---9---

646 34 0
                                    



"Sayang, mana little boy?" Panggilan sayang itu membuat aku tersipu tetapi aku cuba menutupnya. Hah,subahanallah aku terlupa.

"Abang ,Iman tinggal dia sorang dekat rumah. Dah la pintu terlupa nak tutup. Cuai betul Iman kan." Aku berlari menuju ke rumahku. Fuh, nasib baik tak terjadi apa-apa. Ryan juga sedang lena diulit mimpi seperti yang aku tinggalkan. Perlahan aku mengangkat Ryan namun terhenti apabila tangan yang bakal memimpin ku itu meminta untuk mengendong Ryan.

Pelik aku dengan suamiku itu. Kemana nak dibawaknya Ryan tu cik abang oi??
"Abang, nak pergi mana?" Aku bertanya lurus.

"Ikut jelah. Sayang jangan lupa kunci pintu rumah." Aku mengikut saja arahannya.
"Aik??" Kenapa masuk rumah dia pulak??Aku mengurut dagu. Apa melihat sahaja apa yang dilakukan.Selesai menyelimut Ryan dia menutup suis lampu dan memasang lampu bilik.

"Abang nak mulai malam ni sayang duduk sini. Kita tinggal bersama dan jaga Ryan bersama." Aku terus memeluk dirinya.Aku sungguh terharu dengan penerimaannya terhadap Ryan. Air mata yang meleleh di seka oleh ibu jarinya.


"Sayang jom lah tidur.Huargh..." Dia menguap luas sambil mengenyit mata. Nampak sangat dibuat-buat.Sedang aku memikirkan alasan untuk mengenakannya aku terasa diriku di awangan. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu bertindak ya.. Sengihan nakalnya membuatkan aku mencubit pipinya.

"Awal lagi,baru pukul sembilan."

"Dah tak awal tu. Kita nak menjalankan misi yang tertunda. " Oh. Baru aku faham niatnya. Blushing pipi aku.Muka aku sorok didadanya.Terdengar suamiku itu tertawa kecil dengan gelagat ku.

Perlahan aku diletakkan di birai katil. Aku memandang sekeliling sehingga mataku tercancap pada gambar akad nikah yang dibesarkan dan digantung berhadapan katil.. Sekali lagi air mata ku tumpah. Lelaki ini benar-benar menyentuh qalbu ku..

Tangannya membuka tudung yang aku pakai.Terurai rambut panjangku yang beralun yang diikat tocang satu. "Sayang nampak comel.Macam budak sekolah." Dia memuji.

Tulus dia mengucup dahiku.kemudian beralih kepada kening, hidung,kedua belah pipi dan akhirnya bibir kami bertaut kemas.Aku membalas rangkulan yang dirasakan semakin erat.
"Izinkan abang" Aku mengangguk. Aku memang miliknya selepas babah melepaskan aku kepada dirinya.
"Abang,bimbinglah Iman sampai Jannah."

"Insya allah sayang,kita jaga masjid kita until Jannah." Selepas itu dia membaca sepotong doa.Bersama berlayar dalam keindahan dalam hubungan yang halal.Moga aku boleh menjadi isteri yang baik buat dirinya.

!

"Sayang tengahari ni,kita bertolak pulang Terengganu okey. Tok Wa dah rindu cucu dan cicit dia." Tutur Haziq sambil memeluk dari arah belakang. Sesekali dia memberi ciuman di pipiku. Aku terasa seakan leherku dikucup olehnya. Mood romantik nampaknya masih belum habis.

"Abang, Iman tengah suap Ryan makan nestum ni. Janganlah ganggu." Aku menolak tangannya yang merayap diatas tanganku.

"Ala, nak manja-manja pun tak boleh. Mama ni suka buat papa macam ni kan Ryan." Dia menjuihkan bibir seolah macam budak tak cukup seringgit yang sedang merajuk. Ryan yang tidak faham apa-apa itu pun turut ketawa terkekek.

"Nak manja sangat, nah.Sedap tak sayang.. Muah.." Aku suap mulutnya dengan nestum seraya mencium pipinya. Merah wajahnya menahan..

"Sedap la sayang..Sedap yang kena kiss tu. Nak lagi boleh?" Tercengang aku.

"Tak boleh. Kiss seperti itu bila dalam keadaan tertentu okey." Aku cemberut lantas bangun meninggalkan dia bersama Ryan. Memang indah bila terasa diri disayangi. Sesuatu yang luar biasa ada Anak segera dan suami segera. Tapi mereka inilah yang bakal menceriakan hari yang bakal mendatang.

MY DEAR HUBBY (complete) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora