"Kalau kau nak lepas marah pun, tumbuklah aku. Jangan tumbuk Yūki. Dia abang kau," kata Rachel Berlitz lagi.

Terkejut Claude Thunder mendengarnya. Rachel Berlitz menjeling ke arah Hanazono Suzuki lalu memberi isyarat untuk jaga Yūki Taiga. Hanazono Suzuki bergegas mendekati Yūki Taiga. Dia memapah lelaki itu.

Kedengaran Yūki Taiga ketawa sinis. "Tumbuk pun tak sekuat yang aku sangka. Itupun ada hati nak lepas marah."

"Apa kau cakap?" kata Claude Thunder, geram.

Rachel Berlitz menahan susuk lelaki tegap. "Sudah!" Marah.

Claude Thunder berdiam, kali pertama melihat adiknya yang dingin menjadi marah. Dia berpaling muka.

"Jomlah Yūki. Biar Hana rawat," kata Hanazono Suzuki, lembut.

Susuk Yūki Taiga dipapah. Hanazono Suzuki membawa buah hatinya ke rumah. Rachel Berlitz dan Claude Thunder tinggal bersendirian di pantai. Ombak menghempas pasir tidak dihiraukan.

"Claude," panggil Rachel Berlitz memandang ke wajah abangnya.

Claude Thunder menggumam kecil.

"Sebenarnya, aku dah lama nak cakap benda ni," kata Rachel Berlitz, dingin dan serius.

"Apa dia?" Claude Thunder enggan berpaling.

Kolar baju Claude Thunder disambut lantas ditarik. Kepala Claude Thunder dialih ke muka Rachel Berlitz. Satu kucupan kasar menghinggap bibirnya.

Claude Thunder terdiam. Kucupan dilepaskan kemudian. Rachel Berlitz merenung mata abang tirinya.

"Kau tau kan apa aku nak sampaikan?" kata Rachel Berlitz, dingin dan tiada reaksi.

Lelaki itu masih berdiam. Rachel Berlitz mengatur langkah balik ke rumah, tinggalkan Claude Thunder.

Apa benda tadi tu? Bisik hati Claude Thunder.

***
Alor Setar, Kedah

Abu rokok berterbangan. Kelihatan Syarifah Izzati datang menghampiri.

"A... Ami!" panggil Syarifah Izzati.

Alif Najmi tidak mahu memandang langsung. Matanya tertumpu pada taman kosong di perkarangan Menara Alor Setar. Rokok di mulut dihisapnya. Syarifah Izzati berdiri di sebelahnya.

"Ami, kita... boleh lawan Aisyah tu! Aku akan tolong kau!" kata Syarifah Izzati, sungguh.

Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Syarifah Izzati mengeluh kecil. Punggungnya berlabuh di atas bangku, duduk di sebelah Alif Najmi. Sebatang rokok dihulurkan.

"Kau nak?" kata Alif Najmi, dingin sekali.

Syarifah Izzati menggeleng kecil. "Tak apa. Aku tak nak."

Rokok disimpan semula ke dalam poket seluar.

"Aku boleh je bagi kau lawan Aisyah dengan aku, tapi aku tak yakin kau boleh..." kata Alif Najmi belum habis bercakap.

"Aku tak kisah apa terjadi dekat aku nanti! Aku buat ni untuk tebus balik apa aku buat dekat Lin!" kata Syarifah Izzati, serius.

"Kau tahu kan Aisyah tu kuat orangnya. Ada kuasa yang kita tak boleh jangka."

Syarifah Izzati teringatkan sesuatu.

~Throwback~

"System call: Dark Nuclear, Self-Explode. Burst!"

Satu letupan besar mengegarkan negeri itu. Tubuh Izzy terpelanting ke langit merah.

~End Throwback~

All-InWhere stories live. Discover now