"Kalau kau dah tahu. Apa lagi urusan kau dekat sini? Nak jadi boyfriend ketiga dia?"

"A..Aku pergi dulu. Teruskan." cepat cepat Jiheon melarikan diri dari tempat mereka bersemuka. Sebaik sahaja bayang lelaki itu kian menghilang, Yunjae dan Jimin automatik meletuskan tawa.

"Daebak Kim Taehyung!"

"Uish saya tak sangka dia percaya. Hakhak! Terbaik lah Kim Tae!"

Taehyung cuba mengawal senyumnya sebab dia pun rasa benda tu kelakar. Tiba tiba rasa bangga lepas buat macam tu. Orang kata, cool.

"Okay dah dah abaikan dia. Jom?"

"Jom!"

*************

Mereka berdua sedang baca skrip masing masing, praktis sendirian untuk scene yang akan menyusul. Tapi tiba tiba raut wajah Yunhee merona kemerahan, telinganya turut naik membahang selepas membaca beberapa part yang baginya agak mencabar. Apa lagi kalau bukan scene menyatukan bibir dengan lelaki bernama Jeon Jungkook. Dia tahu dia akan hadap juga benda ni satu hari nanti, dan satu hari tu sudah pun tiba.

"Eoh kita ada kis—" mulut Jungkook yang duduk tenang diterkup kuat oleh Yunhee. Sudah lah ada pekerja lain, malu lah kalau nak bincang dekat situ.

"J..Joseonghaeyo. Boleh tak tinggalkan kami berdua sekejap?" Yunhee segan segan bersuara, meminta beberapa orang yang berada di dalam bilik itu untuk pergi.

"Boleh cik Seohwa."

Jungkook dah dapat tangkap kenapa Yunhee buat macam tu, tak lain tak bukan sah lah segan. Dalam diam idea nakal tercetus dalam fikirannya. Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, peha Jungkook dijadikan mangsa tamparan khas gadis itu. Langsung dia mengerang kesakitan.

"Sakit!"

"Ish awak ni, boleh tak cakap slow sikit?"

"Apa? Memang kita ada kiss scene pun. Nanti masa kita shoot yang tengok pun orang sama. Geuji? Lagipun aku tak kisah kalau ada kiss-scene dengan kau. Hehe."

Satu lagi tamparan hinggap di lengan.

"Sakit!"

"Shut up."

"Alaaa jom lah practise!"

"M..Michyeosseo?!" tengking Yunhee yang dah tak dapat nak kawal reaksi wajahnya.

"Aiguu muka kau merah. Kenapa kau tak nak practise? Don't worry. I'll be gentle."

"Yaish.." hampir sahaja carutan keluar dari mulutnya, Jungkook halang dengan menyapa bibir gadis itu. Satu saat yang berharga. Berubah air muka Yunhee jadinya. Bertambah malu!

Jungkook tersengih panjang, "Bwo? Ini kan sebab kau suruh dorang keluar? Nanti kita practise lagi tau, banyak kali!" dia terus melarikan diri sebelum anak singa yang garang tu mula menghayun tangan.

"Y..Yah.. Jeon Jungkook.. JUGULLAE?!"

**********

Sepanjang perjalanan balik Taehyung cuma mendiamkan diri. Dah lah memang pendiam, bila tak bercakap macam makin sendu pulak rasanya. Yunjae dah mula bosan, mana taknya kalau dah sepanjang beberapa jam mulut dia je yang berbuih bercerita, balasan Taehyung macam lah tak biasa. 'Em, Eoh, Eung, Nae.' Nak kata dekat sekolah dia belajar tu je, tak jugak. Tapi nak buat macam mana dah memang itu yang dia boleh respon. Sejak umur bertambah, makin susah nak dengar suara dia.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now