pendiam itu. Baru nak sedar tentang kewujudan salah seorang Pahlawan Tiga Serangkai.

"Kalau anak kami ni?" Achara masih mendukung anaknya.

All-InOn viuen les histories. Descobreix ara