Awal pagi tadi dah kena panggil dengan penyelia asrama, nak settle kan yuran makanan pelajar. Maklumlah sesi persekolahan dah nak habis. Tinggal pelajar tingkatan lima saja lah nanti di asrama ni sebab minggu SPM.

Selepas itu, dia dipanggil pula oleh Cikgu Aida dan pengetua. Urus hal disiplin pelajar. Sejam juga lah dia dekat bilik pengetua tadi. Mentang-mentanglah baru habis Trial tak kasi chance langsung orang nak rest.

Usai sahaja hal dengan pengetua, dia bertembung pula dengan Cikgu Asiah dan sekarang disuruh untuk mengambil barang untuk hias dewan besar.

Apalah nasib..

Eiz mengeluh berat. Ni yang susah jadi head prefect ni. Apa-apa je dia. Sikit-sikit dia balik-balik dia.

Penat tau jalan ke sana ke sini.

Setibanya di blok C, dari jauh Eiz dapat melihat pintu stor yang sudah terbuka. Kening berkerut hairan.

"Ada orang ke?" Kunci di tangan dimasukkan ke dalam poket. Dia menapak masuk ke dalam stor itu.

Kosong je.

Keningnya terangkat apabila turut melihat tiga ekor kucing yang tiba-tiba berlari keluar dari stor.

Ada apa ni?

Kakinya terus melangkah ke dalam melalui celah rak kayu yang terdapat di situ. Menuju ke belakang stor.

Hampir tercabut jantungnya melihat kerusi plastik yang disusun tinggi mahu hampir jatuh menghempap seseorang.

"Ika."

Sepantas kilat Eiz berlari ke arah gadis itu.

Tubuh Ika dipeluk erat. Eiz membiarkan kerusi itu jatuh menghempap belakangnya.
Disangkanya sakit biasa-biasa saja tapi malangnya tidak.

"Argh..." Mata dipejam rapat dan gigi diketap.

"Eiz!

Eiz rebah melepaskan pelukan. Berkerut lelaki itu menahan sakit.

Ika berpaling ke arah Eiz yang sudah terbaring di belakangnya. Bahu Eiz dipegang.

Eiz berguling sambil tangan kejap mencengkam perut. Wajah dipalingkan ke lantai cuba menyembunyikan rasa sakit. 

"Kau okay tak ni? Boleh bergerak tak?"

Mulut tak henti-henti berdecit. Sakitnya bukan kepalang. Terasa seperti dicucuk-cucuk dengan benda tajam dan panas.

"Eiz cakaplah something. Sakit lagi ke?" Soal Ika risau.

Eiz menghela nafas panjang. Lama dia berdiam. Membiarkan rasa sakit perlahan-lahan hilang. Urat leher diregangkan.

"Eiz.."

Lengan Ika disentuh menghalangnya daripada terus bertanya. Tak payah jawab pun boleh tahu kot.

Ada nampak dia macam okay ke sekarang ni?

Eiz mengalih badannya menelentang.  Nafas ditarik dalam sebelum kembali mengelip mata. Belakang badan digerak-gerakkan sedikit.

Baru je mengurut dengan Ryan semalam, tak dan apa lagi dah kena hempap pula hari ni.

Redha.

"Sakit lagi?" Ika menghulurkan tangan. Berkerut Ika memandang muka Eiz yang memerah. Risau.

Kelopak mata dipejam rapat sebelum gagahkan diri mencelik. Wajah Ika direnung sekilas. Rasa sakit cuba ditolak tepi. Bibir digigit menahan sakit.

"Let me."

Us ✔Where stories live. Discover now