---10---

605 29 0
                                    

"Iman, we need to talk."

Panggilan daripada An tadi benar- benar menganggu kosentrasi ku. Ada apa dia nak jumpa dengan aku. Tak kan dia nak tanya pasal Anne. Aku pun belum pasti bahawa dia kenalan Anne atau bukan. Ah bercelaru fikiran aku.

Anne kenapa kau tinggalkan aku dengan semua ni. Aku merungut tapi aku tahu kepergian Anne adalah disebabkan ajalnya sudah sampai. Itu memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

House Cafe tempat yang dijanjikan untuk berjumpa.

"Kenapa awak nak jumpa saya An?"Aku tembak dia dengan soalan yang dari tadi berlegar-legar dalam ruang kepala ku.

" Saya nak tahu pasal Anne. Saya tahu awak kenalan Anne. Mana Anne." An balas soalan mengunakan machine gun bertalu-talu mengena aku.

"Awak ni siap nak tahu pasal Anne. Dulu saya pernah tanya tapi awak tak mengaku awak kenal Anne." Aku lontarkan bom tangan tempat mengenai mukanya. Nasib badan.


"Please la Im, saya nak tahu sangat. Dulu tu bukan tak nak jawab tapi saya terkejut." Lelaki itu kelihatan sayu wajahnya bila nama Anne seringkali disebut-sebut. Tanggannya juga di angkat memohon.

"Awak tak jawab lagi soalan saya macam mana saya nak jawab soalan awak." Bengang aku di buatnya. Dah la akhir-akhir ni aku tak de mood. Ni datang dia terus menaikan kemuncak tahap bengang ku.

"Please la Im. Saya sangat menderita sekarang ni." Tangannya mengenggam tanganku seolah mohon pengertian. Tapi caranya salah membuatku menepis tangannya dengan kasar. Melampau pulak dia ni.

"Maaf, saya tak sengaja. Tapi awak harus beritahu saya mana Anne." Desaknya lagi.

" Baiklah, kalau awak nak tahu sangat. Anne dah mati!" An sudah tidak mampu menahan sebaknya.

'Anne, kenapa sayang tinggalkan abang.' Hati An turut menangis tanpa sesiapa sedari bahkan Iman sekalipun. Dengan pantas kerusi di tolak dan dia berlari meninggalkan Iman yang masih terkedu.

"Argh!! Siapa perempuan tadi tu. Apa kaitan dia dengan An siap berpegang tangan bagai. "Erni meluahkan marahnya. Habis buku diatas mejanya dibaling.

Ketika dia mahu pergi lunch secar tidak sengaja matanya ternampak akan wajah lelaki yang seringkali menjadi igauannya sejak lelaki itu menyelamatkannya daripada menjadi tempat habuan kutu-kutu dadah. Sejak itu mereka berkenalan dah hatinya sudah menyimpan tempat istimewa buat lelaki itu. Tetapi kejadian tadi membuatkan dia berasa terancam.

"hehe. Tak pe." Erni gelak kecil. Gambar yang dia ambil tadi akan di poskan kepada keluarga lelaki itu. Bukan dia tidak tahu bahawa mengenai latar belakang An. Semuanya ada dalam poket hatinya. Dia sudah selidik maklumat lelaki itu dengan mengupah penyiasat persendirian.



"Abang dah balik." Aku melangkah ingin mendapatkan my dearly husband. Tangan ku sua untuk menyalam namun disambut acuh tak acuh oleh Haziq Zafran. Ciuman pulang kerja pun tiada.Selalu kalau pulang kerja mesti dahiku,pipi serta bibir akan menjadi mangsa ciumannya.

' Kenapa pelik sangat suami aku hari ni. Sibuk kut.' Aku menyedapkan hati ku yang mula rasa tak menetu itu.

"Abang na.." belum sempat pun aku mengajak dia makan ,pintu bilik ditutup kasar. Tahu lah aku ada yang tak kena dengan dia. Hampir aja kolam mataku dipenuhi air namun sempat aku halang.

Lauk di atas meja di pandang sepi. Sudah sejam aku menunggu suamiku untuk makan bersama. Tanpa berlengah kerana tahap kebosanan sudah melebihi aku bangun menuju ke bilik.

Aku pandang katil kosong. Seketika aku persaan pintu balkoni tidak bertutup.
"Abang!" Aku terjah. Saja nak buat dia terkejut namun hampeh sikit pun tak dipandangnya aku.

"Abang kenapa? Iman ada buat salah ke?" Tuturku sambil perlahan aku memeluk tubuhnya yang tinggi dari belakang.Sungguh aku rindukan kemesraan lelaki itu. Hari ni sepatah pun tidak dia bercakap denganku keran pagi tadi dia keluar awal kerana ada kecemasan.

"Huh.." Aku dengar akan keluhannya itu.

"Tak de apa-apalah Iman. Abang letih banyak kerja so abang nak tidur."Jawapannya itu sedikit menguriskan hati ku.

Lantas aku berlalu. Bilik Ryan aku tuju. Malam ni aku nak tidur dengan Ryan. Aku merajuk. Sampai hati abang buat aku macam ni.

"Iman maafkan abang.Tapi masalah ni berpunca dari Iman. " Tutur Haziq perlahan. Memang dia membiarkan wanita kesayangannya itu pergi.Tapi sedikit sebanyak perasaan rindunya tidak dapat di tahan lantas dia menuju ke bilik Ryan.

Perlahan pintu di tolak. Kelihatan isterinya itu sudah tidur sambil memeluk Ryan.Di pandang lama tubuh yang membelakanginya itu. Sungguh cintanya buat wanita itu tidak pernah terpadam dari dulu lagi.Haziq mengucup lembut pipi isterinya dan juga puteranya itu.

#@#@#@#

MY DEAR HUBBY (complete) Where stories live. Discover now