Unexpected Marriage
[ SEASON 2 ]
Chapter 11
Warning ! Just nak bagitahu chap ni panjang and merepeks .
-❤-" Ya Allah , Sarah !" Jerit Opah terkejut , periuk nasi yang berada dipegangan sudah jatuh menyembah lantai .
Anak matanya bergetar memandang Sarah yang sudah tersenyum manis dan menjeling memandangnya .
Jungkook , Seokjin dan Yoongi laju sahaja masuk kedalam rumah sebaik sahaja mendengar suara Opah menjerit .
Mata ketiga mereka terkebil memandang Sarah yang berada diatas udara sambil bersila .
" S-Sarah ," Panggil Jungkook . Matanya merenung dalam Sarah yang hanya tersenyum sinis .
Sebaik sahaja pandangan matanya bertembung dengan Jungkook , Automatik senyuman manis yang penuh dengan makna dihadiahkan .
Jungkook mengerutkan kening sebelum matanya jatuh , hidungnya kembang-kempis menghidu bau wangi yang tiba-tiba menusuk kehidungnya .
Yoongi dan Seokjin turut mengembang kempiskan hidung mereka sebelum kembali memandang kearah Sarah yang sudah berada dihadapan mereka .
Sarah menghampiri Jungkook , Dagu lelaki itu ditariknya lembut sebelum wajahnya didekatkan .
" Kacak ," Bisiknya halus sebelum menarik dalam nafasnya dengan mata terpejam , menghidu haruman yang melekat ditubuh jejaka itu .
Jungkook sekadar memandangnya tanpa bergerak , kakinya terasa seperti digam , begitu juga dengan bibirnya .
" Laila tertanya-tanya kalau awak boleh berkahwin dengan laila ,"
" tapi laila tahu , dunia awak dengan dunia laila berbeza . Ayahanda mungkin tidak akan suka dengan awak ."
Mata Jungkook terkebil-kebil memandang gadis dihadapannya ini yang sudah bertukar dari Sarah keseorang perumpuan asing .
Mata Yoongi dan Seokjin membulat memandang gadis berkulit pucat dihadapan Jungkook .
" Yah—Sejak bila Sarah belajar ayat baku ni ?" Soal Seokjin sambil mencuit lengan Yoongi , lelaki itu terus menjungkitkan bahunya .
Tawaan mengerikan yang terpacul dari bibir gadis itu membuatkan keduanya tersentak .
" Saya bukan Sarah , Saya Laila ." Yoongi dan Seokjin terus mengangguk dengan bibir yang terlopong faham .
" Laila ," Panggilan dari seseorang menyentakkan gadis itu , pantas sahaja dia menoleh .
" Apa yang awak mahu ?" Soalnya sedikit kasar dengan kening yang berkerut , wajah ustaz adam yang berada disebelah Opah dipandang .
" Saya mintak maaf , tapi sini bukan tempat Laila . Laila tak sepatutnya berada disini , laila tak takut ayah laila marah dekat laila ?"
Laila terus tertunduk , bibirnya dikemamkan sebelum dia kembali menoleh dan mengelus lembut pipi Jungkook .
" Walaupun awak bukan jodoh laila , laila akan tetap mengingati wajah kacak awak ." Bisik Laila lembut sebelum beredar .
Automatik Sarah merebahkan diri keatas lantai . Jungkook , Yoongi dan Seokjin terus sahaja menghampirinya .
" Angkat Sarah masuk dalam kereta , saya nak bawak dia pergi berubat ."
-❤-
" Opah , Sarah takut ." Bisik Sarah sambil menggengam tangan Opahnya , Opah tersenyum sebelum mengusap belakang badan Sarah .
YOU ARE READING
[C] Unexpected Marriage | [S1/S2]
Fanfiction" Awak ingat saya hamak sangat ke nak kahwin dengan awak ?" || Unexpected Marriage || || A Bangtan's Islamic fanfiction || Start ; 21st April 2020 End ; 31st July 2020 ©Taegi_s