---13---

557 28 0
                                    

Perut Iman semakin membengkak.Kandungannya kini sudah mencecah 7 bulan tetapi perutnya kelihatan sudah 9 bulan sangat besar. 

Doktor juga risau dengan tahap kesihatan Iman. Haziq sentiasa menemani isterinya itu. Segala urusan pejabat dibuat di hospital. Dia mahu sentiasa menemani Iman dan mahu orang pertama yang Iman melihat.

"Ada apa doktor panggil saya." Ucap Haziq kepada Doktor Irham.

"Haziq, I akan berterus terang. Isteri you mengandungkan anak kembar. So kami nak melakukan pembedahan terhadap Iman bagi mengeluarkan baby."

Haziq benar-benar terkejut dengan berita yang baru diterima. Lafaz syukur di ucapkan.

"Ada apa-apa rissiko tak?"

"Risiko tu memang ada Haziq. Mana-mana operation besar mesti ada risiko. Tapi dalam kes Iman ni, kami harus melakukan pembedahan segera walaupun usia kandungan 7 bulan."

"Tapi kenapa doktor tak tunggu sampai 9 bulan. Kalau 7 bulan bayi tu akan lahir pra matang." Hatinya mula libang-libu.

"Haziq, your wife stomach is too big. Badan dia tak dapat menampung terlalu lama. Kalau you mahu kami mahu lakukan segera. Lagi lama keadaan sebegitu keadaan your wife akan bertambah teruk."

Setelah berfikir selama dua hari, akhirnya Haziq bersetuju dengan perancangan doktor. Dia mahu yang terbaik buat isterinya. Esok pembedahan akan dijalankan. Semua keluarga Haziq minta datang untuk bagi semangat.

"Sayang, baby kita kembar. Esok sayang akan deliver anak-anak kita." Tutur Haziq di telinga Iman. Namun tak semena air mata Iman mengalir. Sungguh itu satu kejutan buat dirinya. Dia tahu Iman mendengar apa yang diperkatakan olehnya setiap hari. Bahkan dia juga selalu membacakan ayat-ayat al-quran untuk isteri dan anak yang sedang dikandung.

Malam itu dia tidur diatas katil memeluk Iman . Biarlah apa orang nak kata, dia tidak hairan. Yang pasti dia mahu Iman merasai dia tidak pernah meninggalkan Iman. Di pandang wajah itu lama. 

Teringat mengapa dia mengahwini Iman yang pasti amanat arwah Tok ya hanya bonus buat dirinya.Ada sebab lain membuatkan dia berkahwin dengan Iman.

Haziq mengucap syukur apabila anak-anaknya selamat dilahirkan. Sangkanya hanya dua rupanya empat. Tiga puteri dan seorang putera. Isterinya juga stabil walaupun berlaku sedikit komplikasi ketika pembedahan.

Semua anak-anaknya sudah diazan dan di iqamatkan. Papa, mama, babah dan ibu serta saudara yang lain tidak berhenti mengucapkan tahniah dan ada yang mengatakan ia suatu keajaiban.

Ryan juga tidak ketinggalan gembira melihat adik-adik barunya. Haziq tidak akan menetapkan nama untuk mereka selagi isterinya belum sedar. Dia tetap akan sabar menunggu, firasatnya mengatakan sebegitu.


Hari itu Haziq tidak sempat untuk menjaga Iman waktu pagi kerana ada mesyuarat tergempar yang memerlukan kehadirannya.

Perlahan-lahan mata di buka. Tekak aku haus namun tidak berdaya untuk memanggil hatta mengangkat tangan sekalipun. Mata ku kembali terpejam setelah tidak berdaya menunggu.

"Sayang abang datang ni. Abang bawak bunga kesukaan sayang. " Seketika Haziq menuju ke bilik air untuk membersihkan tangan.

Aku membuka mata perlahan. Tercancap bunga daisy putih terletak di meja yang berada di hadapan ku.

"Ab..a..bang."Panggil ku perlahan. Haziq yang baru keluar dari tandas itu terkedu melihat isterinya sudah sedar.Menitis air matanya. Dengan pantas segera dia memeluk Iman.

