---8---

625 35 0
                                    


Hari itu, Haziq nekad untuk berterus-terang sementelahan dia sudah mula cinta dengan wanita yang seringkali mencuit hatinya. Dah hampir 2 bulan dia menahan rasa. Dia telah mengatur rancangan untuk pergi berjoging sambil beriadah bersama pada petang itu.

Setelah mengabiskan dua pusingan di tasik itu, Haziq duduk bersebelahan Iman dikerusi batu. Nafasnya masih lagi tercunggap-cunggap.Aku hanya mampu membuat satu pusingan. Tu la malas lagi excersice dah tak larat.

"Im, ada sesuatu yang saya harus beritahu awak." Muka diseriuskan sebagai tanda hal ini sangat penting.Aku memandang tepat wajahnya.

"Sebenarnya, saya .."

"Tolong..Tolong.. Isteri saya nak bersalin.." Jerit seorang lelaki yang berpakain sukan tidak jauh dari kedudukan Haziq. Haziq terlebih dahulu berlari ke arah itu. Dilihatnya seluar yang dipakai oleh perempuan itu di penuhi dengan darah.

Dengan segera aku menjalankan tanggungjawabku. "Haziq,kita kena bawak dia ke hospital secepat mungkin keadaan dia semakin teruk." Aku memberitahu Haziq. Kenapa aku berbuat demikian ? Entah. Tindakan spontan sebagai doktor mungkin.

"Saya dah call ambulans." Beritahu lelaki yang mungkin suami wanita yang sudah terbaring tidak menyedarkan diri.

"Encik kita tak boleh tunggu ambulans.Angkat isteri encik ke kereta saya." Tutur Haziq.Dalam keadaan tergesa-gesa itu tanpa Haziq sedari dia tercicirkan Handphonenya. Mereka telah bergerak menuju ke hospital berdekatan.

Sementara itu Iman kembali ke kerusi tersebut untuk mengambil bekas air mineral dan towel peluhnya.

"Eh ni macam phone Haziq. Takkan terlupa kot?" Tuturku bersendirian sambil tangan ligat meng on kannya. Berubah raut wajahku apabila melihat wall Picture.

HAZIQ ZAFRAN..

 Perempuan ni macam aku. Ni gambar masa akad nikah tu kan...Aku cuba meneliti gambar lelaki tersebut. Waktu itu aku memang tidak sempat nak analisis siapa dia. Bahkan waktu bergambar pun aku tidak melihat wajahnya.

"Haziq.. Zafran.. Dan Zafran adalah Haziq" terjerit aku dibuatnya. Memang benar mereka orang yang sama yang membezakan adalah dalam gambar dia ada sedikit janggut dan misai serta memakai ray ban. Memang la aku tak kenal.

Macam mana selama ni aku tak perasaan. Lari jauh-jauh rupanya dia semakin dekat dengan aku malah selama ni kami tinggal bersama Cuma yang memisahkan adalah tembok dinding kondo masing-masing.

Malam itu aku ingin leraikan segalanya. Pintu rumahnya aku ketuk.Bila pintu dibuka terpegun aku melihat dia hanya memakai seluar trak pendek lutut. Aku menelan air liur. Aku seolah dibius namun cepat-cepat aku sedarkan diri aku tentang tujuan sebenar.

"Haziq,saya ada sesuatu nak cakap dengan awak tapi sebelum tu boleh tak awak pakai baju dulu." Berona wajahku melihat dirinya.

Haziq memandang dirinya atas bawah. Dirinya seolah sedang mamai. Tapi Cuma sebentar sebelum dia tersengih nakal.
"Maaf,tak sedar pula."

"Em,ada apa yang awak nak cakap." Haziq mengambil tempat di sofa bertentang dengan aku. Baru selesa mata nak memandang kalau tak tadi macam nak tergoda dah.

"Siapa sebenarnya awak?"Aku menyoalnya tegas. Lagak macam inspektor,
"Im,apa maksud awak? Saya? Sayalah haziq ."Begitu mudahnya jawapan kau. Aku tak tertipu lagi.Riaknya cuba menafikan.

