Lewat ke sekolah

147 3 0
                                    

Selesai menghantar sayur subuh tadi gadis itu ke kelemahan dan terlelap. Nasib baik si nenek mengejutkan dia.

Penat menjual burger malam tadi belum hilang, di subuh hari dia kena ke pasar pula untuk mencari rezeki. Nenek pula membuat nasi lemak dan kuih koci untuk dia hantar ke warung pak Badar. Sebelum malam warung itu menyediakan makanan panas untuk warga kampung palas.

Sejak ibunya meninggal dunia ketika melahirkan adiknya dia tinggal di rumah arwah datuknya. Nenek seorang balu kepada pesara tentera. Ayahnya juga seorang tentera. Kedua telah tiada.

Nenek mempunyai dua orang anak lelaki Shahid anak yang sulung manakala Syamsul anak bongsunya. Syamsul sudah beristeri dan tinggal di kawasan perumahan ke arah bandar. Dia bekerja sebagai kontraktor dan si isteri pemilik butik pakaian dan mempunyai jenama kecantikan sendiri.

Mereka berdua tidak sebulu dengan nenek tua itu. Gara-gara si nenek tidak mahu memberi pinjam geran tanah milik arwah si abang sulungnya Shahid.

Jadi punca pendapatan mereka hanya tertumpu kepada jualan sayuran dan rumah sewa. Rumah milik Shahid itu telah disewakan kepada seorang guru yang baru bertugas di kampung itu.

Kebun sayur itu sebenarnya milik tok Salleh dan nenek Faridah. 5ekar luasnya. Tetapi setelah anak-anak mereka dewasa Setiap anak, telah diberikan 2ekar seorang. Tanah milik Syamsul telah dijual kepada tauke kelapa sawit Cina. Kini tinggal tanah milik nenek Faridah dan Shahid. Semua harta Shahid pula telah jatuh keatas nama Syahirah.

Nasib baik dia sempat ke sekolah. Seperti biasa Badrul dan adiknya Badariah menunggunya. Tapi sempat dia membawa sayuran yang ditempah oleh makcik kantin sekolah itu.

Kat sini pun ada tempahan sayur ke? Tanya Badrul.

Ada.. jap aku nak hantar ni.

Mereka pun bersama-sama ke kantin sekolah itu.

Abang Mahad ni sayur yang order semalam.

Ok sekejap abang panggil kakak kau, Milah ni Ira datang hantar sayur...

Kejap Ira akak nak siapkan makanan yang cikgu-cikgu ni dulu. Ira tunggulah dulu.

Baik kak.

Kamu semua nak makan apa ambillah kata abang Mahad. Akak kamu tu lambat sikit rasanya sebab ada 4orang guru kat bahagian cafe guru tu.

Tak apalah abang Mahad kami dah lewat ni nanti petang hantar Aje duit tu ke nenek ye. Order hantar kat whatsapp Ira. Ira nak masuk kelas dulu.

Baiklah.
_____________________________________

Ira.

Ye apa?

Amboi kusyuk kau. Baca apa tu?

Aku tengah buat kira-kira ni. Napa Yaya? Tanya Syahirah kepada Badariah atau mesra dipanggil Yaya.

Aku rasa nak tambah menu kat kedai abah. Dah seminggu aku dengan Ayul pikir hal ni.

Bagus jugak tu. Tapi menu apa?

Macam ni, pagi kami kekalkan menu macam sekarang tengahari kami nak buat nasi bajet. Malam pulak kami cadang nak tambah menu masakan barat.

Bagus jugak tu.

Apa yang bagus ye ni we? Tak ajak aku pun ye... Kata Badrul.

Apalah kau ni datang nak menyampuk bagi salam dulu. Kata si adik. Aku dah cerita kat Ira plan kita.

Kau tahu kan Ira aku ni bukan minat sangat nak belajar tapi memasak tu aku pandai. Ayah aku pun tahu hal ni. Dia ok je dengan keputusan aku. Yaya mungkin akan sambung belajar lepas tingkatan enam ni. Tapi aku cuma akan sambung belajar kat kolej komuniti je. Itupun dalam bidang masakan.

Orang LuarWhere stories live. Discover now