---2---

815 42 0
                                    


Usai membayar tambang teksi. Aku menekan loceng rumah sebanyak dua kali namun pintu pagar tetap begitu. Masuk kali ketiga aku menekan baru pagar tinggi itu terbuka.

Kenapalah babah pasang pagar mahal-mahal kalau nak bukanya malas. Bukan nye susah Cuma tekan butang. Ada baiknya pasang pagar biasa. Buka sendiri, manual kan senang tak payah nak berpanas lama-lama dekat luar.

Aku menarik bagasi menuju ke pintu rumah. Nasib beg ni ada roda kalau tak, dah lama aku biar kat pintu pagar. Tak kuasa aku nak tarik sambil dukung Ryan. Kalau nak ambik pun mungkin dua tiga jam lagi tak pun esok pagi.

Hey melampaunya kau ni Imani. Sebab beg aje nak merunggut.
Ala aku acah je. Kalau aku tinggalkan, ada orang lain yang ambik beg tu, tambah bila Auntie Siu lalu. Cornfirm di rembatnya beg aku tu.

Auntie Siu seorang wanita berbangsa Tiongha. Berumur dalam 50 an. Seorang yang sangat peramah. Satu sikap yang orang lain tak kan buat ialah Auntie Siu ni akan mengambil barang yang orang letak dekat luar rumah. Senang cerita sampahla atau barang yang tidak dipakai.

Setiap hari, waktu pagi confirm dia dengan basikal tua dia akan lalu dekat kawasan perumahan disini. Nak kata auntie Siu ni miskin tak juga, rumah dia teres dua tingkat lagi.Anak dia seorang study overseas dan seorang lagi bekerja di pelantar mintyak sebagai jurutera. So apa yang susah tak tahu le..

"Assalamualaikum." Salam aku beri untuk menghormati tuan rumah. Lagipun memberi salam itu sunat manakala menjawab salam itu wajib.

Salam ku dijawab oleh Kak Seri maid yang diupah oleh ibu untuk mengemas dan mencuci.Ketika aku mahu masuk Kak Seri halang aku tak cukup tangan dengan kaki pun jadi.

"Kak seri dah kenapa? Bagi lah orang masuk." Ujarku sambil cuba menolak lembut tangan kak Seri.

"Loh. Kok kamu tahu nama aku." Balas kak Seri. Muka dia pun blur saat tu.nak tak nak kena lah aku ulang balik sesi perkenalan kami semasa ibu ambil kak Seri bekerja.

"Hello.Embak cakep. Aku Nini. Kamu celup-celup. Nini celup-celup.. Nini..." Muka Kak Seri tak payah cakap mulut pun dah terlopong je sepuluh ekor lalat pun muat masuk boleh kenyang tiga hari. Ayat itu tanda perkenalan sewaktu mula-mula Kak Seri bekerja disini.

"Imani.." kak Seri bertanya sambil muka diseriuskan.
Aku mengangguk. Dengan pantas Kak seri memeluk aku. "Aduh kangannye ama kamu Imani. Lagian kamu udah kurus si. Makin cantik. Hampir aja embak ngak kenal."

"ye.. ye.. Kak seri." Aku melepaskan pelukan risau takut Ryan berasa lemas apabila terhimpit begitu.

Setelah itu kak seri mengajak aku masuk ke dalam. Beg semua Kak Seri yang bawak.Thank You kak Seri. I love u, hehe..

Kak Seri beritahu semua ada dekat rumah Cuma Aimi je yang tak de.

"Hah Seri! siapa datang tu." Laung Puan Sri Mariam dari ruang tamu. Itulah dia ibu aku. Semua nak kena ikut je cakap dia. Pasal kes kahwin pun sama. Nasib je aku tak balik sebaik graduation. Kalu tak sekarang ni mungkin aku dah memegang status isteri.

Sayang ibu punya pasal ikut je lah. Ibu satu je dalam dunia tak akan sama dengan ibu yang lain sebagai contoh ibu tiri, ibu susuan dan ibu angkat.

Ketika sampai diruang tamu banglow itu, mata mereka terarah kepada aku. Nak tak nak aku balas senyuman mereka.

"Babah sihat?" Aku bertanya kepada babah kerana mukanya kelihatan pucat. Nampak macam tak sihat.Ingin sahaja aku memeluk tubuh babah. Rindu kepada babah punya pasal.