"Sudahlah, Haziq jangan nak pretend macam tak tahu apa-apa. Awak tahu siapa sebenarnya saya. Tak gitu Encik Haziq Zafran Bin Zainal Abidin?" Ambik sekali nama bapak aku letak. Hati aku dah sakit jangan dibuat mainan..

"Well,kalau Cik Armel Imani dah tahu senangla hati saya. Kita tak perlu duduk berpisah lagi.." Meleret suaranya. Apa yang dia melalut ni? Kena sampuk Ke apa.

"Memang saya kena sampuk! Sampuk dengan awak. Awak membuat saya seperti ini." Luah Haziq aka Zafran merangkap Haziq Zafran suamiku yang sah. Pandai pula dia tahu apa aku cakap tadi.Six sense betul.

'Dah lama abang tunggu saat ni. Janji yang dibuat dulu abang dah tunaikan.'Haziq memandang tulus wajah ku.

"Iman.Dah la.Abang penat terpaksa melalui hari yang sukar tanpa Iman. Bila abang dapat tahu Iman lari masa first day kita nikah, kecewa abang dibuatnya. Merata kami cari Iman sampai Tok Wa jatuh sakit sebab tertekan. Dia berasa seolah dirinya penyebab Iman lari."

"Apa Tok Wa sakit!" Jeritan ku itu tidak diendahkan. Haziq meneruskan bicaranya. Terus termati soalan yang aku ingin tuju kepadanya.

"Tapi bila abang cakap tentang perkara sebenar barulah Tok Wa pulih sedikit demi sedikit. Abang beritahu yang abang dah jumpa Iman dan Iman boleh terima abang." Wajah yang mulai kendur itu sedikit bercahaya.

Aku memang terdiam. Speechless.. Pada masa yang sama aku kagum dengan dia sebab sanggup cari aku.

Haziq bangun dan berlutut di hadapan ku.

"Iman. Dah lama abang pendam perkara ni dan dengan ini Haziq Zafran ingin memberitahu bahawa dia sangat menyintai Armel Imani setulus hatinya. Dari dulu sampai sekarang perasaan tu tak pernah berubah." Dia mengenggam tanganku. Untuk seketika menitis mutiara jernih yang sangat bermakna.

Perlahan aku duduk berlutut sama dihadapannya.

"Dengan ini juga Armel Imani menyatakan bahawa dia sudah jatuh cinta dengan seseorang.." Berubah terus riak wajah haziq. Nampak macam kecewa. Rasakan sanggup lagi tipu aku.

"Seseorang yang selama ini sentiasa berada disisi Iman. Seseorang yang sentiasa membuat Iman terasa hilang segala penat lelah apabila mendengar tawa halusnya bersama Ryan dan seseorang yang dipanggil Papa oleh Ryan. Ya, Haziq Zafran orangnya. Maafkan Iman atas apa yang Iman cuba buat selama ni. Tapi bila abang datang sini, Iman dah tertarik dengan abang." Tangannya aku kucup lembut. Dia memeluk tubuhku dan menghadiahkan ciuman diubun-ubunku. 

Dia melepaskan rangkulan seraya membuat sujud syukur. Terharu aku melihat keikhlasannya. Ya selama dia menjadi jiranku hati ku memang dah terdetik satu rasa. Rasa yang aku sendiri tidak boleh ungkapkan sehinggalah semuannya terlerai saat tadi.

"Mana sayang tahu abang ni suami sayang. Abang ingatkan dah tak kenal." Tutur jejaka yang sudah mendapat tempat yang paling dalam di lubuk hati aku.

Aku mengeluarkan telefon miliknya dan menunjukan kepadanya. Tersengih dia memandang aku. Tapi sengihan itu sebenarnya telah memberi aku satu sinaran yang tak pernah aku rasa selama ni.

'Ya Allah, jika benar dia jodoh yang sudah ditetapkan sejak di Lufh mahfuz , engkau berkati dan rahmati lah hubungan kami.' Doaku .Sisa air mata aku sapu perlahan. Tersenyum aku apabila pandangan kamai bertaut.

 Tersenyum aku apabila pandangan kamai bertaut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now