"Abang.. Iman Haus.. Nak minum.." Ceh ayat cliche macam dalam drama sedar je nak air. Tapi itu memang hakikatnya apabila terlalu lama tidak menyedarkan diri, mulut akan menjadi kering dan haus.

"Ya. Abang ambilkan." Haziq mengambil air kosong. Habis jugak dalam empat gelas. Tergelak jugak Haziq dengan gelagat aku.

"Iman ok.." tanya suamiku...."Ok My dearly hubby."

"dah lama tak dengar ayat tu. Iman ingat tak anak-anak kita."

"Iman ingat! Setiap apa yang abang cakap dekat Iman. sayang dengar sekali pun tak pernah miss."

" Abang nak tengok baby boleh. Iman nak jumpa Ryan sekali." Permintaan itu akan haziq tunaikan. Petang nanti dia suruh mama bawak Ryan datang.

"Sayang. Abang tak letak lagi nama baby kita. Abang nak letak sama-sama dengan sayang." Nurse menghantar satu-persatu anak-anaku.Haziq tidak bagi tahu bahawa aku mengandungkan kembar empat. Bila tengok sampai empat mahu tak terkejut.

"abang, biar betul sampai empat."

"betul sayang.Abqng pun tak percaya waktu tu. Tapi tu lah di namakan kebesaran tuhan dan keajaibannya."tutur Haziq. Bayi –bayi ku hanya boleh dipandang kerana mereka masih dalam inkubator.

"Jom sayang kita namakan anak-anak kita." Senyumnya melebar sampai ke telinga.

Setelah membuat kira-kira dan perbincangan akhirnya dapat pun nama yang sesuai.

Pertama, Nawra Armani. kedua, Nawra Imanina. Ketiga, Naufal Hazqi. Keempat, Nawra Haliena.

Senyum bersama air mata gembira aku melihat mereka. Haziq sesekali mengucup pipi ku. Sungguh aku rindu dirinya.

"tadi abang dah tanya doktor. Baby tak boleh balik lagi sayang. Babies masih dalam observation. Kalau tak de hal esok sayang boleh balik. Tapi bukan rumah kita " Aik pelik bukan rumah kita kemana pula haziq nak bawa kami.

"Bukan rumah kita?? Habis tu mana?"

"Syurga Cahaya Kita." Saja nak main-main pulak cik abang ni.

"Betul-betul la."

"Betul la. Tu rumah baru kita. Esok baru boleh balik jadi sabar." Aku cubit lengannya.Geram punya pasal. Suka usik aku. Hehe. Aku kucup pipi Haziq. Keras kejung terus badannya. Nak main-main sangat. Ni Iman la.

"Abang nanti mesti Iman rindu Babies. Iman nak babies dekat dengan Iman sentiasa."
"Sabarlah, sekejap je. Mungkin selepas dua hari babies boleh balik."Haziq mengusap kedua belah pipiku.

"Home sweet home." Laung Haziq di sisi ku. Ryan yang berada dimuka pintu segera berlari memeluk ku. Sungguh aku rindukan kenakalannya. Perlahan aku membongkokdan memeluk Ryan. Nak dukung, badan aku bukannya kuat lagi buktinya tadi ketika hendak keluar dari kereta pun harus dipapah.

"Rindu mama dekat Ryan. Ryan sekarang dah jadi abang, so mama will call you big brother." Aku kucup lagi pipinya. Geram.Dah tembam pipinya. Haziq hanya tersenyum malas nak ganggu kegembiraan mereka berdua.

"Mama, nak tengok adik?" Si kecil itu meminta. Aku tahu hari tu dia hanya dapat melihat dari jauh kerana ke empat-empat adiknya itu berada dalam inkubator.

"Sorry sayang. Adik masih kat hospital."

"Adik duduk dalam kotak lagi ya ma?"Aku angguk. Kesian dia semangat nak tengok adik-adiknya punah.Ryan berlari masuk ke dalam rumah. Katanya nak tunggu aku di ruang tamu.

MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now