Apabila aku mengalih pandangan aku ke arah ibu ternyata ibu dalam keadaan tercenggang.
"Siapa awak ni. Tiba-tiba mengaku suami saya bapa awak. Setahu saya, dia hanya ada seorang isteri iaitu saya." Beritahu ibu kepada aku. Sifat berjaga-jaga ibu semakin menebal sampaikan tidak mengenali aku.

Ayat ibu tadi membuat aku tergelak nakal. Aduh lawak benor ibu aku ni, ingat aku ni anak dari isteri lain babah. Along dengan babah tergelak bila ibu cakap macam tu. Ingat aku tak nampak , apa yang diorang buat.
"Apa la ibu. Ini Armel Imani anak ibu." Aku berterus terang malas nak berkias-kias karang melarat ke lain pulak.
"Armel Imani. Tapi Imani tak macam awak. Imani tu comel sikit orangnya." Ibu masih lagi musykil tentang siapa aku.
Nak tak nak aku tunjukkan bukti bahawa aku benar-benar anak babah dengan ibu. Aku keluarkan ic dari dompet. Semua speechles bila tahu aku ni Imani.

Ibu dan babah gembira melihat perubahan aku.Dulu bukan main payah lagi nak suruh aku kurus tapi ada hikmah juga disebalik kejadian itu.

Maklumlah Imani sekarang dah lain. Ya, sekarang aku dah tak cubby. Faham-faham sendiri lah macam mana keadaan aku sekarang malas nak explain.

Ni semua sebab sibuk menjaga Ryan dan study. Waktu tu aku terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk diri aku.
"Ibu, babah. Imani harap bu dengan abah tak marah Imani." Tuturku. Aku harus memberitahu tentang Ryan kepada mereka.

"Kenapa Man?" Along pula bertanya setelah sedari tadi mendiamkan diri.

Aku bingkas bangun dan menuju ke arah kak Seri. Tadi aku menyuruh Kak Seri menjaga Ryan.
Aku mengambil Ryan dari riba Kak Seri.Aku mengucup dahi Ryan sambil berjalan menuju ke ruang tamu kembali.

"Bah, bu ini anak Iman.Iman harap sangat babah dengan ibu boleh terima Ryan." Aku meluahkan kebenaran. Muka pun sudah habis serius takkan nak gelak pulak sat lagi makan penampar ibu pulak.

Raut wajah masing-masing sudah berubah. Mungkin terkejut dengan perkhabaran itu.
"Man jangan nak main-main. Apa yang Iman dah buat sebenarnya dekat sana?" Ibu bersuara tegas. Muka pun dah merah.
Kecut perut jugak la bagi siapa yang mendengar.

"Apa Man cakap tadi betul bu. Man tak sampai hati nak biar badan kebajikan ambik Ryan setelah ibu dia meninggal sebab nak lahirkan dia. Lagipun dia adalah amanah yang perlu Man jaga."Sejujurnya sekarang ni aku rasa sebak sangat.Air mata yang bertakung tunggu masa je nak menitis.
"Apa maksud Man?" Babah pula yang bertanya mahu penjelasan yang lebih terperinci. Aku tahu hal ini begitu sukar untuk mereka terima.

"Sebenarnya Ryan anak Anne. Anne dah titip Ryan untuk Man jaga sekiranya dia meninggal. Lagipun Ryan dah jadi anak susuan Man. Sukar untuk Man berpisah dengan dia sebab Man jaga dia sejak dia masih merah lagi." Aku mama Ryan. 

Aku tak nak dipisahkan dengan dia.Sejenak menitis juga air mata yang cuba di tahan tadi.
Ibu dan babah bangun lalu memeluk aku.

"Babah tak sangka anak babah dah dewasa. Babah bangga dengan tindakan Imani."
"Ibu pun sama. Maaf tadi ibu agak kasar." Tutur ibu sambil mengelap air mata yang bersisa.
Ryan didukungan diambil oleh babah. Mata si kecil itu memandang atuknya. Terkekek si kecil itu ketawa apabila babah mengusik dia. Ibu dan along pun mengambil kesempatan untuk memegang Ryan.

"Bang, dah la tu. Bagi la saya pula pegang cucu kita." Ryan beralih tangan.
Bahagianya aku rasa bila keluarga aku boleh terima Ryan. Ibu siap cakap lagi malam ni dia nak tidur dengan Ryan.

MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now