Chapter 26

474 39 6
                                    





"IKA bangun Ika.." Eiz naik ke atas katil. Mengejutkan Ika.

Kelopak mata perlahan-lahan dibuka. Ika lantas bangkit dan memerhati sekeliling. Mamai. Mata digosok lembut. Tudung dah serabut macam apa. Habis senget-benget.

"Hummm..." Ika yang masih mamai membuatkan Eiz tergelak kecil.

Dia menepuk lengan Ika sekali lagi. "Ika bangun.. Solat subuh."

Ika mencebik. Kepala digaru dan tudung dibetulkan. Dia bergerak malas turun dari katil dan berjalan lemah ke bilik air. Mengantuk~

Eiz hanya menggeleng kepala melihat gelagat Ika. "Haihh.. bangkit tidur pun comel lagi."


---------------

"Eh anak-anak mama dah bangun?" Sapa Puan Yani mesra. Nampak sahaja kelibat Eiz dan Ika yang baru muncul, riang betul rasanya hati. First time sebut 'anak-anak'.

"Mama masak apa ma?" Ika menerpa ke arah Puan Yani yang sedang sibuk bersiang sayur.

"Korang nak makan apa?"

"Ikut mama lah nak masak apa." Jawab Ika sambil buat muka pelik. Ye lah, tiba-tiba tanya nak makan apa. Selama ni masak ikut suka je.

"Alahh.. Hari ni kan kita ada family baru. So apa salahnya mama masak dekat menantu mama. Kan Eiz kan?"

Ika dah buat muka menyampah. Eiz pula tergelak kecil.

"Kalau Eiz nak makan ketam boleh? Teringin la mama.." Ujar Eiz manja.

Amboi sekali dia minta. Ketam terus! Banyak handsome muka dia.

"Ketam? Ish tak nak lah. Ika nak makan ayam masak merah." Halang Ika.

"Eh boleh je. Mama apa-apa pun boleh masak. Eiz mesti nak makan ketam masak cili padi kan?"

"Yes!" Jawab Eiz teruja. Oh seronoknya dapat mak mentua sporting.

"Tapi korang kena tolong mama lah. Pergi pasar belikan ketam." Balas Puan Yani.

"Then how about me? Ayam masak merah Ika?" Jari menunding diri sendiri.

"Kita makan ketam sudah la. Ayam masak merah tu hari-hari boleh makan. Hari ni mama nak masak special untuk Eiz."

Eiz dah buat thumbs up dekat Puan Yani. "Ni sayang mama ni."

Ika memeluk tubuh. Menjuling mata ke atas. Hek eleh, buat manja apa dengan mama aku.

Mama pun sama lah. Dengan Eiz bukan main! Kalau dengan anak sendiri berkira. Urgh.. Tak adil!

"Nah duit. Pergi beli ketam." Puan Yani menghulurkan not RM100.

"Uishh, banyaknya." Eiz jongket kening.

"Mama tak ada duit kecil. Ambil je lah. Yang lebih tu buat belanja. Ikutlah korang nak beli apa." Sambung Puan Yani lagi.

Eiz hanya mengangguk faham. "Jom sayang." Lengan Ika ditarik.

Ika dah terbeliak mata.  Terkejut beruk. Whatda? Beraninya kau...

Puan Yani hanya menggeleng sambil tergelak kecil.

Haihh budak-budak ni..

Kaki Ika hanya melangkah mengikut jejak Eiz. Sehingga mereka tiba di luar rumah, Ika menepis tangannya.

"Kau ni kan. Fikir sweet ke? Eeeii gelilah!" Marah Ika. "Dah la depan mama aku."

"Kenapa?" Eiz jongket kening.

Us ✔Where stories live. Discover now