"Yah. Boleh tak awak respon panjang sikit? Bosanlah!"

"Aku tak suka. Dari dulu."

"Ya, ya saya tahu awak memang dari dulu tak suka bercakap. Tapi awak tahu tak saya perlukan respon? Tersembur sembur air liur saya bebel tapi awak angguk geleng, astu jawab benda yang sama je. Pendek pulak tu."

"Bukan tu."

Yunjae terkedu, "Eoh? Habistu?"

"Kau.. dengan Jimin."

"O..Oh.. em awak jealous ke? Saya awalnya memang nak tolong Jimin, saya tahu Jimin dah cerita dengan awak kan pasal kes haritu? Lagipun saya memang menyampah ah dengan si Jiheon tu. Dah lah tak handsome, bajet bajet pulak! Awak tahu kan apa dia buat dekat Jimin? Ha tadi pun dia macam tengah buli Jimin, nasib baik kita sampai cepat!" omel Yunjae penuh emosi.

"Jimin ada bagitahu benda lain selain kes hari tu."

"Eoh? Bagitahu apa? Dia tak ada cakap dengan saya apa apa pun?"

"Dia masih suka kau."

Sekelip mata situasi jadi sunyi.

Yunjae pun tak tahu macam mana nak bagi reaksi. Dia rapat dengan Jimin memang sejak dari sekolah tapi jadi makin rapat lepas Taehyung pindah Jepun. Jimin lah orang yang sentiasa dekat sisi dia. Orang yang berganti ganti jaga dia dekat hospital selain mak dia sendiri. Jimin memang tak dapat disangkal seorang lelaki yang baik hati, dia digelar cheonsa (angel) berselitkan senyuman manis dia tu. Sedangkan masalah dia sendiri, jarang jarang dia nak bercerita. Lebih suka memendam. Apatah lagi perasaan dia.

"Aku pernah tanya, antara aku dengan Jimin.. kau akan pilih siapa. Lagipun tak pelik kalau kau pilih dia."

"Saya pilih awak."

"Jimin lebih layak untuk kau.." perlahan sahaja suaranya kedengaran.

"Gurae.. dulu saya suka Jimin mungkin sebab dia baik. Dari dulu.. dia baik. Alasan dia tolak luahan hati saya pun sebab dia serba salah dengan awak memandangkan awak kawan saya. Tapi, lepas tu saya sedar saya cuma anggap dia sebagai kawan. Budak lelaki yang baik."

Yunjae memandang lelaki dingin itu sekilas, "Tapi awak, lain."

"Wae?"

"Ada ah. Sibuk je."

Yunjae sambung berfikir tentang Joo. Patut tak dia bagitahu Taehyung pasal gambar yang dia dapat? Lagipun dia percaya Taehyung cuma dia nak Taehyung tahu pasal benda tu. Tapi yang takutnya kalau Joo kena pecat. Nanti mesti Taehyung serabut nak cari pekerja baru untuk bantu dia.

"Yunjae?"

Gadis itu tersentak, "Eo..Eoh. Em sekejap Kim Tae, saya nak cakap dengan awak sesuatu pasal Jo.."

Telefon lelaki itu sekali lagi berdering, entah kenapa setiap kali nak cakap hal penting. Masa tu juga telefon nak bernyala.

"Jamsiman." Taehyung menyeret tanda hijau di telefon pintarnya. "Nae?... Bwo? Algaesseo." nyalaan dimatikan. Tiba tiba stereng kereta Taehyung berubah arah.

"Wae?"

"Mian. Kita kena pergi hospital balik. Pekerja aku bagitahu yang Joo luka dekat set."

Yunjae menahan lengan lelaki itu, "Antara saya.. dengan Joo. Awak pilih siapa?"

"Mestilah kau."

"Boleh tak kita jangan pergi? Awak pilih.. saya kan?"

"Joo kawan aku. Macam kau kawan dengan Jimin. Kau tetap akan pilih Jimin bila lelaki tu dalam keadaan susah, walaupun hati kau pilih aku. Macam tu juga aku sekarang. Eoh?" pujuknya dengan nada lembut.

"Tapi.." ayat Yunjae tergantung sejenak. Dia tak sedap hati, cuma tak tahu kenapa.

Taehyung menaikkan sebelah tangannya menyentuh rambut gadis itu, "Gwaenchana."

***********

Taehyung berlari anak mendapatkan wad gadis itu. Sementara Yunjae hanya mengekori dari belakang dengan langkah yang sama. Kali kedua benda ni berlaku tapi dia tak pernah dapat tahan Kim Taehyung. Sebab kadang kadang Yunjae lupa, dalam hati yang dingin tu tetap ada baiknya. Sama persis Jimin cuma dua tubuh berbeza. Itulah sebabnya, Yunjae tetap akan pilih Taehyung.

Joo menangis tidak henti, pintu wad dikuak kasar. Taehyung masih berlari anak menuju ke arahnya. Manakala Yunjae berdiri tenang menyandar pada dinding dengan tangan berpeluk tubuh. Memerhati dari jauh.

"Yah deo gwaenchana?"

"Taehyung.." Joo tersedu sedan, entah angin apa dia sengaja ingin menarik perhatian Taehyung dengan memukul tangannya yang luka sendiri. "Saya benci diri saya! Saya benci!"

"Yah!" Taehyung menengking seraya menghalang kuat.

"Wae?.. Kenapa awak tak pilih saya? Kenapa Taehyung? Awak tahukan.. saya sayang awak dah lama?.. Awak satu satunya yang saya ada." berhingus hingusan drama air mata yang Joo lakukan. Mata Yunjae berguling bosan.

"Mian."

"Keluar. Saya tak nak tengok awak. Kenapa awak masih datang dekat saya bila tahu saya luka?! Biarlah saya mati terus! Biar!" Joo terus terus meracau, memberontak sendirian ditahan sedaya upaya oleh nurse dan lelaki tu.

"Encik, tolong buat sesuatu supaya pesakit tenang. Saya risau boleh effect luka dia sebab luka ni masih baru." kata nurse dalam keadaan kalut.

Taehyung tidak teragak agak mendakap tubuh gadis itu masuk ke dalam pelukan hangatnya. Rambut diusap lembut perlahan lahan, menenangkan jiwa Joo yang sedang membentak keras. Hatinya semakin mereda dan tenang. Joo sengaja merangkul pinggang Taehyung, semakin merapati dirinya agar kekal sebegitu.

"Saya sayang awak Taehyung.." kata Joo dengan nada sedihnya. "Tolong cakap awak sayang saya jugak..."

"E..Eoh.."

Bola mata Yunjae membara, gadis itu bingkas berjalan laju ke arah mereka berdua yang berada di katil pesakit. Tubuh Joo ditolak sepenuh hati lalu tapak tangannya dihayun ke arah wajah gadis itu sehingga mengeluarkan satu bunyi yang kuat. Berdesing. Bunyi yang mampu membuka semua mata yang berada di wad tersebut. Secalit kepuasan muncul di hati Yunjae.

"Berhenti berlakon."

"Yah Do Yunjae." nada Taehyung meninggi, tangan lelaki itu menangkap pergelangan tangan Yunjae yang sedang menggeletar.

"Bwo? Awak pilih siapa sekarang? Saya tanya, awak pilih siapa? Dia?"

"Boleh tak kau bertenang?"

"Boleh tak kita pergi dari sini? Eoh?"

"Tak. Kita dah cakap pasal benda ni." perlahan suara itu memujuk.

Yunjae tertawa halus sebelum melangkah pergi seorang diri, "Gurae. Teruskan."

____________________________

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now